Bersetuju untuk tidak bersetuju. Itu putar belit ayat pakatan pembangkang yang paling lawak dalam dunia ini apabila mereka duduk untuk berbincang, berunding dan seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan dalam perkara tertentu. Penyelewengan bahasa tersebut bertujuan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengelirukan dan memperbodohkan pemikiran penyokong tegar mereka.
Kemudian PAS ini juga turut mempunyai satu hobi lagi iaitu bila bercakap mereka akan ikut sedap mulut sahaja. Mereka tidak memikirkan kesan, rasional, logik, munasabah atau berdaya maju sesuatu perkara tersebut. Teringat nak buat pasar, mereka terus umum. Teringat nak buat jambatan mereka terus umum, terkatup bibir atas dan bibir bawah pemimpin mereka maka terjadilah segala tipu helah tersebut.
Teringat nak buat lebuh raya, terus sahaja mereka umum, mereka ingat nak buat lebuh raya semudah nak buat jamban.. Teringat hudud, mereka terus umum. Tetiba antara sedar dengan tidak pemimpin mereka teringat tentang muzakarah, maka terus sahaja mereka umum.
Tertunggu-tunggu tentang tarikh PRU13 maka mereka terus sahaja menjangkakan kemungkinan PRU13 akan diadakan pada musim haji, maka terus sahaja pemimpin mereka umum dan cipta polimik.
Pada tahun 2009 kerajaan PAS Kedah teringat nak 'membela rakyat' maka merekapun umumkan (LUNCH) hendak membina rumah rakyat kos rendah mampu milik sebanyak 528 unit di Gajah Mati. Selalunya selepas setiap pengumumkan, maka mereka akan lupa apa yang mereka rancangkan.
Akibatnya Mahpooozzz Bean mengamuk sebab, tidak ada kerja-kerja di tapak berkenaan yang dijalankan. Yang ada hanya lalang dan belukar. projek tersebut dalam kawasan jajahan takluk serta wilayah Naib Presiden PAS di Pokok Sena.
Sudah sinonim dikalangan pemimpin PAS ini, mereka umum, mereka lupa, harap rakyat juga akan turut lupa. Maka mereka ini layak dilabelkan sebagai 'berjanji bukan untuk di tepati'. Janji manis memang menjadi santapan harian mereka untuk mengaburi mata penyokong tegar. Mereka memang suka jadi munafikun ini.
Siaplah kau Mahpooozzz Beannnnnnnnnn, akan dihukum oleh pengundi di Parlimen Pokok Sena dalam PRU13 nanti. Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.. Balak di sapu beribu-ribu ekar, kebajikan rakyat tidak terbela. Susah-susah buat kutipan derma untuk membina rumah rakyat kos rendah tersebut. Jika lebuh raya boleh buat kutipan derma sepatutnya untuk rumah rakyat lagilah boleh..Kutip jangan tak kutipppppppppppppp!!!!
Lagi kegagalan Kerajaan Pas Kedah tepati janji
ALOR SETAR 20 Jun - Gerakan Kedah mendedahkan satu lagi kegagalan kerajaan Pas Kedah menepati janji untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah serta sederhana di negeri ini.
Ia berikutan rancangan projek Bandar Tunku Puteri di Pokok Sena, dekat sini sebagai sebuah bandar baru yang turut melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik gagal dimulakan meskipun pengumuman mengenainya dibuat tiga tahun lalu.
Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan cadangan projek tersebut di tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati sempena pengisytiharan Pokok Sena sebagai daerah penuh pada Februari 2009.
Katanya, dalam pembentangan Bajet 2011, Azizan memaklumkan projek perumahan di Bandar Tunku Puteri itu dilaksanakan pada tahun lalu, bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.
``Bagaimanapun, hasil siasatan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu mendapati kerja-kerja infrastruktur langsung tidak dimulakan dan tanah yang sepatutnya dibangunkan terbiar dengan ditumbuhi lalang serta belukar,'' katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan negeri di sini hari ini. - UTUSAN
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment