Sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Sembilan Darul Khusus esok, Jokiden ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan serta mengucapkan Selamat Datang PM. Ini entah kali ke berapa PM datang bagi meneruskan Program Turun Padang beliau dan juga Timbalan beliau. Banyak kali dah.
Taman Intan Duyung PD
Sekali imbas lawatan PM dan TPM ke seluruh pelusuk tanah air dalam siri jelajah beliau sentiasa mendapat sambutan yang hangat dikalangan rakyat. Semasa Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun lalu PM telah berjanji dan berikrar bahawa beliau serta Timbalan beliau dan Ahli MKT akan turun padang menemui rakyat. Kini mereka sedang menunaikan janji mereka.
Dua tiga hari lepas beliau berkata yang beliau tidak terusik dengan pelbagai persepsi serta ramalan-ramalan yang tidak memihak kepada UMNO dan BN. "Saya akan terus bekerja dan teruskan berusaha.."
Memang PM menyedari gelora politik hari ini, namun beliau bukanlah seorang yang mudah melatah, mengalah dan berserah. Beliau gigih berusaha dan satu persatu permasalahan rakyat diselesaikan dengan penuh cemerlangnya. Harapan beliau ialah semuga tidak ada lagi masalah besar yang timbul di saat beliau hendak membubarkan Parliamen bagi membuka laluan kepada PRU13.
Mendengar kepada cakap-cakap orang politik di coffee house atau di kedai mamak dan paparan pendapat penulis-penulis blog serta web, gambaran seolah-olah UMNO, BN dan kerajaan sedia ada sudah tidak mampu lagi bertahan. Segala-galanya seolah-olah sudah musnah dan hancur. pembangkang hanya menunggu masa untuk mengambil alih Putra Jaya. Segala-galanya tidak memihak BN sekarang ini.
Kehebatan PM ialah dalam tempoh singkat memegang kuasa penuh, segala-galannya mampu beliau tangani dengan bijaksana. Inilah pemimpin harapan baru yang boleh diharapkan oleh rakyat, bukannya Nuar brahim.
Baru tiga tahun menerajui pemerintahan negara pelbagai perubahan telah beliau lakukan dengan jayanya. Dalam ribut-ribut gelora politik tanah air beliau terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Sedangkan pemimpin-peminpin pembangkang yang kononnya super hebat walaupun telah berkuasa lebih 4 tahun, masih lagi terkapai-kapai, teraba-raba, tercari-cari dan akhirnya terjerumus. Ada sesiapa yang cuba nak menafikan perkara ini.???
Dalam tempoh tiga tahun semua pendekatan PM nampaknya semua menjurus kepada kepentingan rakyat. Jika diberi peluang beliau akan akhirnya diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang berkesan. Seperti kata Tun M, dari london semalam, "beri beliau peluang, sekarang sudah nampak pelbagai perubahan dan kejayaan..."
Pendekatan yang beliau ambil dalam menangani semua kemelut yang berlaku hari ini sebenarnya amat-amat merungsingkan pembangkang. Pembangkang melihat kejayaan dasar-dasar beliau satu persatu. Tidak banyak yang pembangkang boleh pertikaikan tentang kecemerlangan kepimpinan beliau, lalu pembangkang beralih kepada taktik menyerang peribadi beliau, kisah silam beliau, kisah keluarga beliau dan isteri beliau. Hahaha ini semua akhirnya nanti senjata makan tuan.
Bukan sedikit yang PM dan TPM kena betulkan tentang negara ini, tentang UMNO, tentang BN, tentang masyarakat, tentang pembangkang, ekonomi, keselamatan, keselesaan rakyat, pendidikan dan pelbagai lagi. Sekarang seluruh dunia memerhati dengan penuh minat dan dunia setakat hari ini mengakui kejayaan beliau dalam menerajui negara walaupun baru tiga tahun berkuasa. Kita mesti ingat beliau mengambil alih kuasa dalam keadaan dimana semuanya tidak memihak kepada beliau. Beliau mula bertugas dalam suasana yang amat sukar dan hari ini beliau kelihatan berjaya. Beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah, namun sudah mula kelihatan pulih. Hebat..
Pembangkang patut merasa malu dengan kesungguhan PM dan TPM dalam membela rakyat ni. Ketua Menteri dan MB2 patut merasa malu dengan komitmen PM dan TPM dalam usaha untuk memenangi hati rakyat. Menteri2 patut berasa malu, Timbalan Menteri, para EXCO, Pemegang-pemegang jawatan patut merasa malu. Bos2 di semua GLC juga patut merasa malu dengan kegigihan PM dan TPM dan ingatlah jawatan serta gaji mewah di GLC juga akan turut lenyap sekiranya BN hilang kuasa dalam PRU13 nanti.
Pembangkang patut merasa malu dengan kesungguhan PM dan TPM dalam membela rakyat ni. Ketua Menteri dan MB2 patut merasa malu dengan komitmen PM dan TPM dalam usaha untuk memenangi hati rakyat. Menteri2 patut berasa malu, Timbalan Menteri, para EXCO, Pemegang-pemegang jawatan patut merasa malu. Bos2 di semua GLC juga patut merasa malu dengan kegigihan PM dan TPM dan ingatlah jawatan serta gaji mewah di GLC juga akan turut lenyap sekiranya BN hilang kuasa dalam PRU13 nanti.
Sesiapa juga bebas membuat ramalan dan pembangkang nampaknya teruja sangat dengan ramalan Tun Daim. Biarkan, kerana akhirnya rakyat yang akan membuat penentuan. Jangan terperanjat nanti sekiranya Pakatan Pembangkang hanya tinggal sebuah negeri sahaja sebagai penghibur hati, iaitu Pulau Pinang. Selebihnya termasuk Kelantan akan menjadi milik BN...yahoo!!!!
Biarkan pembangkang syok sendiri ketika ini, apabila rakyat akhirnya menghukum mereka dalam PRU13 kelak mereka akan sedar langit tinggi rendah. Keghairahan pembangkang dapat kita saksikan menerusi blog-blog mereka, setiap saat membuat ulasan yang semuanya buruk dan negatif tentang PM, UMNO, BN dan kerajaan. Itu tugas mereka. Tugas blogger pro UMNO, pro BN dan pro kerajaan pula adalah untuk menyanggah semua hujah pembangkang tadi, dan disamping itu berfungsi sebagai medium untuk membongkar segala kepincangan pembangkang, mendedahkan segala salah laku, salah urus dan salah tadbir mereka supaya rakyat tidak terkeliru.
Dalam hal ini tidak ada jalan tengah, 50/50. Tidak ada istilah atas pagar. Pilihan hanya samada kita di pihak pembangkang atau kita di pihak BN. Jika kita di pihak BN, segalanya tentang BN harus dipertahankan. Jelas, pembangkang tidak akan berkata sesuatu yang baik tentang BN, walaupun banyak kebaikan BN. Yang pro BN juga sepatutnya begitu juga. Adil!!!!!!.
Bukan bermakna tidak boleh menegur sesama kita dalam BN, boleh, semua pemimpin BN boleh ditegur, cuma cara kita menegur pemimpin BN janganlah sama seperti kita membelasah pemimpin pembangkang. Boleh membelasah pemimpin BN, tetapi jangan sampai kita mengambil tugas pembangkang. Teguran mestilah berhemah, bersopan dan halus. Apapun cara kita Jokiden menyokong penuh cara Papa Gomo dan Parpukari. No mercy....hahaha..
Pembaca blog walaupun ramai masih terhad kepada kelompok tertentu. Peranan TV1,TV2 dan TV3 tetap penting. Peranan akhbar juga masih penting untuk sebagai alat berkomunikasi dengan pengundi di pendalaman, di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak. Hanya segelintir penduduk desa yang memahami bahasa internet dan mereka pula sudah pasti tidak mampu untuk bertindak sebagai penyampai yang berkesan. Lalu peranan MB, Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Exco, Ketua Bahagian, AJK Bahagian, Ketua Cawangan dan Imam amat penting dalam usaha menembusi rakayat di kawasan pendalaman.
Sudah tentu PM dan TPM tidak mampu untuk pergi ke seluruh daerah di seluruh negara, kerana kekangan masa dan jadual yang padat, maka tugas PM dan TPM haruslah dipikul oleh pemimpin-pemimpin yang lain tadi. Jokiden dah pernah tulis dalam blog ini, lupakan soal untuk berihat dan bercuti bersama keluarga di hujung minggu. Keluarlah dan temui rakyat, dekati rakyat. Hanya cara itu segala kekeliruan dapat dijelaskan.
Jika tidak, dikhuatiri, yang jadi menteri hari ini, selepas PRU13 akan hanya gigit jari. Yang jadi exco, kok termenung di serambi. Contoh kan dah ada di Selangor, Kedah, Perak dan PP. Jadi bekerja keraslah wahai YB2 jangan fikirkan samada kekal sebagai calon ataupun tidak.
SELAMAT DATANG PM, NSDK KEKAL MILIK BN, INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment