Memanglah Nepotisme tidak salah bagi Karpal Sinki ni, sebab dia sejak dari dulu, kini dan selamanya mengamalkan perkara tersebut. Dalam DAP perkara ini biasa, anak beranak membolot semua jawatan penting. Sebab itu mereka angkuh, sombong dan tokong.
Kita nak dengar apa komen PAS selepas ini. Cuba perkara ini keluar dari mulut Mantan Perdana Menteri Tun M dan Tun Abdullah, agaknya mahu tak cukup kertas mereka mengutuk, mahu siang malam dalam ceramah mereka tidak ada cerita lain.
Kisah Nepotisme, suku sakat dan kroni ini sebenarnya hanyalah tuduhan pemimpin pembangkang kepada pemimpin UMNO/BN semata-mata untuk menaikan suhu kemarahan rakyat terhadap kerajaan. UMNO/BN tidak boleh mengamalkan perkara ini tetapi tidak mengapa jika puak pembangkang yang mengamalkannya. Memang dasar doubble standard.
Tidak salah amal nepotisme - Karpal
PULAU PINANG 6 Okt. - Amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga seperti dipraktikkan dalam pakatan pembangkang tidak perlu dibimbangi.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik.
Menurutnya, berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang.
"Jadi saya fikir nepotisme dalam pakatan pembangkang tidak perlu dikhuatiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.
Berdasarkan senarai tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri bukan sahaja menyenaraikan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri malah, turut meletakkan anaknya, Nurul Izzah sebagai anggota Kabinet.
Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjelaskan, pakatan pembangkang tidak percaya pada senarai sedemikian.
"Kami percaya kepada realiti. Apabila tiba masanya nanti, pakatan pembangkang akan mendedahkan senarai Kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang.
"Kami tidak percaya kepada wayang kulit," ujarnya
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment