Tak bengkak ke hati ahli PAS melihat gambar ini???
DAP Sepang mahu bubar tujuh cawangan - Tuan Tat
SEPANG 7 Okt. - Jawatankuasa DAP Sepang mahu membubarkan cawangan parti itu di Taman Sri Sungai Pelek dan menarik kembali permohonan enam cawangan baharu yang sepatutnya ditubuhkan ekoran tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan tertinggi.
Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, enam cawangan baharu yang ditarik kembali permohonan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu dan Taman Sri Sungai Pelek (B) yang keseluruhannya dianggotai kira-kira 400 ahli.
Beliau berkata, pembubaran semua tujuh cawangan berkenaan sudah mendapat persetujuan jawatankuasa serta ahli DAP di kawasan Sepang yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli pucuk pimpinan negeri Selangor.
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
DAP ini bila mendapat kuasa bukannya tahu hendak menjaga sesnsitiviti kaum lain. Pemimpin DAP sejak dahulu diketahui bersifat rasis, perkauman dan ultra kiasu.
Ini diakui oleh kawan dan lawan. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika dia bermaruah sudah lama meletakan jawatan apabila maklumat sulit tentang mesyuarat strategik PKR PP dibocorkan kepada umum. Mana dia nak letak muka apabila mengatakan LGE seorang yang angkuh, tokong dan kasar dan rahsia itu diketahui oleh LGE. Masih boleh bekerjasama kah???
Seorang Profesor berketurunan Cina iaitu Redzuan Tee Abdullah selalu sangat mempersoalkan sikap ultra kiasu DAP ini terutamanya terhadap Kesultan Melayu dan Agama Islam. Namun nasihat serta peeringatan beliau seolah-olah mencurah air ke daun keladi oleh sesetengah puak Melayu yang bersekongkol dengan DAP ini.
Seorang Naib Presiden yang keluar DAP baru-baru ini tanpa segan silu menempelak kepimpinan LGE yang bersifat kuku besi. Oleh kerana DAP ini gila kuasa maka semakin ramai rakyat Malaysia berketurunan Cina yang inginkan suasana hidup aman damai serta harmonis di negara ini telah bertindak meninggalkan parti tersebut.
Sebelum mendapat kuasa ramai pihak yang telah menyedari permainan kotor DAP ini, Namun setelah mendapat kuasa di Pulau Pinang, Selangor dan Perak tempoh hari segala tembelang DAP ini semakin terserlah. Sepatutnya mereka berhemah dan menyembunyikan rasa angkuh, sombong dan riak yang berlebihan tersebut demi untuk mengekalkan kuasa. Ini tidak apabila sahaja mendapat kuasa perangai mereka tak ubah seperti kaduk naik jungjung.
Keangkuhan DAp ini dapat kita fahami kerana mereka mendapat sokongan daripada sekelompok Melayu yang juga gilakan kuasa. Disamping itu DAP menyedari keangkuhan mereka dilihat sebagai tanda keberanian yang luar biasa oleh masyarakat Cina, sebab itu mereka terus angkuh dan sombong. Hingga ke mana mereka hendak berlagak sombong ini.
Pada awal memerintah Pulau Pinang ramai masyarakat Melayu yang terlebih puji akan kehebatan LGE membela nasib orang Melayu ini. Mereka memuji tindakan LGE menghadiri peraraka Maulud Nabi SAW, salah satu perayaan umat Islam yang penting.
Tahun kedua apa jadi??? ada lagi ke perarakan Maulud Nabi yang telah berkurun di amalkan di PP ini??? Terpaksa pulak pemimpin PAS yang bersekongkol dengan mereka mencari pelbagai Nas dan Hadis untuk meghalalkan tindakan mereka dan mengatakan perarakan Maulud itu tidak penting.
Setiap hari peniaga Melayu di sana dipinggirkan, ada LGE kisah. Rumah berharga sederhana dan murah ada LGE buat untuk komuniti Melayu yang masih ketinggalan???. Sibuk dia dengan projek mega yang sudah tentunya pembeli tegar dari Singapura akan diberi keutamaan. Ada dia ambil peduli. Tapak Masjid cuba dirampas, apa dia kisah.
Tanah-tanah di kawasan Melayu dipujuk, dirayu supaya dijual dengan harga yang mahal. Setelah tanah-tanah tersebut terjual kemana komuniti Melayu atau India tersebut hendak pergi??? Pergilah kemanapun apa dia peduli. Yang penting pembangunan yang menguntungkan puak mereka mesti diteruskan. Adalah seorang berdua kontraktor kelas F Melayu yang dapat satu dua projek sebagai mengaburi mata.. itupun LGE telah di gelar sebagai Khalifah.. Tak sedar diri khatib-khatib di beberapa masjid mendoakan dia dalam khutbah Jumaat.
DAP jelas dan nyata menggunakan PKR dan PAS demi untuk mencapai kuasa politik di Malaysia ini. Sepak kiri, sepak kanan mereka tetap untung. Orang PAS sokong, orang PKR sokong dan orang Cina lagi sokong. Bila ada pihak Melayu yang cuba mempertahankan hak Orang Melayu cepat sahaja mereka melenting dengan melebelkan orang itu sebagai rasis.
Di mana-mana sahaja pemimpin DAP berceramah mereka akan mengatakan bahawa Menteri Besar adalah terdiri daripada Orang Melayu beragama Islam. Nak tipu siapa??? Memanglah Orang Melayu tetapi calun DAP dan mereka itu akan jadi pemimpin Boneka. Boneka, Boneka. Khalid Ibrahim di Selangor adalah contoh jelas. Sebelum itu Nizar Jamaluddin di Perak juga contoh jelas sebagai pemimpin Boneka yang sentiasa terpaksa mengikut telunjuk EXCO2 DAP. Buat apa menjadi pemimpin jika kuasa tidak ada...
Orang Cina sudah berkurun menguasai ekonomi Malaysia, seronok kuasa ekonomi di tangan mereka. 90% daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh PM pergi kepada puak mereka ikut jalan mana sekalipun. Sekarang mereka inginkan kuasa politik yang lebih luas pula. Dibantu oleh PAS dan PKR, mereka akan terus tersenyum lebar!!!
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment