Saturday, June 30, 2012

Maksudnya Jika Nak Popular Masuklah PAS..

Forum Artis Berpolitik.



"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! (Apo yang habih tu?? sonighi buek andaian)

"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.(Nak makan apo?.. makan nasik lah. Sapo pulak cakap joki UMNO yang Boghi.. joki memang daghi Allah swt.. sumo oghang tau..)

Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (La.. tak ado kono mongono ngan UMNO pasal tawaran bolakun ni doh.. alasan..macamlah dah lamo bona join PAS, pado hal borang bolun soghahkan laie kek Nik Aziz. )

Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. (Dah sibuk bocoramah, mano ado maso nak bolakun laie..)

"Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak makan apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. (La bodoh amek soalan kau Hairie oii..ghamai ahli PAS yang kayo dan makan mewah, tak yah bolakun filem doh...patut eea tanyolah dapek ko jadi calon PAS dalam PRU13 sok?, )

Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat.

"Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya.(hebat boto budak Hairie ni..ado 'job')

Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap.

"Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau. (Popular kau jang..sapo-sapo nak popular, copek masuk PAS dan mesti naik pentas ceramah... mesti kutuk UMNO/BN, mesti kata kerajaan songlap duit rakyat, duit seniman. Popularlah jadi eea)

Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip.(Prinsiiiiiiiiiiippppppppppppppppppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..den cayo tu..)

"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie. (Sobijik ayat Aishah dan Bob Lokman.. Yang Islam PAS yo, oghang lain tak Islam..?? Hijrah Yang Diragui, Baca sini )

Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti. (Hahahahahah.....penarik undi????)

"Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik. (Hahahaha..tawannnnnnnnnnnnn Putra Jaya.. kositu pulak poie eaa..sobona eeaa prinsip untuk tawan Putra Jayalah.. hahaha..) 


 
Dari Facebook Nik Aziz 29/6/12, malam tadi di JB.



Himpunan Hijau Johor 29/6/12

Read More

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment