Beberapa hari dulu terbaca komen seseorang mengatakan dulu apabila kedaulatan negara 'diusik' dalam apa bentuk sekalipun maka Pemuda UMNO akan tampil menjuarai isu berkenaan. Hairannya dalam kes kehadiran diplomat Singapura ke perhimpunan bersih tempoh hari, tidak kedengaran pula suara bantahan keras oleh Pemuda UMNO.
Begitulah lebih kurang kenyataan tersebut. Dulu lain, sekarang lain. Pendekatan di zaman Datuk Senu, di zaman Datuk Harun, di zaman Syed Jaafar Albar adalah tidak sama dengan pendekatan di zaman Hj Suhaimi, Nuar Brahim dan Dato' Seri Mohd Najib.
Begitu juga pendekatan Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Hisham dan Khairy Jamaluddin dalam mendepani pelbagai isu yang membabitkan maruah Orang Melayu, maruah negara adalah berlaianan samasekali. Masa berubah namun perjuangan tetap diteruskan.
Munculnya terlalu banyak badan-badan NGO selepas PRU12 sebagai jurucakap kepada ketuanan Melayu dan hak-hak Melayu, mencerminkan betapa tidak berkesannya peranan yang selama ini dipikul oleh UMNO. Tun Mahathir pernah berkata sekiranya UMNO kuat semua persatuan atau badan-badan NGO tersebut seolah-olah tidak relevan. Kewujudan mereka juga tidak diketahui atau tidak diendahkan.
Keputusan PRU12 menyaksikan perubahan dalam senario sosio politik dalam negara. UMNO semakin dilihat tidak mampu untuk bersuara bagi membela kepentingan Orang Melayu yang sentiasa disentuh oleh banyak pihak, kerana kehilangan banyak kerusi dalam PRU tersebut.
'Kegagalan dan kelemahan' UMNO dalam menyuarakan kepentingan orang Melayu selepas PRU12 menyebabkan badan-badan NGO muncul seperti cendawan tumbuh selepas musim hujan.
Melihatkan kedudukan orang Melayu semakin dipertikaikan, melihatkan agama rasmi negara semakin dipersendakan dan kewujudan institusi Diraja sudah mula dipersoalkan, maka Datuk Paduka Ibrahim Ali telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan PERKASA.
Dalam waktu yang singkat Perkasa mendatangkan impak yang besar. Kehadiran Perkasa dirasai. Orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja seolah-olah dapat pembela baru yang berkesan. Semua lapisan rakyat menyertai Perkasa dengan seronok. Ramai pemimpin dan bekas-bekas pemimpin UMNO yang bersama Perkasa.
Kejayaan Perkasa mengumpulkan begitu ramai ahli dalam waktu yang singkat membuktikan bahawa jika ada pihak yang berani mempertahankan orang Melayu, maka pihak tersebut akan mendapat sokongan menyeluruh.
Perkasa seolah-olah menguasai buat sementara waktu dunia politik orang Melayu. Semua isu yang menyintuh hak istimewa Orang Melayu dan agama Islam ditangani dan dijuarai oleh Perkasa. Dalam tempoh 2 tahun terlalu banyak kisah Perkasa ini jika hendak disenaraikan.
Bukti kewujudan dan keberkesanan Perkasa ialah NGO ini tidak disenangi oleh kaum lain. Tidak disenangi oleh parti politik bangsa lain bukan sahaja daripada parti politik pembangkang, tetapi juga oleh parti komponen BN sendiri. Malah terdapat dikalangan pemimpin UMNO yang begitu lantang mengkritik Perkasa.
Kemuncak kepada kahadiran Perkasa ialah apabila parti kaum Cina khususnya DAP meglabelkan PERKASA sebagai pertubuhan haram dan NGO paling rasis.
Ternyata isu-isu yang suatu ketika dahulu dijuarai oleh UMNO, jika berlalu tanpa perhatian pastilah Perkasa akan tampil. Tidak ketinggalan dalam isu Diplomat Singapura yang menyertai Bersih 3, akhirnya Perkasa muncul dan menyatakan bantahan keras mereka bagi pihak rakyat Malaysia. Apapun tanggapan pihak lain samada Perkasa hendak menangguk di air yang keruh, hendak mengambil kesempatan atau hendak mengambil nama, rakyat pasti bersetuju dengan tindakan Perkasa tersebut.
Huh!! Geram sungguh wajah Tok Him ni..
Di Kedutaan Singapore
Ini baru 250 orang..
Apapun alasan di pihak Singapura tentang kehadiran diplomat mereka ke perhimpuan haram bersih, Perkasa telah menyatakan dengan jelas bahawa rakyat negara ini tidak rela negara asing mencampuri urusan dalaman negara berdaulat ini. Itu mesti difahami. Tahniah Perkasa.
Bantahan di hadapan pejabat pesuruhjaya Singapura
KUALA LUMPUR 25 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia di sini, bagi mendesak kerajaan republik itu memanggil pulang tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 250 ahlinya berlangsung selama setengah jam pada pukul 1.30 petang sebelum Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyerahkan memorandum satu muka surat kepada pegawai di pejabat pesuruhjaya itu. - UTUSAN
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment