Sunday, June 17, 2012

Penghijrahan Yang Diragui..

 

“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.

“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.

“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya
. MPP Online.


Jokiden ingin menambah atau tumpang semangkuk tentang isu artis-artis dan tokoh-tokoh masyarakat yang menyertai PAS dan parti pembangkang atas pelbagai alasan yang munasabah. Sebelum itu di tempat Jokiden sudah diwar-warkan bahawa pada 25 Jun nanti Aishah akan datang berceramah betul-betul di hadapan rumah Jokiden.

Orang melakukan sesuatu mestilah dengan alasan tertentu. Sebab musabab. Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS tentu ada sebab. Bob Lokman masuk PAS ada sebabnya yang tersendiri. Tamrin Ghaffar menyokong Nuar Brahim ada sebabnya.

Mustafa Kamal jika akhirnya menjadi ahli PAS juga ada sebabnya. Ali Setan menyokong pembangkang ada hujahnya. Begitu juga bila Afdlin Shauki menyertai UMNO dia juga mempunyai sebab-sebab tertentu.

Baguslah alasan Aishah masuk PAS kerana hendak baiki diri ikut Islam dan nak besarkan anak-anak ikut Islam yang sebenar. Maknanya yang dia ikuti selama ini adalah islam yang tidak benar.. Bagus niat tersebut. Tetapi tiba-tiba saja dia nak membentras segala 'kemungkaran' kerajaan, tiba-tiba sahaja pemerintah songlap duit rakyat.. ish..ish..

Menyertai pembangkang mereka akan segera mempunyai pentas untuk berkata sesuatu termasuk Aishah. Mereka akan di arak ke hulu ke hilir dan sentiasa di dudukkan di atas pentas utama. Tugas mereka amat mudah iaitu mestilah pandai dan berani mengatakan UMNO korup, pemimpinnya penuh dengan penyelewengan, berlaku kemungkaran di setiap sudut dan banyak 'duit rakyat' di songlap oleh UMNO/BN.

Sekurang-kurangnya itu yang mereka percaya. Kemudian mereka akan secara tiba-tiba turut sedar bahawa kerajaan UMNO/BN ini terlalu zalim, menyeksa dan menindas rakyat. Jika itu yang mereka perkatakan maka mereka akan segera menjadi tokoh pujaan dalam kelompok pembangkang.

Penghijrahan begini selalunya brsifat amat peribadi atas rasa tidak puas hati, atas rasa dendam, atas rasa terpinggir, atas rasa kacang lupakan kulit, atas rasa tidak mendapat sesuatu yang personal  dan atas alasan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Berhijrah mestilah dari sesuatu yang kurang kepada sesuatu yang lebih. Dari kemiskinan tegar kepada peningkatan taraf hidup. Dari kurang alim kepada lebih alim. Dari tempat yang penuh noda kepada tempat yang lebih mulia. Dari malas dan liat ke masjid kepada rajin ke masjid.  Dari berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat kepada berkawan dengan alim ulamak. Pendek kata dari yang tidak baik kepada yang lebih baik.  Bukannya berhijrah dari parti yang memusuhi syaitan kepada parti yang sanggup bekerjasama dengan syaitan..


Dalam kes Aishah ini yang ingin mengikut 'Islam yang sebenarnya' samada dia akan lebih islamik atau sebaliknya akan sama-sama kita lihat nanti.

Apabila beberapa orang artis seperti Aishah memilih PAS sebagai wadah perjuangan, sekurang-kurangnya itulah yang dia percaya bahawa PAS lebih membawa atau menjurus kepada cara hidup Islam berbanding dengan UMNO. Dia sudah tentu berhak atas apa yang dia percaya.

Soalnya apakah benar PAS lebih Islam daripada UMNO?? Islam dari segi apa? Kulit semata-mata atau isi yang lebih penting? Apakah segala-galanya yang ada di dalam PAS adalah bersih dan suci. Dan segala-galanya tentang UMNO/BN adalah kotor dan busuk. Bagaimana pula penyelewengan yang PAS lakukan, yang ahli PAS percaya bahawa itu semua adalah betul dari segi Islam.


Bagaimana pula dengan cara PAS yang memperalatkan agama demi untuk nyawa politiknya.? Jika menyokong atau bersetuju dengan fatwa-fatwa songsang PAS apakah itu tidak dianggap bersubahat dalam melakukan kemungkaran.?  


Wajarkan seseorang itu yang inginkan Islam sebenar, kemudian bersekongkol pula dengan musuh Islam yang sebenar demi untuk menjatuhkan pemerintahan yang diketuai oleh orang Islam ini. Apabila sahaja menyertai PAS Aishah telah 'menjadi bijak' sangat dan dengan mudah menuduh UMNO/BN serta kerajaan sebagai perompak duir rakyat, maka penghijrahan beliau boleh diragui. Tambahan pula dia bersedia dengan baju kuningnya dan turut berdemontrasi di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Sudah hijrahkah beliau???

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

3 comments:

  1. Ini lah bijaknya parti PAS PIS PUS memainkan peranan bahawa partinya adalah parti islam sebenar tetapi pada hakikatnya ia tak lebih dari parti politik semata2 dan orang melayu sangat cenderung untuk mempercayai apa saja di dengar tanpa menyelidiki dahulu.

    ReplyDelete
  2. Sebuah Parti yg kata Islam, mengikut ajaran Rasulullah sudah pasti berada di atas landasan yg maju, murni dan bersih. Kalau kita lihat PAS, bersatu, perpaduan sesama, bngsa dan agama, diharamkan, tetapi bersengkongkol dan menyokong peliwat terkutok, barua lahanat Yahudi zionist disokong. PErpaduan sesama Melayu diharamkan, malah dikutok, dikeji, dikaffirkan, direjam dgn botol, baring tengah jalan, tetapi spesis yg rasis giler, komunis, anti Melayu, Anti Islam, dipeluk cium, disanjung tinggi, diberi gelaran Kalipah, Ustaz, kan giler. Inilah PAS = Parti ajran Songsang. Selamatkanlah diri dna keluarga, jauhi dari menyokong Parti Ajran Songsang, janglah merelakan diri anda dilaknat Allah. Rejamlah spesis2 keparat, bngsat dan lhanat ini, penyokong Yahudi zionist, pembunoh rakyat Palestina yg tak berdosa dan komunis biaDAP yg rasis giler, anti Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  3. ingat posan den,
    aishah masuk pas mesti belajar selok belok memfitnah dan cara mengata orang dulu, baru leh khatam agama pas. kalau tak pandai sahih kena tipu hidup hidup dengan tokbai pas nanti. mudah mudahan aishah dapat berlakikan tokbai pas, jadi bini no4 pon tak per..perubahan gak namanya..
    bila buat ceramah pastikan tabung tin milo, duit kutipan dalam ketayap dikawal rapi..orang pas tak teriman bila tengok cash money dan pompuan, asyik nak tibai jo..

    ReplyDelete