Wednesday, March 21, 2012

TERKINI DARI UTUSAN

Najib hairan pembangkang bantah usul mengenai Lynas

21/03/2012 1:54pm

Video terkini: POOZIAH pindahkan 18,000 pengundi hantu ke Pekan untuk kalahkan PM. Meh layan video ni dulu.

  Video dari blog MPP online

PUTRAJAYA 21 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

 

Perdana Menteri berkata, isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, dan perlu ditangani semua pihak, kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.

"Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara. Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini hari ini.

Semalam persidangan Dewan Rakyat meluluskan usul bagi menubuhkan jawatankuasa itu, yang bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam serta standard keselamatan projek Lynas Adavanced Material Plant (LAMP).

Usul itu dipersetujui melalui pungutan suara, walaupun pembangkang berterusan membantah, dengan ada wakilnya yang keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui. — BERNAMA

Tahu lama dah pembangkang ni hanya mencari keuntungan politik semata-mata, bukannya nak membela rakyat pun. Walaupun mereka beria-ia memperjuangkan sesuatu isu itu, tetapi jika akhirnya mereka tidak mendapat keuntungan mereka akan pusing 360 darjah.

Samalah dengan isu ISA dan AUKU yang sibuk mereka perjuangkan supaya dihapuskan. Bila kerajaan hapuskan bukan mereka nak sokongpun. Bgitu juga dengan BR1M, pelbagai tohmahan mereka buat. benar kata Parpukari mereka ni 'bebal nak mampooosss!!!

1 comment:

  1. Sebentar tadi Jokiden melihat di TV betapa PM menjawab bahawa beliau tidak terusik dengan komen-komen dan pesepsi pelbagai pihak terhadap PRU13 termasuk komen daripada Tun Daim.

    Disamping mengakui keperitan dalam menghadapi PRU13 ini PM terus menampakan keyakinan yang tinggi dan mengharapkan jentera terus bekerja kuat dan jangan hiraukan sangat tentang persepsi tersebut.

    Hebat dan cool PM kito ni, tidak gelabah dan tenang. Mari kita sanggah Tun Daim lepas ni. Lagipun ramalan Tun Daim tu samo yo macam ramalan Jokiden hahaha...

    ReplyDelete