Tuesday, October 9, 2012

Kahwin Rakyat, RM13 Juta Di Bazirkan..

 
 
 
 
 

 
Banyak juga blog dan media sosial yang memainkan isu Majlis Perkahwinan anak sulong Ketua Menteri Melaka  minggu yang lepas. Ada penulisan yang berbentuk pro dan ada pula yang agak sinis samada daripada pihak pembangkang mahupun daripada pihak UMNO/BN.
 
Ada yang mengatakan kehadiran mencecah 130,000 orang, ada yang mengatakan sekitar 50,000 orang dan ada juga yang mengatakan seramai 30,000 orang telah menghadiri majlis berkenaan. Jumlah tersebut  bergantung kepada apa tujuan sebenar komen-komen yang kita dengar itu diberikan.
 
Lim Kit Siang yang terkenal dengan papa kedananya telah merasa begitu iri hati dengan kejayaan Majlis Ketua Menteri tersebut. Beliau antara yang membuat andaian  tentang kos menganjurkan majlis itu iaitu RM100 sekepala lalu jumlahnya mencecah RM13 juta.
 
Angka yang lebih lunak ialah sekitar RM10 sekepala dan jumlahnya bagi menampung 130,000 orang hadiran tersebut ialah sebanyak RM1.3 juta.
 
Ada orang UMNO/BN merasa gusar kerana seolah-olah DAR hendak menunjuk-nunjuk dengan kemewahannya. Ada orang UMNO/BN yang tidak suka dengan majlis tersebut.
 
Pembangkang sengaja mengambil isu tersebut dengan harapan rakyat akan merasa jijik dengan perangai para pemimpin UMNO/BN yang kelihatan bermewah-mewah sedangkan masih ramai rakyat yang 'miskin' dan memerlukan bantuan.
 
Jumlah 130,000 orang sengaja diwujudkan demi untuk menunjukkan betapa banyaknya wang yang dibelanjakan dan dari mana datangnya wang tersebut?? Sudah tentulah sumber wang tersebut diragui dan sudah tentulah mereka ingin membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang milik rakyat yang telah dirompak.. Dangkal sungguh pemikiran pencacai pembangkang ini.
 
Dua hari lepas Jokiden menghadiri Majlis Perkahwinan anak rakan di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) di Shah Alam. Dia merupakan seorang pegawai kanan kerajaan. majlisnya hebat, meriah dan pastilah perbelanjaan mencecah ratusan ribu ringgit. Itu majlis pegawai kanan kerajaan. Tentulah majlis seorang Ketua Menteri akan lebih hebat dari itu.
 
Tidak ada isu sebenarnya. Pertamanya jamuan majlis perkahwinan tersebut tidak ada bezanya dengan mana-mana majlis keraian yang lain seperti majlis Rumah Terbuka Hari Raya, majlis Tahun Baru Cina atau majlis Depavali. Tempoh untuk rakyat hadir juga agak lama ialitu dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.
 
Jika kehadiran tidak ramai pembangkang akan berkokok juga mengatakan Majlis Perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka tidak mendapat sambutan pada hal jemputan dibuat ke seluruh negara melalui pelbagai saluran. Maka mulalah mereka akan mengatakan zaman kegemilangan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudah berakhir.
 
DAR adalah antara pemimpin UMNO/BN dan kerajaan yang sentiasa peka dengan masalah rakyat. Kerap turun padang. Selepas subuh lagi beliau telah mula melayan karenah rakyat Melaka. Sambutan terhadap beliau amat baik dan pembangkang sentiasa tidak cukup bahan untuk mengkritik beliau. Suka atau tidak pencapaian beliau di Melaka adalah cemerlang dan peneriamaan rakyat berbilang kaum terhadap kepimpinan beliau adalah amat tinggi. Ini yang membuatkan pembangkang terutamanya pelarian politik seperti Lim Kit Siang meroyan.
 
Tanpa Lim Kit Siang Melaka terus makmur dan maju. Seperti Singapura yang tidak punya apa-apa, begitu juga Melaka, segala potensi berjaya di gembelingkan untuk memakmurkan rakyat.
 
Jika majlis Nuar Brahim atau Khalid Gagap mendapat sambutan sebegini rupa apakah Lim Kit Siang akan meroyan. Tentu dia akan mendabik dada mengatakan majlis pemimpin pakatan mendapat sambutan hangat dan habislah BN..
 
Kenapa ramai sangat yang hadir pada hari tersebut?? Benarkah mencecah sehingga 130,000 orang.?? Dari  persepsi pembangkang jumlah itu diandaikan semata-mata untuk menunjukkan betapa banyaknya duit yang digunakan. Duit rakyat dan pembaziran.
 
Di pihak kerajaan, UMNO/BN pulak jika jumlah itu benar, bermakna gambarannya cukup jelas bahawa rakyat suka, seronok dan bersedia untuk datang ke majlis tersebut. Jika rakyat tidak suka, buatlah majlis sehebat mana sekalipun, keluarkanlah perbelanjaan berjuta ringgit, orang tidak mahu datang jugak.
 
Majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Orang besar, orang kecil, orang ternama, para Sultan dan para pemimpin. Pelbagai kaum. Penyokong pelbagai parti termasuk dari parti pembangkang. Mereka datang tanpa disediakan kenderaan, maksudnya dengan kerelaan sendiri. DAR patut merasa bangga dan senang hati.
 
Setiap yang hadir kena tulis nama tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Berduyun-duyun orang datang. Beribu kenderaan pada satu-satu masa. Jumlah sebenar hanya DAR dan urusetia yang tahu.
 
Makanan ala kadar, tidak hebat sangat termasuk yang di dalam Dewan Besar. Air muka pengunjung kelihatan riang dan puas hati. Panas terik bukan penghalang. Buah tangan sebagai cenderahati biasa saja iaitu dari produk orang kampung. OK. Setiap tetamu dapat seorang satu.
 
Idea DAR untuk menganjurkan Majlis Kahwin Rakyat ini adalah sesuatu yang boleh diterima baik oleh rakyat. Ia memberi peluang kepada rakyat untuk hadir ke majlis orang kenamaan. Semuga ada pemimpin lain yang mengikuti langkah beliau kelak.
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. Majlis anak KM Melaka kahwin bukan di hotel mewah tetapi diadakan di dewan yang biasa saja. Anak lelaki Anwar kahwin lebih mewah tetapi pembangkang tak kecoh pun. KM Melaka seorang yang peramah dan dan ambil berat masalah rakyat sebab itu rakyat sanggup datang ke majlisnya. Pembangkang harus sedar dan jangan bersikap ego mencari kesalahan pihak lain. Baru menang beberapa negeri sikap pembangkang sudah tunjuk belang. Kenapa tidak prihatin perbelanjaan yang ditanggung kerajaan kerana demonstrasi Bersih 1,2,3 yang melibatkan perbelanjaan dipihak kerajaan untuk membaik pulih kerosakan yang dibuat oleh pengikut pembangkang?. Mereka begitu bangga kerana ramai yang sanggup turun menyertai Bersih yang ditaja dana asing. Adakah pemimpin pembangkang saperti Timbalan presiden PAS Mad Sabu prihatin masalah jiran-jiran berhampiran rumah beliau di Shah Alam?. Kenapa Mad Sabu lebih melayan orang2 dia saja semasa perkahwinan anak perempuannya?. Usahkan menegur jiran yang datang senyum pun tidak. Kali kedua kahwinkan anak lelaki di dewan MBSA Seksyen 19 awal tahun ini jiran-jiran terima kad kosong tidak bernama. Jiran-jiran buat keputusan enggan kemajlis itu kerana beliau seorang yang tidak peka masalah setempat. Banyak yang komplen nak nampak batang hidung pun susah. Jadi kepada pembangkang muhasabah diri sebelum menyalahkan pihak lain.

    ReplyDelete