Friday, May 3, 2013

Saja Nak Layan Cerita Bodoh Nuar Ni...

 
Hantu sedang mengundi, yang tak syoknya hantu ni memangkah calon DAP.
 
 
Hantu ini pula mengundi PAS.. ish..ish..ish.. tolonglah undi BN sekali..
 

Nuar ini selalu berkata bahawa rakyat tidak lagi dapat diperbodohkan oleh UMNO/BN. Katanya lagi rakyat sudah cerdik. Kita setuju dengan kenyataan dia itu. Namun dia terus memainkan isu-isu bodoh dan masih ingin mewujudkan persepsi bodoh dan mahu sangat supaya masih ramai yang mampu diperbodohkannya lalu mempercayai setiap kata-katanya.
 
Rakyat Malaysia, rakyat Israel, rakyat Amerika, rakyat Australia malah seluruh dunia sudah mengenali siapa dia ini. Dia selamba je cuba menipu semua orang. Dia mahu anak isterinya mempercayai setiap kata-kata dan perilakunya. Dia mahu pengundi mempercayai apa yang dia fitnahkan. Dia mahu rakyat percaya bahawa masih ada pengundi hantu dalan daftar SPR.
 
Dia mahu negara luar mempercayai keyakinan palsunya bahawa dia dan partinya akan memenangi PRU13. Yang dia tidak mahu rakyat atau penyokongnya tahu walaupun dia tahu ialah dia tidak akan berjaya kali ini. Pakatan dia tidak akan mampu mengalahkan BN. Itu dia amat tahu dan tidak mahu rakyat tahu.
 
Dia juga tahu dimana tempat dia akan menang dan dimana tempat yang partinya akan kalah. Semua itu diketahuinya dengan membuat analisa sendiri berdasarkan segala petunjuk yang ada.
 
Nuar juga tahu bahawa rakyat sudah begitu teruja untuk keluar mengundi dan bakal memilih BN untuk menamatkan segala sandiwara politik PKR, DAP dan PAS ini.
 
Lihatlah komitmen media massa yang kononnya akan disuruh 'duduk belakang dulu' kerana hendak mengajar media massa yang jelas secara total menyokong UMNO/BN. Tindakan media massa ini adalah petunjuk bahawa BN akan menang besar. Lihatlah akhbar Utusan Malaysia yang cuba menyiarkan setiap detik apa yang berlaku dalam suasana PRU ini.
 
Cetakan akhbar Utusan Malaysia mungkin meningkat sekali ganda dari bulan-bulan biasa kerana permintaan yang terlalu tinggi. Setiap hari rakyat Malaysia menantikan edaran Utusan Malaysia. Ini menunjukkan sokongan terhadap UMNO/BN semakin meningkat dari sehari ke sehari.
 
Nuar seolah-olah kehilangan punca sekarang ini. Serba tak kena, usik sana salah, usik sini parah. Cubalah bawa bertenang sikit, tunjukkan kewibawaan dan keyakinan diri. Jika asyik meroyan sehingga ke saat rakyat menuju ke peti undi, bukankah itu hanya mengundang bencana kepada pakatan.
 
Berbulan SPR memaparkan daftar pemilih dan hanya 1,000 lebih sedikit sahaja yang mengambil inisiatif untuk membuat semakan. 1000/13.3 juta yang mungkin tidak yakin dengan daftar tersebut sebab itu mereka membuat semakan. Yang selebihnya 13.29 juta lagi tetap mempercayai apa yang SPR lakukan dan mereka tidak kisah pun untuk membuat semakan ke atas daftar pemilih itu.
 
Benar pertambahan pengundi agak mengkagumkan sejak PRU12 yang lalu. Namun kempen daftar pemilih ini melibatkan semua parti dan DAP telah menjadi juara dalam mendaftarkan pengundi baru. Apa masalahnya wahai Nuar.
 
Ini apa cerita ni Nuar??? 40,000 you kata pengundi hantu akan dibawa dari Sabah, dari Nepal, dari Bangla dan India untuk mengundi BN. Di dalam bilik strategi pakatan tidak mampukah para pemikir hebat pakatan untuk merekasaya cerita yang lebih lebih menyakinkan selain daripada kisah dongeng pengundi hantu ini.
 
Oklah kitapun ingin percaya akan dapat di bawa seramai 40,000 pengundi hantu itu dari Sabah, kemudian pengundi itu hendak dihantar ke mana???
 
Masihkah kau ingat wahai Nuar anak Brahim, semasa PRK Lunas??? Selesai sahaja penamaan calon dan pada malamnya Datuk Roslan Kassim dan Tian Chua berceramah atas lori buruk, apa yang mereka dakwa???? Ingat lagi, mereka telah kantoi dengan mengatakan pada hari mengundi kelak akan ada tujuh buah bas membawa pengundi hantu untuk mengundi BN.
 
Ya memang ada 7 buah bas tersebut, kerana itulah antara perancangan PKR masa itu. Apabila bas tersebut muncul pada hari mengundi dan memang 7 buah, maka percayalah para pencacai pakatan bahawa itulah pengundi hantu. Sedangkan akhirnya rakyat mengetahui bahawa PKR lah yang mengadakan 7 buah bas tersebut.
 
Wahai Nuar, pada hari mengundi ada kilang-kilang yang tidak ditutup. Bas kilang berjalan seperti yang berlaku di PRK Merlimau dan Anak Bukit. Pekerja kilang itupun dituduh oleh pakatan membawa pengundi hantu kerana hendak mengwujudkan suasana tegang supaya rakyat menyalahkan UMNO/BN.
 
Wahai Nuar, tidak bolehkah memberikan kerjasama yang sopan dan mendidik penyokong supaya mematuhi semua undang-undang PRU, supaya tidak ada kekecohan berlaku dan rakyat boleh keluar mengundi dengan tenang dan tenteram serta membuat pilihan masing-masing. Tak boleh ke???
 
Janganlah kerana terdesak sangat, bas-bas yang membawa anak-anak kecil iaitu peserta PLKN yang ingin membantu jentera PRU pun dikatakan membawa pengundi hantu.
 
Sekalimlagi 40,000 tadi hendak dihantar kemana??? ke Permatang Pauh ke??? Kalau hendak dihantar ke sana cukup ke kertas undi untuk mereka kelak.??
Kalau 40,000 itu hendak diagih-agihkan ke serata tempat jumlah mereka akan menjadi kecil dan apakah jumlah itu mampu untuk membantu UMNO/BN. Cuba cerita sikit Nuar, supaya kami rakyat menjadi jelas, bagaimana sebenarnya hantu-hantu ini hendak mengundi???
 
Kita nak tahu ni apakah hantu-hantu ini akan mengundi berkali-kali??? atau hantu ini tidak ada nama tetapi boleh pula mengambil kertas undi dan jari telunjuknya dicalit dengan dakwat kekal.
 
Kan semua orang sudah tahu ada 13.3 juta yang layak mengundi kali ini. Selalunya paling banyak pun muncul di hari mengundi ialah 80%. Jadi kalau dalam daftar yang telah dipamirkan itu, ada nama, ada nombor kad pengenalan, kenapa tuduh mereka sebagai hantu??? Apa cerita ni Nuar??? Mereka pengundi yang sahlah, mana hantunya???
 
40,000 pengundi yang bakal dibawa dari Sabah itu hendak dihantar ke Lembah Pantai ke. Hebat betul BN ni. Teressa Kok di Seputih menang dengan majoriti 30,000 lebih, apa perlunya hantu-hantu untuk membantu beliau.??? Atau wakil pakatan yang ada dalam setiap bilik mengundi itu apakah bodoh-bodoh belaka sehinggakan membenarkan pula hantu mengambil kertas undi.
 
Betul Nuar, tolonglah jangan kelirukan rakyat, tolong jelaskan sedikit bagaimana hantu-hantu ini boleh mengundi. Cakap, dakwaan dan tuduhan memang senang, ialah nak bagi rakyat marah kepada SPR, tetapi tolonglah perincikan sikit, panggillah sidang akhbar dan jelaskan, si Nepal ni akan buat itu, si Bangla ni akan buat begini, si Negro ni akan masuk dalam bilik mengundi dan menunjukkan IC kepada petugas SPR, ambil kertas, calit jari dan memangkah lambang PKR, DAP atau PAS. Mereka juga benci dengan kerajaan BN.. Kan tak pasal-pasal Pakatan dapat undi.. Wakil pakatan dalam bilik mengundi tersebut buat-buat tak nampak sahaja kerana dia mungkin dah tahu bahawa Negro tu pasti mengundi pakatan. 
 
Hey bukan kerja mudah ni SPR nak menguruskan 13 juta pengundi. DAP nak menguruskan 1800 pengundi pun tak mampu inikan pulak 13 juta. PAS nak mengira undi 3 calon Timbalan Presidenpun hingga jam 3 pagi. Tidak sebanyak mana pun, cuma 1200 undi sahaja. Itupun berpeluh. Tolonglah hargai peranan kaki tangan SPR dan janganlah ganggu proses PRU13 ini dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal. 
 
Berlaku pertambahan undi di kebanyakan kawasan kerana DAP gigih mendaftarkan pengundi baru. Di Serdang ada 10,000 lebih. Di DUN Rantau ada 3133 pengundi baru. Di DUN Seri Menanti ada 1000 tambahan. Di DUN  Repah ada 3333 tambahan pengundi. Ini sebagai contoh. Pertambahan pengundi ini berlaku bukan semata-mata disebabkan oleh pendaftaran baru. Ada juga pengundi lama dan penyokong tegar yang dipindahkan semata-mata untuk memenangkan calon dan ini bukanya hantu. Mereka pengundi sah, tetapi pakar strategik terutamanya PAS dan DAP melakukan pemindahan ini sejak dulu lagi bagi membantu calon mereka. Untuk memudahkan urusan dengan pihak SPR maka pakar strategi tadi telah menggunakan satu alamat  berulang kali bagi memindahkan pengundi ini.
 
Berbalik kepada isu 40,000 yang bakal diangkut dari Sabah tadi, tidak boleh ke pakatan menghantar wakil duduk di KLIA atau LCCT untuk memantau pengundi ini mendarat.??? Sediakan khemah dan kumpulkan mereka. Dalam zaman teknologi ini jadual penerbangan boleh di semak dalam internet. Mesti pakatan tahu bila dan dimana pengundi yang di bawa masuk ini akan mendarat dan tentu pakatan juga mampu untuk mengetahui dimana mereka bakal ditempatkan.
 
Minta polis tahan mereka ini. Tetapi janganlah menahan pengundi yang sah. Umpamanya saudara Jokiden yang berada di Sabah itu setiap kali PRU dia dan keluarga akan balik mengundi di sini. Dia tidak menukarpun tempat mengundinya. Ha yang itu jangan pula petugas pakatan tahan, kerana mereka memang balik untuk menunaikan tanggung jawab setiap kali pilihanraya. Dan jangan risau dia tidak mampu untuk segera kembali ke Sabah untuk mengundi sekali lagi di sana sebab namanya tidak ada di Sabah, jarinya sudah dicalit di sini dan juga masa mungkin tidak mengizinkan dia untuk berkejar pula untuk mengundi lagi sekali. Lagipun satu undi dia mungkin tidak memberi kesan kepada mana-mana keputusan. Jadi mengundi sekali jadilah.  
 
Rakyat muak dan mual dah dengan segala rekasaya pakatan ini. Termasuk tuduhan terkini Nuar yang mengatakan BN akan menggunakan berbillion ringgit untuk membeli undi pada saat-saat akhir. Come on lah Nuar, kalau you dah ada dana dari mana-mana untuk di bomkan, tak yahlah tuduh BN. Guna jelah duit itu, tetapi jangan sampai tersilap langkah kerana perbuatan membeli undi itu kan tidak bermoral dan kemenangan calon Pakatan boleh terbatal di sebabkannya.
 
Jadi rayulah kepada penyokong pakatan yang sudah tinggal tidak seberapa ramai lagi itu, supaya pergi ke peti undi dengan penuh ketenangan dan buatlah pilihan dengan bijak seperti yang Khalid pernah lakukan iaitu "Marlah kita bersama-sama, bersama-sama mempastikan, untuk mempastikan kemenangan calon Barisan nasional..." Kah..kah..kah..kah..    
  
 
MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

2 comments: