Mulut dua orang ni pun boleh tahan ni..
1. Pilihanraya umum nyata semakin hampir. Terdapat ramai pemimpin parti politik yang akan berundur atas pelbagai sebab seperti sudah terlalu lama, sudah uzur dan sudah agak tidak relevan lagi. Antara yang berusia ialah Nuar Brahim, Hj Hadi, Nik Aziz, Tan Seng Giaw, Karpal Sinki dan Lim Kit Siang.
2. Sebahagian besar daripada mereka nampaknya masih ingin bergayut kepada kuasa. Sejak kebelakangan ini test market dengan pengumuman-pengumuman tertentu sudah dilakukan oleh mereka demi untuk melihat respon ahli parti.
3. Sebenarnya jika ahli parti menerima kepimpinan mereka tidak ada salahnya untuk terus 'bergayut kepada kuasa' tersebut. Teruskanlah. Yang tidak enaknya ialah rakyat ditipu sejak dulu kini dan selamanya oleh pemimpin pembangkang. Mereka amat benci kepada nepotisme tetapi mereka jugalah yang mengamalkannya.
4. Pemimpin pembangkang nampaknya dalam PRU13 ini untuk kesekian kalinya akan cuba memasukan anak-anak, kaum kerabat, ipar duai dan sedara mara terdekat untuk menjadi calon-calon dalam PRU13 kelak. Selalunya mereka akan diberikan 'kawasan selamat' demi untuk mempastikan keluarga mereka mendapat kerusi empuk yang menjadi idaman ramai.
5. Pengundi di kawasan berkenaan di 'paksa' menerima calon keluarga pilihan parti mungkin sebagai mengenang jasa pemimpin mereka. Calon anak tempatan terpaksalah memendam perasaan. Rakyat tempatan yang berpotensi menjadi calon terpaksalah memberi laluan kepada calon kroni tersebut.
6. Hj Hadi khabarnya akan mengenegahkan anak beliau sebagai bakal calon seterusnya menggantikan beliau di Marang. Mungkin juga Hj Hadi akan terus bertanding dan anak dia juga bertanding. Satu keluarga akan dapat dua peluang. Kalau dia bertanding di dua kerusi, anak dia di dua kerusi maka hilang lagi peluang orang lain untuk menabur bakti.
7. Nik Aziz juga bunyinya telah berura-ura untuk menjadikan anaknya sebagai calon nanti. Biasalah ayat dia ialah parti berkehendakan anak dia menjadi calon. Jika dia terus bertanding maka dua orang sekeluarga akan bertanding dalam PRU13 kelak.
8. Nuar mungkin akan terus memberi ruang kepada anaknya bertanding di mana-mana kawasan selamat di Wilayah Persekutuan. Dia sendiri mungkin bertanding di Selangor atau Wilayah. Sementara Isteri beliau mungkin kembali bertanding di Permatang Pauh. Azmin Ali nyata tidak senang dengan budaya ini, kecuali Shamsidar juga diberi kawasan untuk bertanding.
9. Karpal Singki dengan kerusi rodanya jika terus bertanding, maka keluarga dia mungkin kekal dengan membolot 3 kerusi selamat di Selangor dan Pulau Pinang. Alasan tetap ada iaitu winable candidate dan calon menunggu.
10. Lim Kit Siang memang tidak dapat disanggah oleh ahli partinya. Siapa yang dia mahu, dia akan ketengahkan. Menjadi ADUN atau Ahli Parlimen adalah merupakan kerjaya yang amat menyeronokan bagi keluarga Kit Siang. Anak dan menantu turut diberi tempat dalam DAP. Ketamakan dia ni lebih sikit, dia asalnya Melaka, kemudian ke Pulau Pinang dan bertapa di Perak. Tidak mustahil di Wilayah juga Kit Siang akan menyenaraikan nama suku sakat dia nanti.
11. Perkara ini telah menjadi amalan dalam perjalanan hidup parti politik pembangkang. Dalam BN ada juga kes-kes begini, cuma ia tidak menjadi amalan biasa. Di Sarawak, Sabah, Perlis dan Selangor berlaku.
12. Perkara ini sebenarnya tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah apabila pembangkang sering menuding jari ke arah BN mengatakan BN mengamalkan nepotisme sedangkan secara melampaunya merekalah yang sejak dulu lagi mengamalkan perkara ini. Amatlah buruk dan jijik jika perkara yang kamu cakapkan tetapi kamu sendiri tidak melakukannya.
13. Rakyat mestilah menolak parti anak beranak ini dan mulakan dalam PRU13 kelak. Jika mereka diberi tempat mereka hanya akan memikirkan kesejahteraan kroni mereka sahaja dan melupakan rakyat. Mereka menghalalkan semua cara asalkan cita-cita politik tercapai.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment