Thursday, March 29, 2012

MANA MAU LARI!!! WARAN TANGKAP UNTUK ANWAR

Mahkamah diberitahu Anwar enggan terima serahan sapina

29/03/2012 10:04pm

 "Leceh betullah kena naik court ni..."

"Ish..ish..aku ke lagi yang kena pergi bela dia ni.."

KUALA LUMPUR 29 Mac – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima sapina yang hendak diserahkan kepadanya di Bangunan Parlimen petang semalam.

Peguam, D.Paramalingam berkata, beliau akan cuba sekali lagi menyerahkan sapina itu kepada Anwar dan sekiranya gagal juga beliau akan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Anwar hadir di mahkamah.

Anwar disapina supaya memberi keterangan sebagai saksi kepada defendan dalam perbicaraan bagi tindakan saman berhubung kemudahan pinjaman tersindiket bernilai RM445 juta pada tahun 1997, yang ketika itu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Pengerusi Hong Leong Bank Berhad (HLFB), Tan Sri Quek Leng Chan juga disapina untuk menjadi saksi kepada defendan. Defendan dalam kes ini ialah seorang ahli perniagaan, Low Thiam Hoe.

Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi, Hadhariah Syed Ismail menetapkan 6 April sebagai tarikh mendengar permohonan Leng Chan untuk mengenepikan sapina terhadapnya.

Pada tahun 1998, HLFB mengemukakan saman terhadap Low kerana kegagalannya membayar balik pinjaman bernilai RM28 juta yang diperolehinya daripada bank itu.

Pada 1999, Thiam Hoe mengemukakan saman balas terhadap HLFB, HLG Capital Markets Sdn. Bhd. dan Seow Lun Hoo, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Credit Berhad, dengan menuntut ganti rugi am di atas nasihat salah dan cuai yang diberikan kepadanya. - BERNAMA

Komen Jokiden: Esok cerita ni akan keluar dalam akhbar.

Nuar terkena kudis ni pada tahun 1997. banyak juga blog yang menulis mengenai perkara ini. Dua kali menolak sapina menunjukan tidak ada langsung rasa hormat dalam dirinya terhadap mahkamah.

Selepas ni kita tunggu jelah, akan terhamburlah dari mulut Nuar mengatakan konspirasi terbaru UMNO/BN untuk menutup kerjaya politiknya. Tambahan kes ini berlaku sama waktu dengan ketika dia nak dilucutkan dari jawatan TPM dan Tim Presiden UMNO. Waktu ni jugaklah Kapal Sinki becuk dalam Parliamen dan kat Hotel di Pudu tu menuduh Nuar seorang homosex. Memuncak semulalah nampaknya, kisah konspirasi Tun M hendak menamatkan cita-cita politiknya. Soheh!!.

Nampaknya blogger BN kena bertugas lebih masa juga selepas ni untuk memperbetulkan arus pemikiran masyarakat.

No comments:

Post a Comment