Tuesday, April 30, 2013

Saya Lebih Pandai Dari Orang 'Najis' Ni..

 
 
 
Kita ingatkan calon DAP berketurunan Cina sahaja yang kurang adap dan sopan yang sanggup memanggil Perdana Menteri dengan gelaran yang buruk dan menuduh Perdana Menteri dengan bermacam-macam tuduhan.
 
Calon Melayu yang sepatutnya penuh dengan budi bahasa juga rupanya tidak sunyi daripada berperangai biadap sehingga sanggup mengatakan Perdana Menteri seperti najis. Itulah dia Khalid Ibrahim yang terlanjur kata kerana terlalu marah mungkin apabila Perdana Menteri berjaya memeangi hati rakyat.

Siapa yang cetek fikiran ni, dia ke atau Perdana Menteri. Tak malu betul pemimpin PKR ini sampai mengaku cerdik daripada orang lain semata-mata hendakkan undi.
 
Pujangga mengatakan orang yang mengaku cerdik sebenarnya adalah orang yang paling dunggu, kurang ilmu, riak, takabur dan entah apa-apa lagi.

 "Saya lebih pandai dari Najib sebab saya pernah kerja dengan Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Saya lembaga pengarah Institute of Strategic Study. Jadi kita kena tengok beza pembuat dasar dan siapa yang lakukan," kata Khalid. Kah..kah...kah..kah..
 
RBF melaporkan Khalid Ibrahim atau Khalid Gagap ini telah berkata "Saya tak tahu pemikiran PM begitu cetek. Kalau mereka (penduduk)...dapat aset melebihi RM250,000, itu dah cukup pampasannya, kenapa pula ditambah?," soal Khalid.
 
Nampak sangat hati kotor dia. Kenapa meroyan apabila PM berjanji untuk menurunkan harga rumah yang dia jual RM112,000 dimana harga asal hanyalah RM45,000 kepada RM70,000. Bukankah tawaran PM tersebut lebih menguntungkan rakyat.

Malah jika nilai harga pasaran rumah-rumah tersebut mencecah sehingga ke RM250,000 apa masalahnya, bukankah itu lebih menguntungkan rakyat Selangor yang telah 5 tahun terseksa di bawah pemerintahan PKR.

Beberapa hari yang lalu apabila ditanya oleh wartawan kenapa beliau melarikan diri daripada DUN Ijuk ke DUN Pelabuhan Klang dengan cerdiknya dia menjawab Orang dah tak suka, pengundi sudah meluat dan jijik dengan saya, maka saya cabutlah, buat apa tunggu lagi.. Hah.. memang nak mencari nahas Khalid ni.

Jarang seorang Menteri Besar tidak berani menghadapi rakyat di kawasan yang diwakilinya hanya selepas sepenggal menjadi wakil rakyat di situ. Ini jelas menunjukkan bahawa Khalid telah gagal menawan hati pengundinya dan gagal menyelesaikan banyak masalah penduduk yang memilihnya.

Rakyat Ijuk sudah tertipu dan diharapkan semuga rakyat di Pelabuhan Kelang ini tidak termakan dengan janji-janji palsu Khalid kerana baginya semua manifesto bukanlah janji dan tidak mengapa jika tidak ditunaikan. Habislah Khalid kali inidan dia akan kalah. Begitulah mungkin nasib orang yang cerdik yang sebenarnya tidak beberapa cerdik.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment