Apakah hanya Pas layak disertai ulama?
SEPERTI diduga pelantikan Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli
Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyebabkan penyokong Pas dan segelintir
pemimpin parti itu bagaikan cacing kepanasan.
Facebook milik pendakwah itu diserang habis-habisan manakala pemimpin
Pas pula membuat kenyataan menganggap ulama yang menyertai UMNO akan
tenggelam dibawa arus.
Demikianlah hebat dan taksub penyokong-penyokong Pas memusuhi sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Membaca komen-komen yang dilontar, ada antara mereka begitu mudah
menuduh Ustaz Kazim akan menjadi orang kaya baru, sekadar membaca doa
pada majlis UMNO dan paling teruk akan masuk neraka.
Inilah sikap Pas, bagi mereka alim ulama, ustaz, tok guru dan
pendakwah hanya layak menyertai parti mereka sahaja, kalau masuk Pas
baru betul, kalau masuk UMNO tidak boleh.
Kalau mahu mengambil kira ulama yang menyokong UMNO dibawa arus, ulama Pas sudah lama menerima nasib tersebut.
Kajilah apakah ulama-ulama di dalam Pas mempunyai keberanian luar
biasa dalam menegakkan perjuangan Islam parti itu? Apakah ulama Pas
berjaya melaksanakan hukum hudud yang dicita-citakan oleh mereka?
Apa yang kita saksikan ialah Islam yang diperjuangkan Pas semakin
buruk. Pas tunduk kepada penentangan DAP dalam perjuangan Islam dan
bersedia menukar matlamat perjuangan daripada negara Islam kepada negara
berkebajikan.
Segala-galanya kerana ketaksuban untuk menawan Putrajaya bersama
sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Sebab itulah, suara
ulama dalam Pas semakin terpinggir dan tidak dipedulikan.
Oleh itu tidak perlulah, penyokong mahupun pemimpin Pas termasuk
mereka yang bertaraf ustaz hendak memperlekehkan mana-mana pendakwah
yang memegang jawatan dalam UMNO.
Sebenarnya, penyokong Pas berasa resah dengan kehadiran lebih ramai
pendakwah dan agamawan dalam UMNO kerana ia akan mampu mengukuh
perjuangan parti itu dalam memartabatkan agama Islam dan membela nasib
Islam.
Ia memandangkan para ustaz ini seperti Ustaz Kazim akan mampu
mendedahkan fakta sebenar mengenai Islam yang selama ini lebih banyak
dijadikan alat oleh Pas bagi meraih sokongan dalam pilihan raya.
Berikutan itulah, ada antara pemimpin parti tersebut sanggup
memanggil pelbagai gelaran kepada ulama yang bersama atau menyokong UMNO
termasuklah 'terompah kayu' dan sebagainya.
Tetapi persoalannya, apakah kita pernah mendengar pemimpin UMNO
mencerca dan menghina mana-mana ulama, pendakwah, penceramah atau artis
menyokong Pas?
Selama ini UMNO menerima sahaja yang menyertai parti lawannya itu
atas semangat demokrasi biar pun ada sebahagian besar mereka terutamanya
bekas pegawai kanan kerajaan terhutang budi dengan kerajaan.
UMNO tidak pernah membuat apa juga tuduhan dan andaian ke atas
kemasukan mereka, biar pun ada antara mereka menjadikan pentas ceramah
pembangkang medan untuk memaki hamun kerajaan.
Tetapi alim ulama atau pemimpin Pas bertaraf ustaz atau tok guru
tidak menegur perbuatan tersebut, bagi mereka kalau sudah menyokong Pas,
hendak kata apa pun kepada BN dan UMNO tidak mengapa.
Oleh itu, hentikanlah perbuatan jumud hendak menyerang insan-insan
seperti Ustaz Kazim. Pas juga perlu berjiwa besar dan jika benar
berjuang mahu memartabatkan Islam maka mereka perlu menyokong langkah
UMNO melantik alim ulama ke dalam parti itu. Bukankah cara itu akan
memudahkan lagi perbincangan antara kedua-dua parti dalam usaha
memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam?
Tidakkah langkah itu boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada
golongan ulama dan pendakwah untuk terus turut serta dalam memberikan
nasihat kepada kerajaan khususnya dalam memartabatkan Islam?
Kalau Pas bersetuju dengan dua hujah ini, maka hentikan segala
cercaan bukan sahaja kepada Ustaz Kazim tetapi juga semua golongan agama
yang ada dalam UMNO, jika tidak Pas akan dianggap berpolitik bukan
untuk Islam tetapi memperalatkan Islam untuk politik.
ReplyDeleteSecretary General of UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said the UMNO base is not in the interest of a particular individual. National Student Speaker Mohd Afifi Mohd Aris given the viewing platform at the Assembly of the UMNO General ...
Through this conference to be considerably more successful UMNO conference component UMNO General (PAU) as an institution that makes student ...