Tuesday, June 19, 2012

Lynas... Poziah Demam Panas Dan Meroyan..

 

Kalau sudah semua pakar dari dalam dan luar negara mengatakan Pusat Nadir Bumi Lynas di Gebeng ini selamat, rakyat khususnya yang berada di Gebeng hendak percaya lagi ke kepada Ahli Parlimen Kuantan ini, yang meroyan akibat demam panas.

Agenda politik murahan PKR dan DAP dalam isu Lynas ini akhirnya akan memakan diri sendiri. Kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu berkenaan dan kini tiba masanya kerajaan BN lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan sekelompok ahli politik yang jumud dan rasis.

Nyata PKR dan DAP mempunyai niat yang tersirat apabila mengwar-warkan bahawa tahap radiasi di kilang ini akan memudaratkan rakyat sekitar.

Projek yang bakal mengwujudkan peluang pekerjaan yang banyak di sini di samping ekonomi hiliran yang bakal terjadi tidak sepatutnya dipertikaikan apabila orang-orang yang berkelayakan sudah memberikan jaminan bahawa ianya selamat. Ini kilang biasa dan bukannya rektur nuklear seperti yang mereka gembar gemburkan.

Ahli Parlimen dari PAS Dr Che Rosli Che Mat pernah dicadangkan supaya tutup mulut  atau dipecat daripada parti apabila merumuskan bahawa Kilang Lynas di Gebeng tidak berbahaya.

DAP nyata tidak suka kepada projek ini kerana ia akan menjadi saingan kepada kilang yang ada di negeri China. Yang PAS nak tumpang semangkuk pasal apa?? PKR melalui Poooziah pula diperalatkan supaya menjuarai isu ini. Rakyat akan menghukum dia kelak dan jika dia terus bertanding di sana dia akan hilang wang pertaruhan kerana dia cuba melakukan sesuatu yang bakal merugikan rakyat tempatan. Dia sesungguhnya tidak dapat mencuci tangan selepas ini nanti. Dia ternyata terlibat secara aktif dan cuba menjadikan rakyat sebagai magsa permainan politik murahan dia. You are finish Poooziahhhhhhhhh. Mari baca artikel dari Utusan di bawah:

Ahli Parlimen Pas tegaskan radiasi Lynas rendah


KUALA LUMPUR 19 Jun - Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.

Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju.

"Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Che Rosli sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, dalam satu sesi temu bual dengan stesen televisyen TV3 sebelum ini, Che Rosli menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat sebagai tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Ditanya mengenai pemberian lesen sementara operasi kepada Lynas untuk beroperasi, Che Rosli memberitahu bahawa ia merupakan tindakan yang betul.

"Lynas perlu buat 'lapscale' dari awal, macam mana nak simpan (nadir bumi) dan pemberian lesen sementara operasi perlu supaya rakyat boleh melihat sendiri tiada aktiviti penyebaran (radiasi) ke Sungai Balok seperti didakwa," jelasnya. - UTUSAN


Elok rasanya puak-puak pembangkang ini mendiamkan diri dalam isu Lynas ini, Kalaupun berlaku kemudaratan kelak akibat radiasi di Gebeng ini, biarlah kerajaan BN yang menanggung risikonya. Biarlah rakyat menghukum kerajaan BN nanti kerana melakukan sesuatu projek yang memudaratkan kerajaan.


Kerajaan BN khususnya kerajaan Negeri Pahang telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan rakyat tidak seharusnya diselewengkan dengan fakta yang tidak benar semata-mata untuk tujuan politik pembangkang.


Pembangkang sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana berterusan membangunkan negeri dan negara demi untuk kepentingan rakyat keseluruhan. Sebab itu jangan semua perkara hendak dipolitikkan. Perkara baik yang BN lakukan untuk rakyat pembangkang juga kena sokong, barulah dikatakan berpolitik secara matang.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment