Friday, June 29, 2012

Kita Sebenarnya Serupa...

Khir Toyo sah tidak bertanding pada PRU-13


KUALA LUMPUR 28 Jun - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Dr Mohamad Khir, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: “Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata, beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

“Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan Menteri Besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

Lain-lain yang menyatakan hasrat untuk tidak lagi bertanding dalam PRU13 kelak antaranya ialah:


"JB sudah ada pelapis.."



"Tak perlu hantar namo ese.."


'I dah cukup dah..."



"Bagi orang lain pulak.."


 
 
"Enough is enough.. I tak mahu tanding lagi.."

Kenal siapa ni??



You ingat I guna kerusi roda tak boleh menang???

"I nak bertanding parlimen pulak.."

Kongsep 1Malaysia menyaksikan banyak sangat Transformasi yang diperkenalkan oleh PM. Sekarang rakyat nak tengok transformasi dalam politik pula. Sudah dimulakan dengan arahan supaya pemimpin turun padang dan mendekati rakyat, ambil tahu hal rakyat, mesra rakyat dan jangan ego, jangan sombong, jangan perasaan dan jangan bolot kontrak..

Cuma sekarang rakyat nak tengok transformasi dalam aspek pemilihan calon-calon UMNO/BN. Yang sudah berusia jika tiada jawatan penting elok disarakan. Yang sudah otai dan sudah bertanding 3,4,5 dan 6 penggal juga elok memberi laluan kepada calon baru yang fresh..

Ramai calon baru UMNO/BN yang berkaliber esok maka pembangkang akan gigit jari.. Yang berundur atau diundurkan jangan cah keting.. mesti bantu calon baru dengan ikhlas bukan setakat kata-kata manis di bibir sahaja.

Sebenarnya ramai jumlah mereka yang patut bersara dalam dunia politik ini jika hendak disenaraikan samada yang mewakili UMNO/BN mahupun yang mewakili pembangkang..

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment