Saturday, May 4, 2013

Jokiden Juga Nak Jawab Isu Bodoh Pakatan Dengan Jawapan Santai...


Mykmu dalam postingnya telah menjawab isu-isu bodoh yang ditimbulkan oleh puak pakatan terutamanya dalam media sosial seperti fb dan blog. Lihat sini Jokiden juga ingin turut bersama menjawab isu-isu bodoh tersebut kerana puak-puak pakatn ini mempercayai kebenaran sesuatu isu yang ditimbulkan itu walaupun ianya persepsi semata-mata.
 
 
1. Berita baik 50%-70% Tentera / Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UMNO. BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU. dihantar kepada ramai pengguna Celcom melalui nombor +880219759081 pada hari khamis lalu.
 
Macamlah puak pakatan ini sudah mengetahui undi yang dipangkah oleh tentera dan polis tersebut. Kalau UMNO/BN yang menghantar mesj itu pastilah mereka akan menuduh SPR telah bersekongkol dgn BN untuk membocorkan undi itu.
 
Sebenarnya selepas dicaci dan dihina dengan pelbagai cemuhan yang tidak masuk akal, mana mungkin polis dan tentera akan mengundi pakatan. Jokiden merasakan 99% anggota keselamatan kita yang telah mengundi telah memilih BN. 1 peratus tu bagilah kat puak pakatan.
 
2.  BN tipu guna pengundi hantu.
 
Begitulah dunggunya pemimpin pakatan membodohkan penyokong mereka dan penyokongnya juga turut dunggu kerana mempercayai bulat2 cakap pemimpin bangang mereka. Dlm fb ramai yg percaya bahawa pengundi hantu telah berpuluh ribu datang ke sini untuk mengundi. Kalau nama ada, kad pengenalan ada dan nombornya betul, diteriakkan pula dan dicatat oleh wakil pakatan dalm bilik itu, maka dia bukan hantu, dia pengundi sah. Mana isunya dan hantu itupun mungkin mengundi pakatan. Kejadian pelik tidak akan berlaku setiap kali PRU. Itu hanya imiginasi gila Nuar Brahim. Cuba tanya dia, mampukah dia menguruskan beribu-ribu orang seperti tempat tinggal untuk hantu2 itu, makan minum dia dan kenderaan untuk hantu itu pergi mengundi. Lebih bodoh lagi Nuar ini, hantu itu diangkut dari Sabah... 100% peratus tidak logik, namun fitnah dia dipercayai,
 
3. Mereka pasti menang pilihan raya sebab berpuluh ribu orang datang ceramah politik.
 
Sebelum hari penamaan calon tempoh hari mungkin. Selepas penamaan calon mana ada ceramah pakatan yang mendapat sambutan kecuali di kawasan Cina seperti di Seremban tempoh hari. Cina ni memanglah suka dapat mengkudakan ahli PKR dan PAS kerana puak ini hendakkan kuasa. Seronok Cina ni apabila dia maki hamun pemimpin Melayu, maka orang Melayu dari PKR dan PAS bertempik gembira. Itu di depan, apabila mereka berada sesama mereka hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati DAP ini. Itu yang PAS sanggup buat kawan dan sanggup memberi seribu alasan kenapa DAP lebih baik dari UMNO. Alah ceramah Kit Siang di Johor bersama Salahuddin sekadar mampu menarik 100 ke 200 orang sahaja. Ceramah Tun Mahathir lebih ramai pendengarnya dari ceramah pakatan.
 
4. UMNO dan BN main taktik kotor, serang peribadi, tayang video lucah, aibkan Anwar Ibrahim, aibkan Mustafa Ali, fitnah, konspirasi dengan saiful.
 
Taktik kotor UMNO/BN mereka nampaklah. Taktik mereka bersih???? Taktik mereka seratus kali ganda lebih kotor dari taktik BN. Puak mereka tidak serang peribadi pemimpin UMNO/BN??? Malah yang tidak kena mengena dengan PRU pun seperti isteri Perdana Menteri siang malam mereka kutuk. Mereka yang bapak penabur fitnah mereka tak sedar. Sebenarnya mereka sendiri yang merekasaya segala fitnah tersebut kerana inginkan simpati dari penyokong yang taksub kepada mereka.
 
Nuar ni tak perlu dah nak diaib-aibkan kerana dia sendiri yang mengaibkan dirinya dan keluarganya. Israel tahu, Amerika tahu dan Australiapun tahu tentang Nuar ni. 
 
5. Kita mesti sokong perjuangan Islam, kita mahu tegakkan hudud. 
 
Itu hanya di mulut sahaja kerana hendakkan undi orang Melayu yang malas berfikir. Perjuangan Islam konon, UMNO tolak hudud konon. Di dalam hati mereka mana ada perjuangan Islam, yang ada hanya perjuangan undi dan politik. Itu yang meroyan setiap kali PRU menimbulkan kisah nak buat hudud. Habis pilihanraya senyap sunyi isu hudud sebab mereka tak mahu buat. Hj Hadi kata hudud 0.0001% dari hukum jenayah Islam. Kemudian Hj Hadi kata lagi PAS boleh bersekongkol dengan PKR dan DAP kerana hanya 5% sahaja perjuangan mereka yang berbeza. Maknanya bagi PAS hudud tak penting langsung, cuma 5%. Undi lebih penting. Tetapi mereka MENIPU penyokong yang malas berfikir tadi lalu mendendangkan tentang hudud ini. Allah maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati pemimpin PAS, sebab itu mereka sempang peranang kini. Mana logiknya berkawan dengan musuh Islam tetapi nak laksanakan hukum Islam... Kononnya.. Baca penghinaan tentang Islam di sini
 
6. Calon PAS Bayan Lepas khabarnya berkempen dari rumah ke rumah minta orang Islam bagi sokongan kepada Pas pasal tak lama lagi Lim Guan Eng akan peluk Islam. Tapi pesan kepada pengundi jangan bising-bising sebab Guan Eng tidak mahu kecoh lagi pasal benda. — Sesiapa yang ingat dulu Mat Sabu pernah ceramah gelar Lim Guan Eng setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz.  
 
Ini sudah habis ikhtiarlah ni. Sudah tidak ada cara lain macam mana nak menghalalkan persekongkolan mereka. Sekali bolehlah menipu, kalau setiap hari mencipta tipuan, tupaipun akhirnya faham. Tak tahukah ahli-ahli PAS ini bagaimana bencinya LGE kepada Islam. Alah sibuk PAS mengatakan dalam ceramahnya yang LGE bagi peruntukan RM64 juta untuk Islam. Buat apa peruntukan kalau tidak dibelanjakan... BN dah berbelanja untuk pembangunan Islam berbillion ringgit, ada BN bising2. Samalah macam isteri yang telah berkahwin selama 40 tahun dengan laki dia, tiba-tiba datang bangla bawa epal lima enam biji, maka dipujinyalah bangla tu setinggi langit. Jasa suami yang menjaganya selama 40 tahun lenyap dek kebaikan bangla membawa epal enam biji, kemudian sanggup menghalau laki dan dan berkahwin dengan bangla tersebut. Bila sudah berkahwin baru dia tahu rupanya bau badan bangla tu tidak sewangi mana. Padan muka.
 
7.  PRU13 Tol Hapus!!!
 
Apa kata wakil rakyat DAP yang menang dalam PRU12 dulu??? "Hah itu cuma janji main-main, tol mana boleh hapus, itu hasil kerajaan. Kita ingat kita tidak boleh menang ari tu.." Dalam ertikata lain "itu aku tipu sahaja, yang kau percaya siapa suruh" Khalid sambung pulak "manifesto bukannya janji, kau tu memang bahalol, mudah sangat aku tipu"
 
8. Turun harga minyak???
 
Beria-ia sangat Nuar dan pakatan ini hendak menurunkan harga minyak. Dia ingat dia boleh buat. Dia ingat saudara dia di Israel  dan Amerika tu akan benarkan dia turunkan harga minyak. Dia cerita kisah zaman dia menjadi Menteri Kewangan dulu yang harga minyak cuma RM1.20 seliter. Itu dulu. Zaman tu harga petai sepapan cuma dua puluh sen. Kini harga petai sudah meningkat ke RM1, 5 papan lima ringgit. Masa tu Ky Jelly berapa sen sangat harga dia, mungkin berharga 65 sen setiub, kini Ky Jelley sudah naik harga mungkin ke RM6.00.
 
9. Nak hapus PTPTN???
 
Pernah dengar DAP bersetuju dengan idea ini??? DAP sedar, Sekolah dan Kolej Swasta akan gulung tikar dalam tempoh 3 bulan sekiranya PTPTN ini tidak ada. Cakap tak serupa bikin. Kedah oklah negeri miskin dan terpaksa menaikkan yuran KUIN. Selangor kan negeri kaya, kenapa tak bagi pendidikan percuma???
 
Baru 4 hari Menteri Pengajian tinggi tangguhkan PTPTN kepada pelajar Unisel, Rafizi Ramli sudah gelabah dan nak pitam.. Belum hapus lagi, itu baru tangguh.
 
10. Pemimpin UMNO korup, pemimpin DAP bersih, pemimpin PAS zuhud dan pemimpin PKR bersih segala-galanya.
 
Tiba-tiba rakyat dapat tahu bahawa tanah di Pedu disapu bersih. Tanah di Gua Musang disapu oleh Ngeh. Tanah lot bernilai berjuta ringgit di Kota Bahru pun kena kebas. Kalau pemegang amanah mesti ada tercatat dalam geran. Lagi pelik isteri yang tidak ada kena mengena MBIpun juga ada tanah??? Apa ni??
 
11. Kebebasan media akan dibenarkan sepenuhnya.
 
Konon!! Utusan Malaysia diharamkan dalam pejabat kerajaan pakatan. Wartawan dilarang hadir membuat liputan. Malah wartawan Utusan dan TV1 yang nak membuat limputan majlis angkat sumpah jawatanpun di suruh pergi main jauh-jauh. Pernah dulu media dikawal sepenuhnya bila Nuar dapat sedikit kuasa yang Allah pinjamkan sebentar. Masa tak ada kuasa memanglah lain nadanya. 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

3 comments:

  1. Memang santai jawapan ko Jokiden..

    ReplyDelete
  2. en jokiden, ande begitu yakin BN menang besar ke nampaknye, kamu tak nampak ke senario pengundi Cina sudah beralih arah nmpaknye kpd Pakatan Rakyat (DAP). MCA dan GERAKAN PPP sudah tak laku lagi maa kawan.Pengundi Cina nmpaknye adalah pengundi yg matang dan rasional tdk dipengaruhnya oleh media2 kerajaan yg byk tipu juga.cerita semua cantik.mane boleh ini mcm.Pengundi melayu pula sudah nampaknya pecah 3.India pun same jugak.Tak boleh punye,kalau BN menang pun cume 120 parlimen kerusi saje.NS pun aku ada ingat lah ini kali blh tumbang jugak.You punye MB Hasan ade susah ati sekarang.Aisah Lamsah manyak kuat lawan.Jgn syok sendiri saje en jokiden.Apa salahnya kita tukar kjaan NS kpd PR dan kasi tukar ini sume kuda2 tua Umno di NS pun ade baik jugak.Jokiden pule bagaimane?

    ReplyDelete
  3. En David Yeo,

    Jokiden nampak pengundi Cina beralih arah sejak 2008 dulu. Jokiden juga nampak pengundi Melayu pecah 3. Pengundi Cina memang matang tetapi ramai juga yg tidak rasional yang berjaya dihasut secara halus oleh DAP.

    Jika pengundi Cina di bandar2 matang dan rasional sejak dulu mereka akan mengundi BN kerana terbukti sejak 55 tahun dahulu keharmonian antara kaum di Malaysia terpelihara sebab dasar2 BN. Cina dan India kaya raya, tidak ada orang Melayu yg bising.

    Musim PRU ini sms berlegar hampir 4 billion,bayangkan betapa banyaknya yg dapat di raih oleh Ananda Krisnan. Melayupun tidak kisah.

    Media kerajaan bercerita yang benar. Namun pembangkang berjaya mengatakan media arus perdana memutar belitkan kenyataan, itu memang kepakaran pembangkang. Media arus perdana tidak menipu pembacanya. Sesuatu yang benar akan diterbalikkan oleh pembangkang sebagai tidak benar dan penyokong mereka percaya lalu sama-sama mengatakan media menipu. Ini meliputi semua isu.

    Yang membuat fitnah tanpa rasa bersalah ialah media pembangkang dan mereka berjaya menyakinkan penyokongnya bahawa itu benar.

    Mungkin ada kesilapan media perdana dan tersalah lapor, namun sikit sangat kes nya. Selebihnya seperti juga video sek itu 99.99% laporan media perdana adalah betul dan tepat.

    NSDK masih kekal di bawah BN, ini bukannya syok sendiri tetapi kenyataan. Malah Parlimen Seremban pun Jokiden berikan kepada DAP. Jika tidak ada calon bebas, BN sudah tentu menawan Seremban kembali.

    Di Rantau walaupun ada pertambahan pengundi baru sebanyak 3,133 orang,(separuhnya mungkin yg sengaja dipindahkan oleh DAP dan PAS) namun Tok Mat akan menang besar, majoritinya pasti meningkat nanti, silap hari bulan lebih 7,000 undi.

    ReplyDelete