Thursday, June 6, 2013

Sepatutnya Kenyataan Ini Dikeluarkan Oleh Dr Chua Soi Lek Dan Bukan Oleh Tun M.

  
 

Jokiden konsisten dalam perkara ini iaitu jika DAP bertanding dalam mana-mana PRU secara rasional dan tidak memainkan isu perkauman melampau, maka parti tersebut tidak akan memenangi banyak kerusi dalam PRU.
 
Namun sebagai pakar strategik, pemimpin DAP memainkan sentimen kebencian terhadapa kaum Melayu dan mereka mengatakan MCA gagal membela nasib orang Cina melalui perkongsian kuasa selama ini.
 
Hakikatnya ialah, jasa MCA terhadapa komuniti Cina amatlah besar sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sikap tolak ansur UMNO/MCA/MIC telah memungkinkan bahawa keharmonian kaum negara ini kekal terpelihara.
 
Namun apabila DAP demi undi dalam PRU sanggup membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap MCA dan melabelkan MCA telah begitu lama menjadi kuda tunggangan UMNO/BN.
 
Dalam PRU13 DAP telah berjaya menaikan sentimen kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, maka hasilnya semua parti yang bekerjasama dengan UMNO telah ditolak oleh orang Cina.
 
Sebenarnya strategi DAP ini ialah mengikut acuan yang dimainkan oleh Nuar Brahim sejak 1998 lagi. Kaum Cina terpengaruh dan mereka menolak kerjasama erat yang wujud antara tiga komponen BN yang terbesar itu sejak lima dekad lalu.
 
Politik kebencian terhadapa UMNO/BN ini telah bermula dengan PRU DUN Sarawak pada tahun 2011 yang menyaksikan DAP memenangi banyak kerusi iaitu 12 kesemuanya yang tidak pernah mereka capai sejak menyertai PRU. Sebab itu DAP terus menggunakan pendekatan yang sama kali ini dan mereka telah berjaya. Bukan sahaja UMNO/BN menjadi mangsa, namun MCA telah menerima akibatnya.
 
Malang bagi MCA ialah mereka terikut-ikut rentak DAP dan MCA juga cuba menjadi juara kaum Cina dengan cara pendekatan DAP. Akibatnya calon MCA juga kehilangan undi daripada orang Melayu sedikit sebanyak. Jokiden pernah menulis di blog ini yang sepatutnya MCA sanggup timbul tenggelam bersama UMNO/BN secara total dan bukannya sekerat-sekarat.
 
Telah terbukti selama 5 dekad ini kerjasama secara total antara UMNO/MCA/MIC telah membuahkan hasil. Namun dengan MCA ada kalanya mengikut rentak tari DAP dalam berkempen dan kadang kala turut mengutuk UMNO dan NGO Melayu maka MCA kehilangan arah. DAP tersenyum lebar dan meraih keuntungan politik.
 
Sepatutnya kenyataan DAP berkempen dengan isu perkauman mestilah terkeluar daripada mulut Presiden MCA sendiri dan bukannya daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan mantan Perdana Menteri tersebut tentulah mudah ditafsirkan sebagai rasis oleh DAP jika dibandingkan sekiranya kenyataan tersebut datangnya daripada Dr Chua Soi Lek.
 
 

DAP punca perpecahan kaum - Tun M

KUALA LUMPUR 6 Jun - Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.
 
Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.
 
"Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina.
 
"Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment