Tajuk di atas Jokiden ambil dari blog Kepal Nasi Kepal Beras. Maksud tajuk tersebut jelas iaitu dalam pilihanraya akan datang, NSDK akan beralih pemerintahannya dari BN kepada Pembangkang. Namun perkataan "Monang Bolun Tau" maknanya harapan masih ada sekiranya percaturan tepat dibuat menjelang hari penentuan tersebut. Tentulah banyak faktor yang boleh mengubah suasana dan situasi yang menyebabkan kenyataan di atas boleh diterbalikan.
.
Jika kita hendak berfikiran lebih positif tajuk di atas boleh berbunyi "Monang dalam tangan, kalah bolun tau" kaedah penyelesaian mungkin sama dan tak jauh berbeza sekiranya tajuk ini hendak diterbalikan.
.
Saya juga membaca email yang dihantar oleh NGO yang menamakan diri mereka TMS dari Jempol di blog Paneh Miang dimana terdapat beberapa input diberikan yang BN NSDK harus mengambil langkah-langkah tertentu. Jika tidak, bersedialah untuk menerima hakikat kesohehan tajuk di atas.
.
Seperti di tempat lain NS juga tidak sunyi daripada serangan persepsi negatif daripada pembangkang. Setiap persepsi jika tidak ditangani dengan betul akan diterima sebagai benar oleh rakyat dan pengundi. Setiap persepi jika dibiarkan tanpa penjelasan, akan menjadi barah yang akhirnya merebak.
.
"NS akan dapat MB baru.." Selalu sangat Jokiden dengar kenyataan tersebut dari mulut orang-orang politik pelbagai parti samada dari BN atau pembangkang. Tokoh-tokoh tertentu ramai juga yang berkata begitu. Tokoh pembangkang apatah lagi, amat ghairah sekarang ini. Keyakinan mereka bertambah kerana tanpa usaha gigih, tanpa calun-calun berwibawa pada PRU12 dahulu keputusan di NSDK menyaksikan BN hilang mandat 2/3.
.
Yang teruja sangat hendak meletakan MB baru di NS ialah PKR dan DAP. PAS dipaksa akur dan dipaksa gigit jari. Diharap PAS juga akan beria-ia untuk mengejar jawatan MB NS ini supaya berlaku perebutan kerusi yang serious antara meraka kelak. PAS sebenarnya lebih layak, memandangkan mereka ada pengalaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
.
NSDK seperti Johor, sejak dahulu adalah merupakan kubu kuat BN. Ini diakui oleh kawan dan lawan. Mat Sabu berpuluh kali dalam ceramahnya mengatakan "orang Noghori ni tak faham-faham..sughuh tukar, tak ondak.." Pembangkang pernah mendapat 'telur' kosong di NSDK. Pernah juga wakil pembangkang terkonteng-konteng seorang diri di DUN NS. Kini pembangkang mendapat inspirasi hebat dengan menguasai 15 kerusi.
Semua menerima hakikat bahawa tsunami politik yang melanda negara pada PRU12 merupakan faktor penting yang menyebabkan BN kehilangan banyak negeri, banyak kerusi Parliamen dan banyak kerusi DUN. Termasuk di NSDK. Soalnya adakah langkah-langkah jitu telah diambil untuk memperbaiki segala permasalahan yang melanda ketika itu.
.
Air telah sampai ke hidung, BN akan lemas nanti. Tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk BN NSDK menyelesaikan semua permasalahan yang ada sebelum menghadapi rakyat pada PRU13 akan datang.
.
Sekiranya tajuk Kepal Nasi menjadi kenyataan dan email dari NGO yang Paneh Miang paparkan menjadi salah satu faktor kekalahan maka siapa yang harus bertanggung-jawab dalam hal ini???.
.
Jokiden tegas mengatakan kesemua kepimpinan BN NSDK yang berada di saf hadapan harus bertanggung-jawab. Benarlah jika ada yang tidak kisah dan apa boleh buat rakyat sudah menolak kita, namun sanggupkah mereka semua tercatat dalam sejarah politik tanah air, iaitu BN kalah, pemerintahan bertukar tangan dan kapal tenggelam di zaman ketika mereka mengemudi kapal BN ini.
.
.
Apa masalah sebenarnya di NSDK ini??? apa yang kalut sehinggakan Timbalan Presiden seolah-olah sudah giveup??? UMNO kah yang bermaslah?, MCA kah?, MIC kah?, GERAKAN kah? PPP kah? cer citer... Sepatutnya tiada masalah kerana yang berada di saf hadapan semuanya tokoh-tokoh terbilang dari setiap parti komponen. Namun dingatkan juga untuk mengekalkan kuasa BN di NSDK ini semua parti komponen mesti bebas dari sebarang masalah atau kemelut besar.
Para takoh dan pemimpin BN negeri ini amat berpengalaman.. Cuba kita imbas siapa yang berada di saf hadapan pada PRU12 dahulu. Oleh kerana UMNO menjadi tunjang, maka kita tumpukan kepada UMNO.
.
.
Ketua Perhubungan, YAB Dato' Seri Utama Hj Muhamad Hj Hassan,
Ketua Bahagian Jelebu, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,
Ketua Bahagian Jempol, YB Dato' Hj Lillah Yassin,
Ketua Bahagian Kuala Pilah, YB Dato' Hj Ismail Lassim,
Ketua Bahagian Rembau, YAB Dato' Seri Utama Hj Muahamd Hassan,
Ketua Bahagian Tampin, YB Dato' Shahziman Abu Mansor,
Ketua Bahagian Rasah, YB Dato' Hashim Rusdi,
Ketua Bahagian Teluk Kemang, YB Tan Sri Mohd Isa Samad,
Ketua Bahagian Seremban, YBHG Datuk Ishak Ismail.
Mereka ini yang mengepalai jentera BN pada PRU12. Kini ada pertukaran tak?? Tak ada, masih tokoh yang sama yang akan mengepalai jentera pada PRU13 kelak.. Lalu apa masalahnya??. Mereka inikah yang bergeser antara satu sama lain??. Bergeser atau bergesel sebab apa?? dan untuk apa?? Jokiden harap tidak ada apa2 sengketa yang boleh merosakan suasana dan menjerumuskan BN NSDK kepada kekalahan yang memalukan kelak.
.
Melihat kepada senarai tokoh-tokoh dan otai-otai veteran politik di atas, mereka ini orang lama yang tidak perlukan nasihat atau bimbingan. Mereka lebih arif, mereka lebih mengetahui, mereka telah lama dalam sepak terajang dunia politik di NSDK ini. Jika adapun yang orang luar tepi boleh bercakap ialah tentang satu perkara sahaja iaitu 'belajar untuk berkorban apa sahaja demi agama, demi bangsa, demi negara demi parti, demi generasi dan demi negeri yang tercinta ini.'
.
Selebihnya perlukah mereka ini diberitahu, perlukah mereka ini diajar itu ini, Jokiden rasa tidak perlu. Nanti akan jadi seperti 'mengajar itik berenang atau mencurah air ke daun keladi.' Mereka lebih tahu. Ini belum lagi kita melihat senarai di saf kedua seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri. Senarainya semakin canggih dan hebat, lalu sepatutnya tidak ada internal differences seperti yang disebut oleh TPM tempoh hari.
Percaturan pembangkang nampaknya mudah, pertahankan kerusi yang sedia ada dan dapatkan 5 kerusi lagi, maka mereka akan memerintah. Mana kawasan sasaran mereka?? Jokiden diberitahu antaranya Kuala Klawang yang dulu semasa ada excopun majoriti tipis 61 undi. Kemudian Chennah, Jeram Padang, Seri Menanti, Pilah dan Rantau. Rantau??? kawasan YAB MB tu, biar betul???
BN juga mengatur startegi mempertahankan yang sedia ada dan merampas kembali beberapa DUN tradisi seperti Paroi, Sikamat dan Ampangan. "Kena dengan calun winnable, pasti dapat balik" Jokiden diberitahu. Benarkah?? Kawasan Cina bagaimana??, kawasan India macam mana??? Soheh Kepimpinan barisan hadapan di atas ada jawapannya, tak perlulah kita bersusah payah memikirkannya. Kita hanya memandang dari segi luar, mereka pula mempunyai data-data soheh.
"Kalau calun ni monang, kalau calun ni kalah..".macam ada yang nak sabotaj tu. Patutnya, capo yo jadi calun BN akan MONANNNNNGGG!!!! Mungkin hanya Presiden UMNO sahaja yang bulih mneyolosaikan kemelut di NSDK ni. Kok ada kemelutlah..kok tak ada kan bagus.
Apapun generasi akan datang tidak seharusnya dibebankan dengan kesilapan pemimpin hari ini.
Catatan: Ini komen Tun Daim yang baru saja jokiden baca dalam http://www.utaranews.com/ sebentar tadi.
"Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan."
No comments:
Post a Comment