"Mana kerusi yang boleh menang ni..yang nak kalah sebab pengundi hantu banyak ni..."
Papagomo dan Utaranews menulis pasal kisah mimpi Nuar seperti yang dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau dan China Press. Nuar berkata dengan mudah Pakatan akan menawan 122 kerusi Parlimen dalam PRU13 kelak. Kita tidak perlu gelak sebab kemungkinan itu ada. Baca di sini.
Mimpi ada beberapa macam mimpi. Umpamanya mimpi ngeri dikejar dengan parang oleh ibu bapa pelajar Unisel yang tidak dapat pinjaman PTPTN. Kemudian ada mimpi indah umpamanya kita bermimpi bertemu teman wanita lama ketika sama-sama masih slim. Ada juga mimpi mandi junub atau mimpi naik ke bulan atau mimpi naik roket dan sebagainya. Mimpi kan mainan tidur.
Jika mimpi disiang hari orang akan kata mengigau pulak. Letih lesu dibuatnya seluruh badan. Kadang-kadang apabila kita membayangkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau sesuatu yang tidak mungkin kita capai orang juga akan mengatakan kita sedang bermimpi.
Jadi catatan Papagomo dan Utaranews tentang Nuar hendak menawan 122 kerusi Parlimen dalam PRU13 bolehlah dikatakan mimpi di siang hari. Dalam PRU13 kelak kalau pembangkang dapat memenangi 42 buah kerusi Parlimen pun sudah cukup baik. Nak menang lebih? payah oii, macam mendaki Gunung Everest. BN dalam sejarah PRU di Malaysia akan memenangi antara 172 hingga 180 kerusi parlimen. Terbaik..Tengoklah nanti.
42 buah kerusi yang mungkin dimenangi oleh pembangkang tersebut ialah kerusi-kerusi dimana SPR tidak boleh menipu. Itu kerusi selamat mereka seperti Bandar Kucing, Bukit Bintang, Kepong dan Seputih.
Di tempat-tempat yang SPR, UMNO/BN boleh menipu jangan harap pembangkang akan menang. Ini termasuklah di Permatang Pauh di mana beribu-ribu orang pengundi hantu sudah berada di sana dan bersedia untuk memangkah UMNO/BN. Nuar mesti tahu berapa pertambahan daftar pengundi di Permatang Pauh sejak 2008 hingga sekarang.
Pendatang asing yang jumlahnya beribu-ribu orang sudah di daftarkan oleh Taskforce SPR di Bukit Gantang, Teluk Kemang, Taiping dan Sungai Siput. Ini sudah tentu akan memenangkan UMNO/BN. Walaupun peramal politik mengatakan pembangkang boleh menang sehingga 70 kerusi Parlimen, namun itu juga agak sukar menjadi kenyataan.
DAP masih akan menang banyak kerusi terutamanya di kawasan bandar. Tambahan dalam daftar pengundi baru DAP paling banyak mendaftarkan pengundi baru. Logiknya mereka akan dapat undi tersebut.
PKR???? siapa nak undi mereka jika asyik dengan pelbagai masalah peribadi dan tidak menghiraukan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Kulim Bandar Baru dan Bayan akan kembali kepada BN. Tak kan itupun Nuar tak tahu. Gombak dan Selayang??? rasanya kali ini BN punya. Zuraidah tu ada ke lagi orang nak undi dia di Ampang tu??.
Oooppp!!! terlupa pulak, Shah Alam selamat ke untuk Khalid Samad?? Kelana Jaya??? budak yang tak tahu Bahasa Malaysia tu, kompem hanyut jika masih nak jadi calon di situ.
Lembah Pantai??? dah sah Datuk Raja Nong Chik akan menang mudah. Bandar Tun Razak yang tidak pernah dipedulikan oleh Khalid Gagap selain daripada 170 ekor lembu korban dulu, sudah hampir pasti kembali dimenangi oleh BN.
PAS??? Jika menang 7 kerusipun sudah cukup hebat. Pokok Sena, Baling sudah tentu kembali kepada BN. Hulu Terengganu??? Balik kepada BN. Kubang Krian tempat yang bakal ditinggalkan oleh Salahuddin bolehlah dikekalkan kepada PAS. Nibong Tebal?? BN akan dapat semula.
Setakat itu sudah berapa kerusi yang PAS, DAP dan PKR hilang??? Mana nak sampai 112 kerusi lagi. Jokiden nak tambah, jika kena gayanya kempen MCA, Parlimen Seremban akan kembali kepada BN, begitu juga dengan Parlimen Rasah.. Hahaha.. ini bukan mimpi, dengan segala penipuan SPR yang berpihak kepada UMNO/BN, Pakatan haram mungkin akan dapat telur di NSDK dalam PRU13 kelak. Walaupun Pakatan kini berangan-angan atau bermimpi untuk menang 5 kerusi Parlimen di NSDK. Kerusi mana??? Pilah?? Jelebu?? Jempol?? Rembau?? atau Tampin??
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment