Saturday, June 9, 2012

Jangan Main-Main Dengan Saya... Adik Beradik Saya 46 Orang..

TPM beli daging untuk adik beradik dia...


Tahniah TPM kita, rupanya dia ada adik beradik sebanyak 46 orang. Meriah sangat tu. Silap hari bulan dia tidak boleh ingat semua nama adik beradik beliau. Tahniah juga kepada ayahnda beliau kerana mempunyai keluarga yang besar. Baca disini seterusnya. 
 
 
Kepada seorang pemimpin UMNO di Bandar Tun Razak, berhati-hati sikit jika nak menegur TPM kita ni. Adik beradik dia ramai, jangan main sedap mulut je nak mengkritik beliau. Mengkritik tu boleh, tetapi gunakan bahasa yang sopan yang sesuai dan beradap sikit. Ini tidak, selalu dia tulis dalam facebook dia mengatakan TPM macam-macam yang tak sedap didengar oleh telinga.
 
 

Kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan Melayu


PUTRAJAYA 9 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, rakyat Malaysia tidak boleh menolak hakikat bahawa kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu dan umat Islam sebagai umat majoriti di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya umat Islam berpecah-belah semata-mata kerana berbeza pandangan politik atau mempunyai fahaman yang berlainan mengenai hal yang berkait dengan soal asas dalam agama, maka perpaduan dan keamanan negara secara keseluruhannya sukar untuk dicapai.

"Oleh itu saya berpandangan bahawa usaha memperkukuhkan perpaduan ummah adalah sesuatu yang amat penting dalam menentukan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara kita," katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) dan pelancaran buku "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" di sini hari ini. - BERNAMA

Soheh apa yang TPM cakap di atas adalah fakta dan bukannya untuk menakut-nakutkan sesiapa. Apabila statemen begini terkeluar daripada mana-mana pemimpin UMNO/BN, maka akan bersegeralah puak pencacai pakatan haram mengatakan UMNO rasis dan selamanya memainkan politik ugutan.

Bukan hendak mengugut sesiapa, sekadar mengingatkan atau mengulang kaji supaya rakyat khususnya Orang Melayu tidak lupa. Kepada bangsa lain atau kaum lain khususnya kaum Cina dan India, fakta ini juga tidak dapat dinafikan. Perpaduan bangsa Melayulah yang memungkinkan negara ini terus aman, damai, makmur dan ceria seperti yang kita dapati hari ini.

Sekarang Bangsa Melayu ini semakin berpecah belah kerana terpaksa menyokong parti serpihan yang ditubuhkan oleh Orang Melayu sendiri atas alasan tidak berpuas hati terhadap parti tertua Orang Melayu iaitu UMNO.

Yang memegang kuasa sekarang ialah UMNO dengan disokong oleh rakan-rakan komponen BN. Tanpa sokongan komponen BN yang lain UMNO juga tidak mungkin boleh bertahan. UMNO menabur bakti dalam semua bidang terhadap Bangsa Melayu, di bumi bertuah ini dan juga UMNO amat berjasa terhadap keturunan lain yang menjadi rakyat Malaysia.

Jasa besar UMNO ini amat dicemburui oleh pihak kawan dan lawan. Kuasa yang dimiliki oleh UMNO ini cuba sedaya upaya untuk ditumbangkan dan diruntuhkan. Yang berusaha kuat untuk merobohkan kuasa dominan UMNO ini ialah dari kalangan Orang Melayu sendiri. Sudah tentulah kaum asing bertepuk tangan dan bersorak riang gembira melihat Bangsa Melayu sendiri cuba memusnahkan kuasa kaum mereka.

Orang Melayu yang membenci UMNO sebab UMNO terlalu lama menabur jasa dan terlalu banyak berjasa ini kelihatan mahu bersatu dan berpadu tenaga untuk menumbangkan UMNO.

Parti lain terutamanya DAP yang selamanya tidak senang dengan UMNO telah secara halus membantu puak-puak Melayu yang ingin meruntuhkan UMNO ini. Biasa sangat dalam ceramahnya DAP akan secara halus bersembunyi di sebalik telunjuk mereka dengan berkata "Kita tidak memusuhi Orang Melayu, kita sokong Orang Melayu dan kita sayang Orang Melayu. Yang kita musuhi ialah UMNO, yang kita nak hapuskan ialah UMNO...betula takkkkk??????????"

Maka pertanyaan tersebut disambut dengan gemuruh oleh pendengar yang rata-ratanya Orang Melayu. "Betullllllllllll!!!!" Begitulah mudahnya DAP memperbodohkan pendengar Melayu dalam setiap ceramah mereka. Hei!! DAP, UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNOlah.. Ikut jalan mana sekalipun itulah hakikatnya. Cuba untuk meruntuhkan UMNO bermakna cuba untuk meruntuhkan Melayulah..Jangan nak menipu...

Hari ini Orang Melayu dalam PKR cuba sedaya upaya untuk menghakis kuasa Melayu UMNO. Orang Melayu dalam PAS berusaha keras untuk melumpuhkan kuasa Melayu UMNO. Orang Melayu yang dalam DAP juga memusuhi dan cuba meranapkan kuasa Melayu UMNO. Orang Melayu dalam KITA juga berusaha untuk mengurangkan kuasa Melayu UMNO.

Baru-baru ini wujud pula sebuah lagi parti iaitu IKATAN. Pastilah Orang Melayu dalam IKATAN juga akan berusaha untuk menghapuskan kuasa Melayu UMNO. Semua tindakan tadi diambil dengan harapan mereka akan dapat menggantikan UMNO dalam memegang tampuk kuasa di bumi bertuah ini.

Ingatan Timbalan Perdana Menteri adalah tepat. Melayu jangan berpecah. Melayu mesti bersatu padu. Berlaku sedikit sebanyak kepincangan jangan dijadikan alasan untuk meranapkan kuasa Melayu ini. Marahkan nyamuk jangan sekali-kali kelambu dibakar, nanti susah nak membeli kelambu baru.

Pertukaran regime di negara lain atas bantuan kuasa Barat tidak melemahkan bangsa tersebut kerana mereka dari satu rumpun. Jatuh Sadam Hussien di Iraq yang naik bangsa Iraq juga. Runtuh Lybia dan Gadaffi, yang naik bangsa itu juga. Di Syria sama, di Yemen sama, di Kuwait sama, di Jepun sama, di India sama, di Mesir pun sama.

Di Malaysia jika UMNO runtuh dengan bantuan kuasa asing terutamanya Barat yang bakal berkuasa bukan lagi Melayu. Pasti. Jika Melayu mendapat tempat setelah UMNO runtuh, maka itu hanya pada nama dan jawatan sahaja. Kuasa tetap tidak ada. Mereka akan jadi boneka, mereka akan jadi puppet, mereka akan jadi pak turut semata-mata. Tengok apa yang berlaku kepada Nizar yang lupa daratan ketika Allah bagi dia berkuasa sebentar di Perak. Nizar hanya mempengerusikan mesyuarat sahaja, keputusan telah di atur oleh DAP.

Khalid Gagap di Selangor pun begitu juga, terpaksa mengikut telunjuk dan arahan Exco lain dalam membuat sebarang keputusan penting. Khalid juga tidak bebas dan tidak boleh menjaga kepentingan Melayu.

Kuasa Ekonomi dipegang oleh kaum Cina sejak dulu, kini dan selamanya. Jika kuasa politik juga dipegang oleh DAP, maka Melayu akan merintih di bumi sendiri. Pembangkang boleh kata ini hanya ugutan dan cubaan untuk menakut-nakutkan.. Katalah apa sahaja. Hakikatnya ialah tanpa kuasa Melayu UMNO, maka Melayu akan kehilangan segala-galanya sedikit demi sedikit.  

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment