Apabila kuasa politik lenyap, maka penyesuaian terpaksa dilakukan dalam menjalani rutin kehidupan harian golongan minoriti di dalam sesebuah negara. Ini berlaku kepada semua kelompok manusia di dunia ini. Cuma masa sahaja yang akan menentukan penyesuaian itu berlaku samada secara drastik ataupun secara beransur-ansur ataupun secara halus dan tidak di sedari.
Serupa tapi tak sama, seorang ada misai, seorang lagi tiada:
Di Malaysia Islam dapat dimartabatkan kerana pemegang kuasa ialah UMNO/BN. Jika suatu hari nanti Melayu hilang kuasa sepenuhnya di bumi ini hasil kerjasama PAS, PKR dan DAP, maka kedudukan istimewa agama Islam ini juga akan turut berubah.
Lihat apa yang berlaku di Amerika, di Palestine, di China, di Myanmar, di Filipina dan di Singapura. Kelompok minoriti Islam terpaksa akur dengan segala undang-undang yang tidak menyebelahi mereka. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak majoriti rakyat di sana.
Tun Dr Mahathir kerap kali mengingatkan bahawa Orang Melayu kini berpecah kepada 3 kelompok terbesar dan ini melemahkan Orang Melayu dalam segala segi, terutamanya dalam politik.
Bila selalu diingatkan maka orang akan berkata ini semua dakyah UMNO yang ketandusan isu. Ini usaha UMNO untuk mengekalkan kuasa. Ini usaha terdesak UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya terus bersatu.
Ini betul-betul, bukan cubaan. Penyesuaian telah mula berlaku di Pulau Pinang secara halus, secara beransur-ansur. Tapak masjid boleh dilenyapkan dari peta pembangunan dengan alasan tempat itu tidak sesuai. Isi khutbah boleh di ubah-ubah mengikut kesesuaian. Doa untuk LGE boleh saja di selitkan. Doa untuk pemimpin Islam boleh ditiadakan.
Perarakan maulud yang sinonim dengan masyarakat Islam sejak berkurun lamanya boleh saja ditiadakan. Bacaan Al-Quran di waktu subuh dengan pembesar suara boleh sahaja ditamatkan dengan alasan mengganggu kelunakan waktu mimpi warga atau kaum lain.
Akan lebih banyak lagi peraturan baru yang menjengkelkan akan diperkenalkan di PP dan tentulah semuanya itu akan diterima oleh PAS yang kononnya mempertabatkan Agama Islam tetapi sebenarnya lebih mengutamakan perasaan sekutunya DAP. Lebih tepat lagi PAS takutttttt!!!!!!
Pelbagai hujah akan digunakan oleh PAS nanti untuk menghalalkan segala peraturan tersebut. Terkini MAIPP membenarkan Khatib luar membaca teks sendiri. MAIPP juga membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik ke partian. Alasan MAIPP mudah iaitu "kita mahu sesuatu itu rengkas" Ini akan membawa huru hara dan pecah belah yang besar kelak. Baca seterusnya di MPP Online.
Bila kita bercakap tentang sesuatu yang bakal terjadi mudah sahaja penyokong tegar PAS menuduh UMNO hendak menakut-nakutkan rakyat dengan agenda sulit DAP. Mulai sekarang penganut Islam di PP belajarlah untuk masuk kandang kambing membebek, di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Apapun kalian tidak bersalah sepenuhnya. Yang turut bertanggung-jawab tentang kekerdilan Islam di PP ialah Nuar Brahim dan Nik Aziz.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment