Sunday, March 25, 2012

HABISLAH BN!!!! PM DTG PD TAK ADA SAMBUTAN, KERUSI LEBIH BANYAK DARI ORANG.

Hari ini YAB Perdana Menteri mengunjungi NSDK dalam rangka lawatan sambil kerja dalam siri jelajah turun padang beliau untuk kesekian kalinyanya. Kawasan yang menjadi tumpuan beliau kali ini ialah Port Dickson iaitu bandar Tentera Darat. Beliau kelihatan ceria dan amat bersemangat. Tengok gambar-gambar yang Jokiden loadkan ini dan nilaikanlah.  

 

Mano oghang ni..longang yo. 9.45 pg
Orang tak ramaipun masih ceria berucap?

10.00 pagi.

Tak ado oghang, sonang botugas ni 10.15 pg


Ramai petugas daghi jemputan 10.30 pg

Bayangan Perdana Menteri bahawa PRU13 sudah semakin hampir. PM menyeru jentera BN supaya bekerja keras sekiranya rakyat mahukan BN meneruskan penguasaan dalam pentadbiran negara ini.

PM mengingatkan jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana mereka lebih banyak 'auta' sedangkan BN lebih banyak 'fakta'

Ikrar PM dengan penuh keyakinan untuk terus membangunkan negara sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat. Negara telah diuruskan sebaik mungkin dan rekod ini menurut PM tidak ada sesiapa yang dapat menafikannya.

Dalam suasana tenang dan nyaman di tepi pantai Pord Dickson PM mengajak seluruh rakyat memberikan kepercayaan kepada BN untuk menerajui negara. "Kerajaan dah buat banyak dah.. dah bagi banyak dah..kini kerajaan menyerahkan nasib kepada rakyat.." Kata PM dan itu tersemat kukuh dalam hati sanubari pendengar yang begitu khusyuk mendengar amanat PM yang ringkas dan padat.

Ada ketikanya keadaan begitu sunyi dan seolah-olah tidak ada sesiapa di sana walaupun puluhan ribu berada di hadapan PM ketika itu. Tumpuan spenuhnya diberikan kepada beliau dan ternyata PM amat berkeyakinan tinggi.

Gambar hanya dapat diambil dari satu sudut sahaja. Orang terlalu ramai.

Jeng!!! jeng!!! Jeng!!!
11.00 pagi hampir ponuh

11.15 Pagi hampir padat


11.30 padat dek oghang.

11.45 molempah dah..tolobih padat

12.30 Tengah Hari.. Molempah!!!..

No comments:

Post a Comment