Semasa majlis jamuan makan di Shah Alam beberapa hari lalu Presiden PAS Hj Hadi Awang ada menyatakan kesediaan PAS untuk menonjolkan calon-calon dari kalangan artis untuk mewakili PAS.
Muslimat PAS pula dikatakan akan mengetengahkan atau menyenaraikan 30 nama untuk dipertimbangkan.
Sesungguhnya PAS kini sudah terlebih toleransi dan telah berfikiran terbuka mengikut peredaran zaman. Jijiknya. Dulu kaum muslimat hanya layak duduk bersimpoh atas padang, bawa anak kecil sambil mendengar Mat Sabu bercerita. Semua masa tu aurat kecuali waktu mendengar ceramah.
Nak jadi calon jangan mimpilah, nak berpidato jangan haraplah, nak duduk atas pentas jauh sekali. kini???? Lupalak, wakil sebagai qariah musabaqah dah ok ke belum??
Sebab itu Jokiden dalam posting awal pernah mengatakan bahawa apa yang PAS tentang dulu, apa yang kononnya BN buat dulu buruk, kini semuanya demi sekelumit kuasa PAS sanggup menanamkan semua prinsip asal perjuangan nuuunnnn jauh di dasar lautan.
Inilah realitinya dunia PAS hari ini, telah lebih terbuka dari UMNO. Baguslah. Jilatlah kembali semua ludah-ludah dan kahak yang dulu-dulu.
Mungkin inikah calon-calonnya yang akan membawa obor PAS dalam PRU13 kelak???
Dunia politik dunia serba kemungkinan, apa-apapun bisa terjadikan? Tidak ada yang mustahil.
PAS=PARTI ARTIS SEMALAYSIA
ReplyDelete