Friday, June 29, 2012

Nik Aziz Dan Dr Mazza

Jika ada yang telah lupa, mari kita baca peringatan oleh Hamid Airborne ini. Jokiden juga teringat surat Dr Lolo kepada Dr mazza suatu ketika dahulu yang seolah-olah 'melarang' keras dr Mazza ini daripada menyertai UMNO. Tak masuk PAS tak apa tetapi jangan join UMNO..


Mungkin sebab itu sehingga ke hari ini beliau masih selesa berada di luar UMNO walaupun pernah menjadi Mufti Negeri Perlis semasa era Datuk seri Shahidan Kassim suatu waktu dulu.


 

Membongkar perangai Nik Aziz


PADA suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.

Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.

Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN?

Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat".

Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".

Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut.

Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin Pas sokong.

Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?

Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?

Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.

Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula.

Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.

Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?

Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain.

Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan. Dari Forum Utusan Malaysia 25/6/12

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment