Saturday, June 30, 2012

No Komenlah Pasal Perkara Ini..

Nik Aziz kekal bertanding di DUN Chempaka



KOTA BHARU 29 Jun - Pas menolak khabar angin bahawa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi Parlimen seterusnya mewariskan kerusi Menteri Besar kepada muka baru.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai karut, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia juga hanyalah spekulasi liar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, kepimpinan parti peringkat negeri dan Pusat sepakat memutuskan Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka seterusnya mengepalai pentadbiran kerajaan negeri.

“Cerita-cerita itu tidak ada asas langsung, kita sudah buat keputusan Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) akan kekal bertanding, memimpin parti dan kerajaan negeri, itu keputusan parti peringkat negeri dan Pusat, sangat-sangat jelas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. - UTUSAN


 
"Tahniah,, masih kekal bertanding.." "Ish..ish hai...malulah"
 


Tak tahu nak cakap lagilah pasal Tok Guru ni. PAS nyata memperalatkan beliau untuk kekal berkuasa di Kelantan. PAS tidak jumpa lagi calon lain selain daripada menggunakan jenama Tok Guru ini sebagai tarikan untuk meraih undi dalam PRU13.

Nik Aziz juga pernah mengatakan yang dia nak bersara dah tetapi 'parti' putuskan dia mesti kekal bertanding di Kelantan. Parti masih memerlukan dia.

PAS menyedari pengaruh Nik Aziz dalam parti tersebut untuk menjamin kemenangan di Kelantan untuk penggal ke enam. Apa lagi alasan PAS untuk mengekalkan dia untuk bertanding?? Dari segi apa hebatnya Tok Guru ini sehinggakan jika beliau tidak ada PAS mungkin akan kecundang bukan sahaja di DUN Cempaka, tetapi juga mungkin kehilangan Kelantan kepada BN.

Jentera BN sudah mengetahui bahawa Nik Aziz akan kekal bertanding. Jadi apa strategi UMNO/BN Kelantan dalam menghadapi isu tersebut. Sudah 22 tahun sepatutnya BN sudah mahir dan faham apa kehendak rakyat Kelantan dan sepatutnya telah menyediakan plan startegi serta muslihat yang ampuh untuk merampas negeri berkenaan.

Isu anak Kelantan merantau mencari rezeki di tempat lain sudah tidak boeh digunakan. Mereka memang suka begitu.

Isu air bersih juga tidak akan menjadi kerana rakyat Kelantan telah bersedia dengan serba kekurangan tersebut.

Isu pembangunan juga tidak akan berkesan kerana rakyat Kelantan selesa dengan apa yang ada.

Isu penyelewengan oleh pemimpin PAS Kelantan juga nampaknya tidak menggugat pengaruh PAS kerana mereka juga di war-warkan dengan penyelewengan pemimpin BN.

Isu janji tidak ditunaikan walaupun diulang beribu kali sudah masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Rakyat Kelantan sudah tidak peduli dengan semua itu.

Habis semua isu sudah tidak boleh mengubah mentaliti dan pendirian rakyat Kelantan, apa lagi yang ada untuk memungkinkan UMNO/BN kembali berkuasa di Kelantan???

Mesti ada cara dan jalannya. Mesti ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh UMNO/BN yang mungkin mengalihkan sokongan mereka kepada UMNO/BN.   

Tok Pa, Awang Adek, Alwi, Anuar Musa, Ibrahim Ali, Fatmi Salleh, Zaid Ibrahim atau Tengku Razaliegh mesti ada ramuan untuk  menumbangkan PAS ini. Takkan semuanya melepaskan tugas tersebut kepada masing-masing atau mengatakan orang itu yang patut dan orang ini yang patut. Diri sendiri tak patut.

Ramai sangat ke pengundi hantu yang membantu memenangkan PAS di Kelantan? Mungkin tidak bertemu lagi dengan kaedah terbaik kot? Jika orang luar tidak begitu memahami budaya politik masyarakat Kelantan, tokoh-tokoh di Kelantan sendiri mesti cukup faham.  


  Berkesankah psikologi ini??


Inipun tak rakyat Kelantan tak peduli

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment: