Pada peringkat awal Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih pucuk pimpinan UMNO/BN dan negara selaku orang nombor satu beliau ada mengingatkan kepada semua ahli parti, 'berubah atau diubah'. Beliau mengotakan kata-katanya dengan perbuatan dan hari ini dalam waktu yang singkat hasilnya telah kelihatan.
Namun rakyat masih menuntut lebih banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan dalam semua bidang kehidupan. Kongsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan pada awalnya biasalah mendapat momokan pembangkang. 1Malaysia menjadi bahan ejekan dan sindiran. Hari ini setelah melihat rakyat menerima baik gagasan 1Malaysia maka pembangkang nyata kehilangan punca.
Penambahbaikan dalam semua sistem kerajaan dan parti membuatkan pembangkang seolah-olah mati kutu dan kehilangan punca untuk mengkritik dan mengutuk. Oleh kerana terbatas untuk mencari kesilapan kerajaan maka mereka beralih kepada cara lama iaitu menghentam peribadi pemimpin, mengungkit kisah silam dan yang menjadi sasaran utama ialah dua wajah iaitu PM dan isteri PM.
Palitkan semua gambaran buruk terhadap dua wajah ini, rakyat akan menjadi mual dan benci, lalu memberikan undi kepada puak mereka, itulah harapan mereka. Ini nampaknya masih berterusan dilakukan dengan cara bersistematik dan tersusun.
Seperti yang pernah disebut dahulu, undi yang ingin direbut antara dua puak ini ialah undi silent, undi senyap atau undi atas pagar. Jika mereka ini merasa selamat di bawah kepimpinan UMNO/BN, mereka pasti memberikan undi kepada kerajaan dan pembangkang akan terus melopong.
Penyokong tegar kedua-dua belah pihak pasti tidak akan banyak berubah kecuali faktor terakhir dapat mempengaruhi mereka sebelum melangkah ke peti undi. Ceritalah apa sahaja keburukan Dato' Seri Mohd Najib, orang UMNO/BN pasti memberikan undi kepadanya.
Begitu juga ceritalah keburukan Nuar, Nik Aziz dan Lim Guan Eng kepada penyokong tegar mereka, undi tetap pergi kepada puak mereka. Berbuihlah kita cerita pasal Nuar dengan RM3 billionnya, penyokong tegar tetap mengatakan itu kongspirasi UMNO/BN.
Ceitalah betapa DAP menghina Orang Melayu dan menghina Islam, PAS tetap menyuruh penyokongnya memangkah calon DAP. Puak-puak ini jangan sebut pasal Utusan Malaysia, mereka akan segera berkata "ish itu semua tak boleh pakai..Utusan menipu.."
Keluar berita yang benar dan tepat di kaca TV penyokong tegar ini akan menutup telinga dan menghalakan pandangan ke arah lain. Yang lebih jumud akan terus menutup TV. Mereka tidak akan sekali-kali percaya apa yang mereka dengar. Yang mereka ingin percaya dan dengar ialah jika ada berita yang menyiarkan salah laku pemimpin UMNO/BN. Silap-silap mereka akan bangun untuk menguatkan lagi suara TV.
Pemimpin mereka membaca akhbar arus perdana dan menonton siaran berita di TV. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk segera mencari bahan untuk menyanggah segala pendedahan yang dilakukan oleh media arus perdana.
Bagi penyokong pula mereka menanamkan keyakinan dan kepercayaan bahawa apa sahaja yang disiarkan oleh media arus perdana adalah fitnah jahat, tidak benar dan manipulasi. Sebab itu penyokong mereka selamanya tidak akan dapat melihat kebenaran. Mereka juga pakar dalam hal spinning ini.
Berlakunya transfomasi dalam pentadbiran Dato' Seri Najib, menyebabkan pembangkang kehilangan banyak bola tanggung untuk mereka smash. Lalu mereka cuba meremehkan segala pengisian kongsep 1Malaysia. ETP sebenarnya telah banyak mengubah persepsi masyarakat peniaga Cina yang dulu skeptikal terhadap kerajaan.
Jika RTC untuk kawasan luar bandar, maka hari ini dilancarkan pula UTC dan ini menggembirakan masyarakat di bandar.
Apa sahaja program bantuan yang diberikan oleh kerajaan hari ini adalah jelas menguntungkan masyarakat peniaga Cina. Malanglah sekiranya mereka tidak kembali menyokong BN. Tempias kepada bantuan-bantuan yang diterima oleh rakyat, 80% sebenarnya pergi kepada masyarakat Cina yang berniaga, walaupun secara terus kelihatan Orang india dan Orang Melayu yang menerima bantuan tersebut. Mereka berbelanja. Kemana mereka membelanjakan wang bantuan tersebut??? Ke kedai Cina.
Pembangkang memang jelas menabur janji 'manis' dalam setiap ceramahnya. Janji mereka pasti berbeza mengikut tempat dan pendengar. Sebagai contoh di depan masyarakat India di Bahau Nuar berjanji akan memberikan setiap orang lesen teksi sekiranya dia berkuasa, lalu seorang pendengar merungut 'Teksi dah melambak dah, drebar monung tak ado ponumpang.."
Kemudian dia berjanji lagi, jika dia berkuasa setiap warga susah akan mendapat RM500.00 setiap bulan. Hah ini menarik perhatian pendengar dan ramai yang memujinya.
Namun pembangkang yang suatu ketika dulu sibuk hendak memberikan bermacam-macam bantuan kepada rakyat jika berkuasa, tetapi kini kerajaan BN pula yang sedang melakukannya, maka nyata pembangkang rasa terpukul. Lalu mereka memperlekehkan semua bantuan tersebut seperti ciput, dia sapu banyak rakyat dapat sikit walaupun sudah 54 tahun merdeka.
Lebih sayu lagi mereka mendendangkan bahawa rakyat jangan termakan dengan segala pemberian kerajaan tersebut kerana itu hanyalah gula-gula menjelang pilihanraya. PM nampaknya tidak terikut-ikut dengan rentak mereka. hari ini PM sampaikan pula bantuan untuk orang Asli dan esok untuk pemandu teksi iaitu tayar percuma.
Setelah menukar tayar dengan bantuan kerajaan dan selagi pemandu teksi tersebut masih menggunakannya selagi itulah dia akan teringat kepada jasa Perdana Menteri. Mampus kau Nuar. Di mana pemandu teksi tersebut menukar tayarnya?? Di kedai Cina. Lagi peniaga Cina tersenyum dan mereka akan kembali kepada BN kelak.
PM menyedari dakyah pembangkang sebab itu beliau mengingatkan rakyat agar jangan percaya kepada janji-janji pembangkang. Terdapat tiga elemen penting kenapa pembangkang mesti ditolak dalam PRU13 kelak. Pertamanya janji tidak pernah ditepati, keduanya budi kerajaan atau sesiapa sahaja tidak perlu di kenang atau dihargai.. dan ketiganya pembangkang menghasut rakyat atau orang yang berhutang tidak perlu membayar balik hutang.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment