Tuesday, June 26, 2012

Ingatkan Nizar Ni Dah Berhenti Meroyan..Rupanya Tidak Dan Masih Lagi..


Tuan-tuan tengok video di bawah ni, Nizar dengan muka buat-buat sayunya mempertikaikan tentang pemberian bantuan untuk pemandu teksi membeli tayar sebanyak RM520.00. Dia mendakwa bantuan tersebut tidak akan sampai kepada pemandu sebenar, sebaliknya akan pergi kepada kroni UMNO/BN iaitu Syarikat pemilik teksi berkenaan.


 
 

Dia mendakwa bahawa PM telah melutut kepada 70,000 pemandu teksi. Dia mendakwa rasuah RM15,000.00 kepada peneroka Felda tak apa lagi. Rasuah BR1M tak apa lagi, KR1M masih tak apa. Tetapi bila pemandu teksi juga dapat, maka Nizar tidak boleh tahan lagi, terus meroyan. Sebab itu dulu pernah Jokiden berkata, pembangkang ni jangan berkira-kira nak buat banyak sangat untuk rakyat, nanti PM, UMNO/BN tunaikan, kan susah jadinya.

Nizar ni agaknya sudah lupa bahawa dia pernah memegang lilin dengan penuh sayu, khusyuk semasa meraikan kematian Teo Beng Hock hasil kerja jahat DAP tetapi dituduh SPRM pulak yang bertanggung-jawab terhadap insiden tersebut.

Sanggup kau Nizar..!!!??

Bagusnya dia ini ialah dia menjadi labialiti kepada PAS dan pakatan haram. Tidak bagusnya dia ialah dia suka sangat mengikut telunjuk DAP terutamanya Ngeh dan Ngah di Perak tu. Tidak cerdiknya pula dia ni ialah bila dia mempertikaikan tindakan Sultan Johor membida nombor pendaftaran WWW1. Paling bengong pula ialah tindakan dia 'mohon derhaka kepada Sultan Perak.

Paling lucu pula ialah sehingga ke hari ini dia masih merasakan dia Menteri Besar Perak yang sah dan Dr Zamri adalah tidak sah kerana 'merampas' jawatan tersebut dari dia. Paling meroyan ialah bila dia bersidang di bawah pokok sama macam di negeri Pasir Dua Butir.

Paling tidak bertanggung-jawab pula ialah bila dia memfitnah PM dalam kebanyakan ceramahnya sehingga menakutkan kaum asing seperti yag berlaku di Hulu Selangor. Dia fitnah PM dengan mengatakan PM telah memanggil semua Panglima ATM, berbincang apa yang perlu dilakukan sekiranya BN hilang kuasa dalam PRU13 kelak.

 
Paling tidak patut pula ialah di Stadium Darul Aman Alor Star bulan lalu dimana dia meramalkan PAS akan hanyut dan kecundang di semua peringkat.

Yang sadisnya tentang Nizar ni dia lupa tentang banyak perkara yang dia lakukan termasuk surat-surat kelulusan yang dia tanda tangani semasa menjadi Menteri Besar sementara.

Yang tidak ingin kita lihat ialah bila Nizar menyanyi di pentas ceramahnya dengan senikata yang diubah suai mengikut suka hati dia. Betul-betul merosakkan seni lagu.

Paling menyeronokan tentang Nizar ini ialah dia muka tak malu dan suka melambai..


Dengan Husam Musa dia tak boleh ngam, tetapi dengan Mahpooozzz Bean mungkin dia boleh duduk semeja. Ramalan Jokiden, dia bakal mengambil alih tempat Nik Aziz kelak..

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment