Sejarah Terukir Sudah, PM Malaysia Tersenyum Puas
Dunia hari ini terpegun. Amerika melapurkannya, Australia melapurkan, negara-negara Arab, negara-negara Eropah semuanya memberikan liputan yang meluas apabila Bangsamoro mendapat kuasa autonomi di Wilayah Selatan Filipina. PAS dan Nuar???? hanya mampu meroyan.
Penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Bukan senang hendak menyelesaikan dua pihak yang bertelingkah sejak berpuluh tahun dahulu. Hari ini semuanya menjadi kenyataan dan dunia mengkagumi usaha murni Malaysia. Sebut Malaysia mestilah kerajaan UMNO/BN, PM mestilah DS Mohd Najib.
Sejarah rakyat Moro disembelih oleh tentera Filipina ini sudah diketahui oleh dunia. Tentera Pembebasan Moro juga banyak melakukan kerosakan di bumi Selatan Filipina yang mereka tuntut. Semua ini telah berakhir dan kini menjadi tanggung-jawab Malaysia dan Filipina untuk sama-sama membangunkan wilayah berkenaan. barulah tepat slogan Membangun Bersama Islam. Sesungguhnya UMNO/Bn ada saham di sana tu. PAS, DAP dan PKR ada???
Amerika??? mereka hanya mampu membuat filem sahaja daripada kisah manis ini kelak.Jikalah Amerika dan Nato mengambil pendekatan Malaysia sudah tentu semua Negara Teluk berada dalam keadaan aman damai, harmonis dan maju dengan hasil buminya. Ini tidak atas nama dan alasan demokrasi mereka menghasut rakyat peribumi bangun memberontak untuk meruntuhkan sesebuah kerajaan yang sah. Biasalah mereka akan memprojekkan pemimpin yang ingin mereka tukar tersebut sebagai seorang yang zalim, menindas rakyat, kuku besi dan macam2 gelaran lagi.
Kehadiran Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi lagi dikagumi bersama-sama dengan rakan sejawatannya di Filipina membuktikan dasar luar Malaysia sangat berjaya. Ini kejayaan diplomatik yang tinggi nilainya kepada Perdana menteri.
Berkuasa bermakna harga diri dan maruah bangsa dan agama akan terpelihara. Selepas ini rakyat Bangsa moro boleh menyambut Hari Kebesaran Umat islam iaitu Hari Raya Aidil Adha dengan penuh kesyukuran dan riang raya. Mereka tidak lagi memikul senjata dan bertempiaran di dalam hutan ketika datangnya hari lebaran sebaliknya akan berkumpul dalam suasana aman sambil menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha kelak.
Di bumi yang mana Islam tidak berkuasa ada rakyatnya yang masih menderita seperti di Selatan Thailand, Afghanistan dan Rohingya di Manymar. Bantuan terpaksa di tagih dari pelbagai pihak dalam mahupun luar negara.
Peranan Putera UMNO yang sentiasa perihatin dengan nasib saudara seagama di mana juga yang yang memerlukan bantuan dan simpati amatlah dihargai. Jika ada pihak yang tidak menghargai mungkin hanya PAS dan DAP. Bagi mereka jika tidaK ada keuntungan politik buat apa pergi menggadai nyawa, lebih baik duduk dalam negara berceramah siang malam dan memaki hamun sesama bangsa dan agama.
Sepatutnya PAS mencontohi usaha murni Putera UMNO yang bergadai nyawa untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sepatutnya juga PAS tidak bersekongkol dengan DAP untuk memusnahkan kerajaan yang dipimpin oleh Orang Islam ini. Sepatutnya PAS menyokong UMNO dan bukannya memusuhi UMNO hingga ke hari kiamat.
Sepatutnya PAS pergi keluar negara untuk menaikan imej negara Islam Malaysia ini dan bukannya ke luar negara menemui dan menghasut pelajar-pelajar Malaysia di seberang laut dengan menabur pelbagai fitnah jahaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt!!! dengan mengatakan semua pemimpin UMNO/BN kerajaan adalah busuk-busuk belaka. Yang wangi hanyalah Nuar dan Lim Guan Eng.
Sepatutnya Ambiga tidak pergi merintih dan menyembah ke Parlimen Australia mencemuh sistem piliharaya negara ini yang kononnya tidak bersih. Malu besar dia apabila Parlimen Australia menolak segala hujahnya. Malu besar dia apabila diberitahu bahawa di pendalaman Sarawak hanya ada seorang pengundi berdaftar, itupun SPR usahakan untuk dia keluar mengundi. Berpuluh ribu ringgit dibelanjakan untuk mengankut kertas undi sehelai, mengankut, wakil pemerhati pembangkang, mengankut pati undi dan pegawai SPR. Malu besar Ambiga yang disokong kuat oleh puak-puak PAS ini. Malu..malu!!!
Jika dia mempunyai sekelumit harga diri dia patut memohon suaka politik di Australia atau sekurang-kuranganya memohon untuk menjadi warga negara Uncle Sam tersebut.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
Fakta menarik :-
ReplyDelete"It is also true that Malaysia had played an important part in the quest for peace in Mindanao. Malaysia’s second Prime Minister, the late Tun Razak Hussein, was the first ASEAN leader to raise the question of the plight of the Mindanao Muslims in ASEAN circles in the early seventies. The fourth Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, as the host to the peace talks from 2001, was instrumental in keeping the dialogue going in very difficult circumstances. From 2010, the current Prime Minister, Dato Sri Mohd Najib Razak, showed a firm commitment to the peace negotiations — a fact that was acknowledged by Aquino when he announced the Accord in Manila on the 7th of October 2012."
-Chandra Muzaffar-
Article penuh di http://www.globalresearch.ca/philippines-peace-agreement-between-manila-and-the-moro-islamic-liberation-front-milf/5308013
Bapak yang mula anak tamatkan. Alhamdulillah. Tak lupa juga jasa Tun Mahathir. Walaubagaimanapun masih jauh lagi perjalanan. Masalah yang paling rumit sekali yang perlu di tempuhi ialah persoalan bagaimana dan bila perletakkan senjata MILF secara penuh akan di lakukan. Di peringkat ini syak wasangka dan tidak percaya satu sama lain akan timbul. Di peringkat ini keraguan MILF kalau betul-betul senjata di serahkan apa akan jadi kalau kerajaan tidak memenuhi perjanjian atau berdolak dalik nanti. Di peringkat Kerajaan Filipina pula jika senjata tidak diserahkan apa jaminan MILF tidak melakukan serangan dan sebagainya. Di sini nama baik PM Najib dan nama baik Malaysia sendiri menjadi taruhan.