Anwar sedia berdebat
KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.
Dia nipun kan ke pernah kena tangkap???
Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia. (Petikan dari Utusan Malaysia)
Ni modal terbaru Nuar yang akan disampaikan pada sessi ceramahnya yang akan datang. Dia akan jaja Julian Assange telah meminta dia berdebat dengan PM dan dia bersetuju, malangnya PM takut untuk berhadapan dengan dia. Dia akan putar dan dia akan belit isu ini sampai orang percaya sampai orang kagum yang dia berani berdebat.
Boleh percaya ke yang JA tu menghubungi dia???? ada ke bukti-bukti soheh ke?? Wartawan tengok ke tweet dia tu??
Atau dia sengaja merekasaya cerita ini semata-mata nak tutup malu apabila takut untuk berdebat secara terbuka dengan RPK tempoh hari. Dia pusing dah.. dia kata hari tu wawancara, bukan debat. Kalau tak menipu bukan Nuar.. menipu macam Nuar.. banyak lagilah peribahasa yang telah dicipta oleh Karam Singh Wallia sehinggakan DBP pening kepala. Tengok balik posting di Kepal Nasi Kepal Beras tempoh hari.
Dalam video di youtube selama 12 minit tentang pengundi hantu Nuar ada mengatakan bahawa jika menipu seseorang itu mesti kena pecat masa tu jugak. Perbuatan itu tidak boleh langsung diterima di India. Bukan main lagi dia puji sistem pilihanraya India, siap sebut nama Kareena Kapoor lagi.
Kisahnya sekarang Nuar ni dah banyak sangat menipu, macam-macam yang dia tipu. Semasa dia dalam UMNO dulupun ramai pemimpin UMNO yang kena tipu. Ada seorang tu dia tipu hidup-hidup, mati-mati orang tu percaya. Dia kata PM suruh letak jawatan, pada hal mana ada PM suruh orang tu letak jawatan...Bapak segala penipuan ialah tarikh 16 September.
Banyak dah penipuan Nuar ni yang didedahkan oleh pelbagai pihak. Jadi Jokiden cadangkan kepada Wan Azizah, pecat dia sebagai Ketua Umum. Pakatan Pembangkang pecat dia dari jawatan Ketua Pembangkang. Khalid pecat dia dari jawatan penasihat ekonomi bergaji RM1 tu. Nak harap dia pecat diri sendiri, usah mimpilah. So pecat dia sekarang jugak. Tapi kalau tak ada sesiapa yang berani pecat tak apa, tunggu jelah PRU13 RAKYAT DAN PENGUNDI DI PP AKAN PECAT DIA. Rakyat kan Hakim Negara.
"Anwar Ibrahim has created alot of trouble for this country...Anwar Ibrahim harus dipecat" Kapal Sink.
No comments:
Post a Comment