"kami dah mengundi..."
Untuk keselamatan jari kita maka mulai malam ini ketika kita hendak tidur pastikan terlebih dahulu jari telunjuk kita dibungkus dengan baik menggunakan plaster luka. Ini bukannya ada apa-apa, cuma ditakuti semasa kita sedang lena tidur akan ada orang datang dan mencalitkan dakwat kekal ke atas jari kita.
SPR akan melarang sesiapa sahaja yang jarinya sudah tercalit dengan dakwat untuk menerima kertas undi daripada petugas. Walaupun nama kita masih bersih dan belum terpotong di senarai di pusat mengundi, namun akan ada pihak yang bakal membuat kecoh dengan mengatakan anad telah mengundi di tempat lain. Anda akan dituduh sebagai pengundi hantu. Puak pakatan sengaja hendak menjejaskan PRU13 dengan apa cara sekalipun kerana mereka sudah tahu akan kalah.
Semalam di laporkan kejadian untuk memujuk pengundi supaya membenarkan jarinya dicalit awal telahpun berlaku di Hulu Selangor. Pada hari ini pula sekumpulan enam orang sedang berkeliaran di Putrajaya untuk memujuk pengundi supaya melakukan calitan awal. Macam-macam hal puak pakatan haram ni.
PRU-13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat mudahkan mengundi
PUTRAJAYA 1 Mei - Seorang wanita yang tinggal di kuarters kerajaan di sini mendakwa dirinya didatangi sekumpulan individu yang menawar untuk mencalit dakwat kekal pada jarinya dalam satu kejadian malam kelmarin.
Menceritakan kejadian pada sidang media di sini malam tadi, penjawat awam berusia 47 tahun itu berkata, kediamannya dikunjungi empat lelaki dan empat wanita yang tidak dikenali pada pukul 11.30 malam Isnin.
Katanya, beliau membenarkan mereka yang berpakaian seperti golongan profesional masuk ke dalam rumah selepas diberitahu mereka hanya mahu memastikan beliau benar-benar tinggal di situ.
"Mereka kata mereka datang untuk semak sama ada saya ada tinggal di kuarters ataupun tidak. Mereka kata puan nampak tidak sihat dan mereka boleh calit," katanya.
Menurut ibu tunggal kepada seorang anak itu, kumpulan berkenaan terus memujuknya agar membenarkan mereka mencalit dakwat tersebut bagi memudahkannya pada hari pengundian kerana tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran.
Atas kesedaran dan keselamatan, wanita itu berkata, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 semalam bagi mengelakkan ada pihak lain menjadi mangsa kepada kumpulan tersebut.
Ditanya sama ada beliau ditawarkan imbuhan oleh kumpulan itu, beliau berkata: "Tidak."
Beliau yang tinggal di kuarters itu sejak 12 tahun lalu juga tidak pasti sama ada kumpulan berkenaan turut mengunjungi jiran-jirannya. - BERNAMA
Agak-agak ada tak yang mengundi pakatan ni..???
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment