USTAZ AZHAR IDRUS TURUN PADANG BANTU KEMENANGAN CALON PAS/PR PARLIMEN KUALA TERENGGANU....PETANDA KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU BAKAL TURUN!!!!
Rakaman gambar pe...ndakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa mengharap dibalas demi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup
Rakaman gambar pe...ndakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa mengharap dibalas demi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup
Gambar dan posting di atas diambil daripada fb kawan Jokiden. Tidak sesuai untuk menjawabnya di fb, maka Jokiden ingin membuat komen di blog ini.
Parlimen Kuala Teregganu dimana merangkumi DUN Wakaf Mempelam, DUN Bandar, DUN Ladang dan DUN Batu Buruk dahulu diwakili oleh calon PAS iaitu Mohd Abdul Wahid Endut yang juga ADUN Wakaf Mempelam.
Walaupun 3 daripada 4 DUN dalam Kuala Terengganu, dimenangi oleh PAS, namun majoriti yang dicapai tidaklah memberangsangkan sekitar 2,600 sahaja.
Kini kerusi Kuala Terengganu masih ditandingi oloeh PAS dan calonnya ialah Datuk Raja Kamarul. Bagus juga Azhar Idrus ini turun berkempen memberikan semangat kepada jentera parti. Lebih bersemangat lagi sekiranya dia muncul dengan kereta-kereta mewah dia, maka sudah pasti anak-anak muda akan teruja habis.
Berbalik kepada posting di atas sebagai pendakwah tentulah Azhar Idrus menyedari bahawa menjatuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh pemimpin Islam ini adalah haram hukumnya. Tambahan parti yang dia sokong bersekongkol dengan kafir tegar yang secara terang dan jelas menentang Islam dalam semua aspek.
Salute juga Jokiden kerana petugas PAS tersebut bertungkus lumus bekerja tanpa mengharapkan imbuhan atau upah terhadap tugas yang mereka lakukan. Di dalam UMNO atau PKR, tanpa upah dan imbuhan ini jawabnya tiadalah bendera-bendera dan poster BN yang akan berkibar.
Terbukti sekarang ialah pendakwah-pendakwah yang bersekongkol dengan PAS ini berjaya menanamkan ke dalam minda pengikutnya dengan menggunakan agama bahawa kerajaan UMNO/BN ini adalah zalim.
Samada secara terang dan nyata atau secara halus dakwah yang mereka sampaikan adalah meracuni pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan yang amat berjasa ini dengan berselindung di sebalik bacaan ayat-ayat suci dan hadis Rasullullah saw. Tentulah cara tersebut akan lebih mudah termakan oleh para pendengarnya tambahan dengan penampila watak warak, memelihara sedikit janggut, memakai jubah dan berketayap lusuh.
Pendakwah begini sekiranya berada di negara lain, sudah pasti akan dipenjerakan sebelum dia sempat menikmati udara kebebasan atau sebelum sempat dia membuka mulut untuk berceramah. Di negara ini kehidupan para pendakwah yang menentang kerajaan amatlah berbeza iaitu bebas kemana sahaja, bebas berkata apa sahaja dan boleh hidup mewah. Keadaan di negara ini membuatkan para pendakwah sudah tidak dapat lagi menghayati erti atau maksud kezaliman yang sebenarnya.
Para pendakwah juga seperti ahli politik turut mempercayai bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah zalim dan korup. Untuk pengetahuan pendakwah PAS ini jika benarlah kerajaan ini zalim dan korup, keadaannya sudah tentu tidak seperti yang mereka lihat pada hari ini. Masyarakat akan sempang peranag dan kucar kacir.
Tidak dinafikan memang terdapat perlakuan rasuah di dalam negara ini, namun dengan kesungguhan pihak kerajaan memerangi gejala yang kurang sihat ini perlakuan rasuah telah semakin menurun dan dunia mengakui hakikat ini. Masih berlaku rasuah juga membuktikan bahawa tarbiah para pendakwah masih belum cukup berkesan. Kurang berkesannya usaha para pendakwah antaranya adalah disebabkan mereka terlampau memihak kepada parti politik.
