Thursday, March 22, 2012

DAP YANG WANGI DAN UMNO YANG BUSUK

Sebelum tulisan ini panjang ingin disebut kembali kata-kata hikmah oleh seorang otai politik di NSDK  yang berbunyi:

"Kalau tidak tahu membalas budi, mengenang budipun jadilah" Peribahasa lama pula menasihatkan "Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit"

Benarkah Nik Aziz mengatakan UMNO sudah pecah dan berbau busuk?  "Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,” ujarnya. Baca artikel penuh di MPP Online.  

Mak oii!! sedap mulut dia aje mengeluarkan kenyataan. Perasan sangat semua yang PAS lakukan itu baik, betul dan Islamik dan apa yang orang lain buat semua tak betul. Semasa saya masih kecil, di hadapan rumah saya adalah merupakan medan  tempat para pemimpin PAS mengadakan ceramah. Hampir keseluruhan pemimpin PAS pernah datang berceramah di hadapan rumah saya, lalu saya tidak perlu keluar rumah pun untuk mendengar ceramah mereka.

Arwah Fadhil Nor pernah datang, Mat Sabu pernah datang, Datuk Harun Din pernah datang, Mahfooozzz bean pernah datang dan pernah kena tangkap waktu menyampaikan ucapan. Pemimpin kecil usah ceritalah, berduyun-duyun datang mengadakan ceramah pada setiap minggu dan setiap bulan dan saya terpaksa mendengarnya.

Cara mereka berceramah sama seperti hari ini, jerit pekik, maki hamun, hina menghina, fitnah, tohmahan, andaian dan penuh dengan kejelekan. Setiap maki hamun tersebut pastilah diikuti dengan 'takbir Allah hu akbar' daripada pendengarnya. Lama-lama saya merasakan mereka sebenarnya menghina Allah kerana setiap maki hamuan akan disahut dengan takbir Allah maha besar. Saya juga merasakan bahawa setiap orang yang bertakbir tersebut bershubahat dan menanggung dosa. Sejak itu saya mula membenci PAS. Itu antara alasan kenapa ramai rakan-rakan  gagal memujuk saya menyertai PAS.

Alasan lain ialah kerana saya, keluarga saya adalah ahli UMNO dan orang UMNO dulu kini dan selamanya Insyaallah. Alasan lain, budi UMNO terlalu banyak kepada saya dan keluarga, dan saya tidak mampu untuk membalasnya. Hahaha..stop!!

  Apa sebenarnya yang berlaku ni???

 
Mengatakan UMNO busuk dan sanggup pula bekerjasama dengan DAP serta PKR demi untuk merebut kuasa dan meruntuhkan kerajaan Islam yang dipimpin oleh orang Islam, apakah hukumnya?

Sebusuk-busuk UMNO, parti ini telah berbudi dan berbakti selama lebih dari 50 tahun. Bakti dan budi UMNO dinikmati oleh semua lapisan rakyat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya orang yang buta hati sahaja yang cuba menafikannya. Sebutlah dalam bidang apa sekalipun budi dan bakti UMNO tetap melebihi bakti dan budi parti-parti lain. Bandingkan dengan PKR yang baru berusia setahun jagung, sumbangannya kepada rakyat, kepada negara adalah ibarat bumi dengan langit jika hendak dibandingkan dengan sumbangan dan jasa UMNO.

Sementara sumbangan parti rasis DAP yang wangi pula masih tidak mampu menyaingi parti UMNO yang busuk ini. Saya tidak menafikan sumbangan PAS dalam meningkatkan kesejahteraan warga Kelantan selama lebih 22 tahun ini, namun untuk membandingkan dengan kesejahteraan yang disumbangkan oleh UMNO, PAS masih jauh terkial-kial kebelakang. Ada sesiapa yang hendak menafikan perkara ini???

Adakah sama besar kebaktian UMNO yang membina beratus-ratus buah masjid dengan kebaktian PAS yang hanya membina sebuah masjid sepanjang berkuasa di Kelantan? Menidakan sumbangan parti busuk UMNO oleh PAS hanyalah untuk menutup segala kepincangan, kelemahan dan ketidak-mampuan PAS selaku pentadbir. Selesanya orang-orang PAS menunaikan ibadat selama 50 tahun ini adalah disebabkan oleh jasa UMNO yang busuk ini.

Senaraikanlah sendiri, sebut sahaja apa yang ada disekeliling kita pada hari ini adalah sumbangan dan hasil penat lelah UMNO dan BN. Sebutlah, jalanraya, klinik, surau, hospital, sekolah, biasiswa, madrasah, pusat membeli belah, pusat pelancungan, hotel, keamanan, ketenteraman, keselamatan, kenderaan, pembangunan ekonomi, perniagaan, perkilangan, pekerjaan, perladangan, pertanian, api, air, lektrik dan beribu-ribu lagi jasa UMNO yang busuk serta BN ini. Nak nafikan semua itu?? hahaha kufur nikmat nanti.

Tulisan ini akan menjadi terlebih panjang sekiranya hendak dibuat perincian tentang jasa UMNO yang busuk ini, lebih-lebih lagi sekiranya hendak dibuat perbandingan dengan negara-negara lain yang antaranya sedang bersembahyang pun kadang-kadang bom meletup. Namun seperti yang pernah saya tulis dalam posting terdahulu, menyebut semua ini adalah tidak disukai. Tak apa, PM dan TPM suruh selalu-selalu sebut dan ingatkan. Stop.

Sempurna??? tentulah belum dan peningkatan dalam semua bidang akan terus dijana oleh UMNO dan BN. Transformasi sedang berlaku. Sabarlah sikit.

Cacat cela UMNO dan BN??? memang ada tetapi tidaklah seteruk cacat cela pembangkang. Semua yang elok-elok tersebut tidak begitu digemari oleh pembangkang dan mereka lebih suka menyebut yang buruk-buruk seperti judi, pelacuran, maksiat, kezaliman, tiada kebebasan bersuara, ISA, kroni, rasuah, salah guna kuasa. Mereka menyebut perkara-perkara negatif tersebut seolah-olah mereka semua maksum  dan bersih sebersih-bersihnya. Tolonglah!!! rakyat nampak juga keburukan mereka. Minda mereka sebenarnya jumud, beku dan berkarat dan dipenuhi segala benda yang negatif. Kedaifan minda mereka tersebut cuba disembunyikan dengan memindahkan segala perlakuan buruk tersebut kepada UMNO yang busuk dan BN.

Perhatikan dan cuba buat analisa, semua perkara buruk yang mereka tohmahkan UMNO busuk dan BN dulu, kini semua mereka lakukan tanpa sedikitpun rasa malu. Memang dasar muka tak malu. Apabila mereka melakukan perkara yang pernah mereka tentang dulu, maka pelbagai alasan mereka cipta untuk menghalalkannya, biasalah ayat-ayat Al-Quran digunakan sewenang-wenangnya untuk menguatkan hujah. Contoh?? beribu-ribu contoh ada di depan kita. Mereka sebenarnya amat hipokrit.

Jasa UMNO dan BN yang busuk ini mereka nikmati setiap hari dari dulu hingga saat ini dalam semua bidang, namun untuk mereka bersyukur  tidak sekali-kali. Demi sedikit kuasa mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun mereka akhirnya kelak menerima nasib yang lebih buruk daripada apa yang mereka nikmati hari ini, itu semua mereka tidak peduli.

Banyak contoh kehinaan dalam dunia ini, yang jauh dan yang dekat untuk dijadikan iktibar sekiranya kuasa hilang. Hari ini sekutu PAS lembut gigi dari lidah, tapi lihatlah apa yang berlaku di negeri tempat mereka berkuasa. Untuk menipu rakyat, bolehlah dibuat gambaran yang cantik-cantik, namun realitinya mereka sebenarnya merintih dan menangis. "Air mata berjurai-jurai..." itu kata-kata Dr Hassan Ali.

Apa yang busuknya UMNO ini? apa yang tak baiknya, kenapa dengki sangat? UMNO tak pernah suruh orang minum arak, tak suruh orang berjudi, tak suruh orang Islam makan babi, tak suruh rasuah, tak suruh berzina, tak suruh berkhalwat, tak suruh merompak dan tak suruh menyamun. Semua itu UMNO dan BN tak suruh rakyat lakukan. Habis apa salahnya UMNO dan BN ni untuk meneruskan pemerintahan.?

Kenapa nak diruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ni dengan pelbagai tipu helah dan daya. Kita faham persekongkolan pembangkang ini hanyalah untuk merasai nikmat kuasa. PAS menyedari siapa PKR dan siapa DAP, begitu juga sebaliknya. Mereka saling mengetahui hal masing-masing dan mereka masih bersetuju untuk berpakat dengan melupakan segala perbezaan demi mengejar kuasa.Jika mereka tidak bergabung mereka akan hancur. Jika mereka bertanding atas tiket masing-masing mereka akan gigit jari. Mereka sedar bergabung pasti menguntungkan mereka. Persetankan apa orang nak cakap.  Matalamat menghalalkan cara. Matalamat menghalalkan hubungan. Silakan dan UMNO serta BN akan bersedia bertempur dalam PRU13 kelak.

Tidak perlulah kita mengharapkan mereka ini akan berpisah. Mereka tidak akan berpisah. Kononnya yang penting Putra Jaya dulu, hal lain boleh difikirkan kemudian. Nasib masa depan orang Melayu, lupakan, yang penting kuasa dulu. Nasib masa depan umat Islam juga lupakan, yang penting kuasa dulu. Nasib masa depan ekonomi bangsa Melayu lupakan, yang penting kuasa dulu. Beribu-ribu projek bangsa lain dipuja dan dibanggakan. Sebuah projek bangsa Melayu akan dicari jalan sehabis daya untuk digagalkan.

Berjuta nilai projek bangsa asing tidak dihiraukan. Sebuah projek bangsa Melayu yang dibantu oleh UMNO dan BN di ganggu gugat supaya bangsa ini terus ketinggalan di tanah air sendiri. Sepuluh buah kereta mewah milik bangsa asing berhenti di R&R dikagumi. Sebuah kereta mewah milik Melayu berhenti akan dicemuh, dipandang serong, dituduh pemiliknya rasuah, kroni dan pelbagai tanggapan sinis. Buruknya perangai puak-puak pembangkang ini. Stop.

Jika kuasa politik Melayu menjadi lemah pada masa hadapan, PAS dan PKR harus bertanggung-jawab.  

No comments:

Post a Comment