Wednesday, May 1, 2013

(25) (6) Standard Dia Cuma Sebagai Penjual Goreng Pisang..


 
"Bab pocah tanah dan kutip dormo ni ese memang pakar... komano poie duit tu jangan tanyo.. sok dormo kok tak berkat.. tak dapek pahalo.."
 
Jarang sangat Tun Mahathir memandang rendah kepada lawan politiknya. Mungkin sudah tidak tahan dengan cabaran Husam Musa maka dia menjawab secara direct kepada Husam. tersirat di hati Tun ialah  "siapa kamu Husam yang ingin berdebat dengan saya"

Baginya Husam masih mentah dalam serba serbi dan tidak selayaknya mencabar beliau dan seolah-olah ingin menghina beliau. Wahai Husam, esok lusa kamu terpaksalah juga minta maaf kepada Tun Mahathir atas keceluparan kamu.
 
Ketika Husam dilahirkan ke dunia ini Tun Mahathir telah menabur budi kepada rakyat dan negara. Putrajaya merupakan kebanggaan beliau. Aabila Husam bertanding di situ Tun M, tidak kata apa-apa, namun apabila Husam menyindir beliau dengan mengatakan bahawa Putrajaya tetap akan dilelong jika ada sesiapa yang hendak membelinya maka Tun Mahathir terasa seolah-olah dia dihina da disindir oleh seorang budak yang masih mentah dan belum cukup ilmu untuk membangunkan negara ini.
 
Sebagai Exco kanan di Kelantan dan menjadi anak emas kepada Nik Aziz sepatutnya Husam telah berjaya membangunkan negeri tersebut kerana cakapnya amat 'laku' kepada Nik Aziz. Malangnya Dia hanya bijak dalam menaikkan papan tanda, mengadakan majlsi pecah tanah dan melancanrkan tabung derma untuk projek yang dia angan-angankan. Dia gagal sejak dulu lagi.
 
Sepatutnya dia menyedari betapa begitu banyak kegagalannya dan tidak banyak yang boleh dibanggakan tentang sumbangan beliau sepanjang menjadi 'pemimpin' di Kelantan. Sebab itu Tun Mahathir merasakan jasa Husam yang sekelumit itu tidak melayakkan dia untuk mencabar dirinya.
 
Beberapa hari lalu terserlah betapa hipokrit atau munafiknya si Husam ini. Dato' Shaharuddin Ismail Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak semasa dalam perjalanan ke pejabat. Dia mungkin mati syahid dan kematiannya pada pagi Jumaat juga sudah tentu memperolehi rahmatNya.
 
Demi keuntungan politik dan bukan kerana Allah, Husam telah segera ke hospital, melawat jenazah dengan siap berpakaian lengkap baju kebangsaan, turut mengusung jenazah dan menyembahyangkan jenazah pegawai tersebut. Banggalah dia bagai nak rak, kerana katanya tidak ada Menteri yang mengambil berat tentang nasib pegawai kanan kerajaan itu. Dialah yang paling bertanggung-jawab kononnya. Sebenarnya Tengku Nan calon BN ada sama.
 
Dipendekkan cerita maka dia mendapatlah keuntungan politik seperti yang dia harapkan. Akhbar keluarkan gambar dia, tv tunjukkan muka dia. Dia senyum sampai ke telinga.
 
Kemudian PM pergi mengziarahi balu Allahyarham, siap dengan bantuan dan PM juga membawa berita gembira untuk keluarga tersebut di mana pangkat Allahyarham dari JUSA B dinaikan kepada JUSA A untuk membolehkan keluarganya mendapat pendapatan tambahan setelah ketiadaan arwah.
 
Maka perhatian dan simpati PM telah menaikkan darjah kemurkaan Husam lalu dia mencemuh tindakan tersebut dan dia mengatakan eloklah semua pegawai kerajaan mati, supaya semuanya dapat naik pangkat. Kotornya jiwa Husam. Kemudian tanpa segan silu dia menuduh Allahyarham sebagai seorang yang rasuah dan menempelak PM kerana menaikkan pangkat seorang yang makan rasuah. Begitulah hipokritnya dia, kerana tidak sampai dalam tempoh 24 jam sikapnya sudah U turn 360 darjah. Habis kau Husam...
 

PARLIMEN TAMPIN BN,

PARLIMEN JELEBU BN,

BN 25, PAKATAN 6.
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment