Tuesday, June 26, 2012

Nuar Sibuk Sangat Nak Berdebat.. Nah Amik Kau..



"Saya akan tepis, saya akan elak..saya akan bersilat.."

Apa tujuan sebenarnya Nuar ni nak  ajak orang berdebat?. Nak publisiti percuma, nak keluar TV, media arus perdana? Nak menegakkan benag dia yang sentiasa basah tu? Nak bagi Obama atau Endorgan tengok?  Berdebat pasal isu apa??

Dia mengajak, dia pulak tentukan orang yang dia nak lawan bertekak. UMNO/BN mempunyai tokoh yang mahir untuk berhadapan dengan dia jika benar-benar ingin berdebat. UMNO/BN boleh hantar Dr Chua Soi Lek sebagai wakil. Nuar ada berani.?

UMNO/BN boleh hantar Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO untuk berhadapan dengan dia. Berani?? Jangan bersembunyi atas alasan mereka itu tidak setaraf. Ahli Parlimen sama taraf tak kira apa jawatannya. Jawatan Ketua Pembangkang tidak memberi kelebihan kepada Nuar seolah-olah sama taraf dengan PM.

Sesiapa layak jadi Keyua Pembangkang. LKS pernah jadi, Hj Hadi pernah jadi dan Mahpooozzz Bean juga layak menjadi Ketua Pembangkang.

Jika jawatan dia selaku Ketua Pembangkanglah hendakl digunakan sebagai alasan untuk mencabar PM berdebat dengan dia, ish..ish.. tak payahlah Nuar.

Kalau Nuar tak berani berhadapan dengan Chua Soi Lek atau Ahmad Maslan, apa kata Nuar ajak Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berdebat secara live dengan dia. Takut jugak??? Jangan pandang rendah kepada Tan Sri Isa, walaupun dia rendah dari Nuar tetapi soal berhujah walau tentang isu apa pun, dia mampu.

Tak apalah, jika Nuar juga takut berhadapan dengan Tan Sri Isa, maka UMNO/BN boleh menghantar Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan dia. Ada Berani Nuar???.

Dengan Khairy ni banyak isu boleh ditimbulkan oleh Nuar, seperti Altantunya, Monggolia, Razak Baginda, FGVB, kisah Khairy hantar passport dia, kisah RM3 billion, kisah pengundi hantu dll. Pendek kata sebutlah apa isu sekalipun. Bagaimana rendang begitulah tarinya. Beraniiiiiiiiii???? 

Jangan asyik mengajak orang berdebat dan apabila orang tidak melayan kerenah dia, maka dia pula melemparkan pelbagai tuduhan semula. Kalau berani berdebat dengan Khairy.. esokpun boleh mintak RTM buat siaran langsung.

Sebenarnya tidak ada apa keperluan untuk berdebat dengan ahli politik bernama Nuar bin Brahim ni.. Tak ada isu penting. Sebab semua yang dia sebut, semua yang dia ceramahkan adalah andaian semata-mata. Semua yang dia hamburkan adalah fitnah. Dia banyak bukti kukuh dalam satu-satu isu, nak bongkar berpuluh kali dah, tetapi tidak ada pun yang dia bongkarkan dan buktikan selain daripada mengajak rakyat bermain dengan persepsi.Memainkan sentimen kebencian rakyat semata-mata.

Kalau dia ada bukti kukuh dalam banyak hal, lama dah dia mintak Queen Council bertindak. Tidak ada buktipun dia sibuk melalak mengata itu dan mengata ini, apa lagi ada bukti, tentu tak sempat siang dia nak melanyak orang itu. Jika dia ada bukti Syed Mokhtar kroni UMNO/BN lama dah dia bawak benda tu ke mahkamah, sebab dia nak orang benci kepada Syed Mokhtar yang banyak membantu UMNO tersebut.

Kalaulah dia ada bukti kukuh, mengatakan kerajaan bill out Mirzan Mahathir suatu waktu dulu, lama dah dia bongkarkan kes itu di mahkamah. Lama dah dia akan malukan Tun Mahathir dan keluarganya. Setakat cakap dalam ceramah, apa ada standard Nuar oii.. Setakat goyang-goyang kertas dan kata orang itu call dia, orang ini sms dia, Mahpooozzz Bean pun boleh buat. So Nuar bila nak cabar Khairy berdebat..??? Cabarlah.. You cabar Khairy kul 10 malam, seminit selepas itu Khairy akan respon, anytime, anywhere.. Cabarrrrrrrrrrrrr!!! Read More.   

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. nuar neh mau debat dgn Tun M ja..baru kena..

    ReplyDelete