Sunday, June 17, 2012

Kebenaran Muncul Lagi..Nik Aziz Semakin Terpinggir..

Artikel ini tidak memerlukan ulasan lagi. Ianya sudah lengkap. Jokiden masukan dalam blog ini untuk sesiapa yang tidak sempat membacanya di akhbar. Ia juga untuk tujuan rekod Jokiden. Hayati bersama.   

Siaplah, silap hari bulan Ahli Akademik dari Arab Saudi Ahmad Hamad Al-Jilani akan dituduh sebagai tidak memahami Islam dan mungkin juga dituduh sudah dibeli oleh UMNO. Silap haribulan Nik Aziz akan berkata "Itu dia punya pasallah.."

Hudud tidak wajar jadi isu politik

SEBAHAGIAN peserta mencatat maklumat penting semasa menghadiri sesi pembentangan kertas kerja oleh ahli panel pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jun - Mana-mana pihak yang menggunakan hukum pelaksanaan hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya disifatkan hanya mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.

Jelas beliau, sebelum mewajuikan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu.

''Apa yang penting kita perlu mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia.

''Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sesi kedua seminar itu dipengerusikan oleh Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.

Mengulas isu sama, Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan sebahagian kecil atau satu persepuluh daripada syariat Islam.

Menurut beliau, pemimpin negara Islam perlu mengambil kira keadaan dan pengetahuan yang membolehkan pelaksanaan hukum itu selain masyarakat dan negara sudah bersedia.

''Hukum hudud tidak boleh dilaksana begitu mudah kecuali ada keadaan membolehkannya kerana ia bukan satu perkara utama dalam Islam.

''Ini termasuk jika timbulnya keraguaan, maka ia tidak wajib dilaksanakan kerana Islam telah menggariskan prasyaratnya,"katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia.
             
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

2 comments:

  1. jawapan yg pasti dari Pas, ulamak ni dah kena bayar oleh umno...

    macam hampehhh...Pas hanya iktiraf ulamak pasang siap keluaran dari parti Pas saja.. hancoss..

    ReplyDelete
  2. Hari ini Niz Aziz cakap lagi "Itu dia punya pasallah.." Doge betul dia ni..

    ReplyDelete