Untuk pengetahuan para pendakwah juga terutamanya daripada PAS, kejadian rasuah ini berlaku kebanyakannya dikalangan pegawai kerajaan yang memegang kuasa seperti di pihak berkuasa tempatan dan bukannya di kalangan pemimpin politik. Namun oleh kerana pendakwah mempunyai kecenderungan untuk berpihak kepada sesebuah parti politik dan untuk membantu menaikan parti yang mereka sokong, maka mereka cuba mengwujudkan persepsi bahawa segala yang korup ini ialah pemimpin politik dari UMNO/BN. Tentulah mereka tidak akan memperbesar-besarkan isu korup dari kalangan mereka malah akan cuba menyembunyikannya. Pendakwah yang mempunyai niat yang sedemikian pastilah akan menerima kemurkaan Allah SWT nanti.
Pemimpin UMNO/BN sebenarnya tidak zalim, malah jika dibuat perbandingan dengan para pemimpin PAS maka para pemimpin PAS jauh lebih menzalimi rakyat daripada para pemimpin UMNO/BN.
Berpura-pura menjadi alim dan mempengaruhi pemikiran rakyat juga merupakan satu kezaliman, namun itu dianggap satu strategi oleh pendakwah PAS.
Melarang para pengikut daripada memperkatakan sesuatu yang benar dan hak adalah merupakan satu kezaliman yang terancang. Sesiapa sahaja di dalam PAS jika bercakap sesuatu yang betul akan dipecat seperti Ustaz Nasharuddin dan Hassan Ali.
Mempertahankan sesuatu yang mungkar semata-mata kerana alasan politik dan untuk mendapat undi nyatalah ia sangat zalim dan ini dilakukan oleh PAS. Mempertahankan segala perbuatan mungkar oleh pemimpin PAS sendiri samada dalam bentuk perlakuan seks, penyalahgunaan kuasa, menyalahgunakan agama sudah pasti amat zalim. Ini berlaku di dalam PAS.
Tidak menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas untuk rakyat juga merupakan satu kezaliman dan ini dilakukan oleh PAS.
Menukar perjuangan untuk menegakkan negara Islam kepada menegakkan negara berkebajikan tidak syak lagi merupakan satu kezaliman yang besar yang dilakukan oleh para pemimpin PAS.
Menuduh orang lain tolak Islam tanpa bukti (hanya sekadar cakap sahaja) merupakan satu kezaliman yang tiada tolok bandingannya. Menuduh amal ibadat yang dilakukan oleh orang lain selain daripada PAS tidak mendapat ganjaran pahala amatlah zalim dan ini dilakukan oleh para pemimpin PAS dan dipertahankan oleh pendakwah PAS.
Memanipulasi sesuatu keadaan dimana jika dilakukan oleh pihak lain adalah salah dan jika perkara yang sama dilakukan oleh pihak mereka adalah betul adalah juga zalim dan ini diamalkan oleh PAS sehingga kini.
Malaysia negara bebas, aman dan makmur. Dunia mengakui bahawa Malaysia adalah negara Islam progresif dan rakyat di negara ini menikmati kehidupan yang baik. Adalah zalim sekiranya PAS dengan disokong oleh pendakwah seperti Azhar Idrus cuba meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak bebas, ditindas dan dizalimi semata-mata kerana PAS mempunyai tujuan politik.
Pendakwah PAS jangan keterlaluan mengatakan di negara ini semuanya tidak selamat dan para pemimpin UMNO/BN kejam, kerana jika dibuat perbandingan akan terbukti bahawa para pemimpin PAS akan lebih buruk lagi jika dibandingkan dengan para pemimpin UMNO/BN. Perbuatan mereka menipu rakyat dengan berlagak baik di sebalik penampilan zuhud di depan umum juga merupakan satu kezaliman puak mereka. Bahasa mudah ialah cakap lain tetapi buat lain. Mereka boleh menipu manusia namun mereka juga sedar bahawa Allah maha mengetahuinya.
Menuduh dengan beraninya para pemimpin UMNO/BN melakukan pelbagai kemungkaran namun tidak melakukan pendakwaan secara rasmi, tidak membawa kes-kes pemimpin UMNO/BN kemuka pengadilan dianggap satu kezaliman yang dilakukan oleh PAS dan para pendakwah yang bersekongkol dengan mereka.
Dalam ceramah atau tazkirah mudah sahaja para pemimpin PAS menuduh itu ini seolah-olah mereka mempunyai bukti jelas tentang segala perlakuan mungkar pemimpin UMNO/BN, kemudian tidak berbuat apa-apa dengan segala bukti tersebut lalu kembali ke rumah sambil menikmati hasil habuan duit dari hasil ceramah tadi, amatlah menjijikan.
Di negara lain pendakwah seperti Azhar Idrus sudah pasti tidak akan bebas ke sana ke mari menghina para pemimpin kerajaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Di sini dia bebas, dia berani dan dia hidup mewah. Segala pencapaian yang dia nikmati itu adalah hasil pengurusan negara ini yang baik yang dilakukan olek para pemimpin UMNO/BN.
Pendakwah PAS, pemimpin PAS dan pakatan hidup senang lenang di negara ini akibat daripada dasar-dasar keterbukaan kerajaan UMNIO/BN. Mereka menikmati kesemuanya dan yang memungkinkan mereka memperolehi itu semua ialah UMNO/BN.
Segala prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan UMNO/BN ini dinikmati sepenuhnya oleh pendakwah PAS. Mereka menggunakan segala kemudahan yang UMNO/BN cipta dan di situlah mereka menunjukkan sikap tidak bersyukur mereka dengan menggigit tangan yang memberikan kemudahan itu kepada mereka.
Mereka mengatakan mereka berhak ke atas itu semua kerana mereka membayar cukai. Berapa banyaklah cukai yang mereka bayar kepada kerajaan berbanding dengan nikmat yang mereka terima.
Segala akta yang mengongkong rakyat sudah dihapuskan oleh kerajaan Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri DS Mohd Najib. Ratusan ribu anak-anak PAS dan pakatan yang menerima bantuan kerajaan UMNO/BN yang zalim ini untuk menuntut ilmu pengetahuan di dalam dan luar negara sejak dahulu sehingga kini, namun kerajaan ini masih tetap dianggap zalim. Ramai rakyat yang bersyukur, namun pendakwah PAS dan pemimpin serta ahli pakatan masih lagi kufur nikmat.
Sejak 2008 hampir sejuta kali pakatan mengadakan ceramah siang malam, pagi dan petang yang ke semuanya mencaci kerajaan ini, namun kita tidak terdengar pula ada diantara mereka yang kena tahan oleh pihak berkuasa.
Dimana zalimnya kerajaan ini??? Dimana rakusnya kerajaan ini??? Dimana rompakan duit rakyat yang dilakukan oleh kerajaan ini??? Dimana tidak selamatnya negara ini??? Hanya para pendakwah dan pemimpin PAS yang mampu menjelaskannya. Jawapan hanya mungkin ada dalam minda mereka.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
UAI banyak peminat, dan bukan semua penyokong Pakatan , ramai yg non partisan, sbhgnnya pro BN, lbh sesuai jika menjauhi politik kepartian yg bnyk helahnya, bnyk juga fatwa fatwa kepartian yg berpihak, yg tidak berasaskan kaedah fatwa yg sepatutnya. Sikap berpihak menghilangkan kredibiliti beliau.
ReplyDeleteTahniah jokiden,ulasan yg mantap yg telah anda beri kpd pembaca2,saya harap org2 yg berakal perlu memahami isi kandungan ulasan ini dgn mendalam,saya sendiri pun naik meloya dgn tuduhan demi tuduhan org2 pr terhadap umno/bn,org2 pas ni selalu perasan yg mereka ni warak.
ReplyDeleteTq so much bro..
ReplyDelete