Tuesday, June 19, 2012

Lagi Kerja Jahat UMNO Dibongkar..

Sesungguhnya negeri tidak boleh ditadbir melalui mimpi Datuk.. "Jangan ganggu, aku nak tidur ni.."
 
Ooo rupanya KUIN memang menghadapi masalah kewangan, patutlah ada ura-ura hendak menaikkan kadar yuran pengajian pelajar di sana sehingga ke 60% termasuk pelajar miskin.

Ish..ish dalam pada penceramah PAS yang juga Ahli Parlimen dari Kedah sibuk  mendabik dada mengatakan Ahli Lembaga Pengarah  tidak mengambil elaun bulanan dan cuma mengambil elaun mesyuarat sahaja sebab kerajaan negeri ingin bercermat dalam setiap perbelanjaan, rupanya masalah kewangan di negeri yang PAS tadbir ini amatlah buruk.

Ialah jika gagal membayar gaji kakitangan maknanya kerajaan negeri sudah muflis. Sedangkan Ahli Parlimen tersebut mendakwa dalam ceramahnya bahawa kerajaan PAS Kedah amat berhati-hati dalam menguruskan wang rakyat dan tidak seperti BN yang rakus mengsonglap duit rakyat.

Kerajaan Kedah sekarang ini dakwanya mempunyai lebihan wang kerana urus tadbir yang cekap dan lebih hebat lagi tidak ada unsur-unsur rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Kah..kah..kah.. Duit yang lebih tu sebenarnya duit royalti balak yang disamun oleh PAS seluas 15,000 ekar atas alasan untuk Ladang Rakyat. BN tidak pernah meluluskan kawasan balak seluas itu.

Teringat Jokiden sepanjang pentadbiran PAS selama 4 tahun di Terengganu dulu, lebih 100 lesen pengeluaran balak di negeri tersebut di keluarkan. Nyata puak PAS ni hanya bijak mencari duit dengan jalan pintas iaitu merompak khazanah negara milik rakyat iaitu balak.

Kedah dan Selangor juga terkenal sebagai negeri sampah kerana sampah tidak diurus atau dikutip mengikut jadual. Kini masalah kewangan pula meruncing. Lembaga Pengarah tidak ada gaji atau elaun, patutlah Mahpooozzz bean tidak berminat untuk menjadi Ahli Lembaga pengarah kepada syarikat-syarikat milik kerajaan negeri. No fulus no talklah..

Kita tunggu jelah sedikit hari hari lagi UMNO akan dituduh memainkan isu Kuin ini dan UMNO/BN akan dituduh sebagai penghasut supaya kakiktangan KUIN menghantar memorendum kepada MB minta gaji bulan Mei lalu dilunaskan.


Paling menyedihkan kaki tangan Kuin mendakwa segala kebajikan mereka tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Dalam ertikata lain nasib mereka diabaikan. Wahai kerajaan PAS Kedah, anda sebenarnya telah gagal..

Kakitangan KUIN serah memorandum kepada MB


ALOR SETAR 19 Jun - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menuntut kerajaan negeri membela kebajikan mereka.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil mereka, Mohamad Azki Hafizi Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang mewakili Azizan pada perasmian Majlis Budaya Kualiti Kuin 2012 hari ini.
  
Taulan menerima memorandum tersebut sebaik sahaja selesai majlis tersebut sambil disaksikan oleh lebih 60 kakitangan yang berpakaian serba putih sebagai simbolik mahu isu kemelut krisis kewangan Kuin diselesaikan segera.

Baru-baru ini, kakitangan Kuin mengemukakan memorandum tuntutan akibat kegagalan Kuin membuat bayaran kepada bank dan institusi kewangan selaku pihak ketiga sehingga berlaku tunggakan berbulan-bulan sedangkan gaji bulanan mereka dipotong bagi tujuan berkenaan.

Kakitangan mendakwa, kemelut itu berlaku dipercayai berpunca daripada krisis kewangan Kuin hingga kolej universiti tersebut turut menghadapi masalah membayar gaji kakitangannya bagi bulan Mei baru-baru ini. - UTUSAN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment