Angkuh!!! dah kena tangkap ibu jaripun tak mahu salam..
Bukan nak katalah, tetapi jika DAP bertanding secara anak jantan dalam semangat demokrasi tulin, pastilah parti ini tidak akan kemana. DAP tidak mampu pergi jauh. Namun pendekatan rasis yang mereka gunakan dengan mengapi-apikan sentimen anti Melayu, anti UMNO dan sentimen kecinaan yang menebal dalam setiap kempen mereka, maka nampaknya DAP masih ada nyawa.
Peliknya puak dia yang beria-ia dengan semangat kecinaannya, UMNO pula yang dituduh mengamalkan sifat perkauaman. Tamrin anak Ghafar Baba pula dalam setiap ceramahnya mengatakan MCA pulak yang mengamalkan politik perkauman.
Sekarang ini di mana-mana ceramah, DAP akan puji PAS dan begitulah sebaliknya PAS akan puji DAP melangit. Dua parti ini sudah seia sekata dalam kebanyakan isu kecuali isu tentang negara Islam. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. PKR biasalah menunjukkan jaguh dan mengaut keuntungan di kedua-dua pihak.
NSDK kononya termasuk dalam klangan negeri yang bakal jatuh ke tangan pakatan. DAP segera mengambil kesempatan. Di kawasan cina DAP akan mainkan sentimen perkauman, sementara di kawasan Orang Melayu, DAP memainkan sentimen jawatan MB.
Ayat standard DAP di Negeri Sembilan ialah.. "DAP akan pastikan Menteri Besar adalah Orang Melayu beragama Islam.." Berpuluh kali dah Jokiden dengar kalimah tersebut. Orang kampung terpukau. Pas yang tak berapa nak cerdik juga terpukau dan beria-ia meminta ahlinya supaya menyokong DAP.
Betullah Melayu, sebelum Enakmen undang tubuh negeri di pinda. Kemudian mereka pindalah dan Menteri Besar orang Melayu yang menjadi boneka DAP tersebut terpaksalah akur dan ikut.
DAP nampak peluang dia di NSDK lebih cerah daripada PKR dan PAS. Sebab itu DAP merangka strategi untuk meletakkan calon Melayu bertanding atas tiket DAP. Sandiwara ini memang orang Negeri sudah faham. Beberapa nama ahli DAP Melayu telah disebut-sebut bakal bertanding di NSDK. Juga bakal Menteri Besar.
Calon-calon Melayu yang mengwakili DAP ini dikhabarkan akan diberikan kerusi selamat di kawasan Cina kerana DAP paham sangat sekiranya calon Melayu tadi bertanding atas tiket DAP di kawasan orang Melayu, jangan haraplah calon tersebut akan menang.
Sebutlah kawasan mana? Ampangan, Johol, Seri Menanti, Sg Lui, Juasseh, Gemas, Lenggeng atau Senaling? Calon Melayu dari DAP tersebut tidak akan menang. Jadi bakal Menteri Besar mestilah bertanding di kawasan selamat seperti Mambau, Bukit Kepayang, Lobak, Temiang, Lukut atau Nilai paling kurangpun.

PKR parti terkecil tetapi bercita-cita besar ibarat gergaji, sorong makan, tarikpun makan. PKR makan keliling tanpa malu.
Kadang-kadang kita rasa pelik bila Nuar selamba je menghina Hj Hadi dan Nik Aziz. Macam-macam dia kata. Anihnya dua orang ini telan sahaja apa yang Nuar hinakan. Untuk menutup kemaluan dan menjaga sedikit maruah maka dituduhlah UMNO/BN dan media putar belit. Hakikatnya itulah yang Nuar lakukan terhadap dua orang pemimpin Pas ini.
Rakyat Selangor sedang resah dengan cara pentadbiran kerajaan pakatan sehinggakan Menteri Besar mencatat rekod sebagai seorang MB yang paling banyak kena saman oleh rakyatnya di dunia ini.
Menteri Besar Kedah bukan sahaja ditentang dan disanggah oleh rakyat jelata akibat kegagalan mengurus negeri, tetapi juga turut disanggah oleh ahli-ahli parti dan kepimpingan di peringkat bahagian serta cawangan.
Berbalik kepada DAP. Di Pulau Pinang, kerajaan DAP, 'Chief Minister with power' saban hari mendapat tentangan daripada rakyatnya. Demontrasi dan bantahan berlaku hampir setiap hari. Ketua Menteri buat dek je, tidak ambil pusingpun kerana dia tahu majoriti keturunan cina di sana akan pasti berada di belakangnya.
Philip Tan Choon Swee, Jenice Lee, Teo Nie Ching, Gobind Singh Deo and Charles Santiago
Ceritanya di sini
Dimana sahaja sebenarnya wakil-wakil rakyat DAP adalah tidak berfungsi dengan yang sepatutnya. Untuk menutup segala kelemahan wakil rakyat DAP ini mereka akan bertukar-tukar kawasan dengan harapan rakyat berketurunan cina akan terus memberikan sokongan kepada mereka.
Di bandar-bandar besar DAP akan menggunakan sentimen MCA terlalu mengikut rentak UMNO dan membakar semangat kaum mereka. Di Kuala Lumpur, Di Perak, di Sarawak dan di Penang DAP akan mengatakan orang cina mesti mempertahankan DAP dan jangan benarkan UMNO meruntuhkan kerajaan orang Cina.
DAP bercakap terlalu kecinaan dalam meraih undi. Jika Perkasa sesekali mempertahankan hak orang Melayu, maka akan segeralah DAP berkokok mengatakan Perkasa Rasis. Jika sesekali Tun Mahathir bersuara menegur DAP supaya jangan terlalu menyintuh sensitiviti orang Melayu, maka akan segeralah Tun Mahathir dituduh sebagai rasis. Hakikatnya dizaman Tun Mahathir Orang Cina termasuk ahli DAP begitu berjaya dalam bidang ekonomi sehinggakan mereka menjadi kaya raya.

Kegagalan wakil rakyat DAP membela rakyat kerana mereka dilihat asyik mengumpulkan kekayaan siang dan malam telah memberi sedikit ruang kepada MCA dan Gerakan untuk mendapat semula keyakinan masyarakat Cina.
Kesilapan MCA dan Gerakan ialah mereka terlalu mengikut rentak DAP dalam melanyak UMNO. MCA dan Gerakan diperingkat awal sunami politik pada 2008 gagal mempertahankan kerjasama dengan UMNO sebaliknya telah meletakan kekalahan banyak calon-calon mereka ke bahu UMNO. Pengorbanan UMNO selama sejak merdeka telah luput dalam sekelip mata.
Di kawasan yang sepatutnya MCA, MIC dan Gerakan boleh menang dengan sokongan undi Melayu mereka telah kalah kerana orang Melayu juga mengalihkan undi kepada pembangkang. Sebab itu kita lihat kawasan yang dulunya kubu kuat BN seperti Taiping, Teluk Kemang dan Sg Siput boleh kalah kepada pembangkang. Kini semuanya seolah-olah sudah kembali kepada normal dan dijangka jika calon bukan Melayu masih bertanding di kawasan tersebut kemungkinan untuk menang memang ada dengan syarat kaum India dan kaum Cina di kawasan itu tidak membuat perangai.
Di NSDK, sokongan kaum Cina kepada BN jika mengikut kajian terkini telah meningkat diluar jangkaan semua pihak. Peratusan yang kembali kepada BN dikatakan melebihi 40%. Jika benar keadaan ini pastinya merungsingkan pakatan.
Di Seremban pada malam ini jamuan yang dianjurkan oleh masyarakat Cina bersama Perdana Menteri sungguh istimewa. Kehadiran melebihi 30,000 orang. Kutipan derma untuk Tabung Perwira Negara samada dari orang perseorang dan dari NGO berjumlah lebih daripada RM1 juta.
Jika ini petanda sudah kembalinya sokongan masyarakat Cina di NSDK kepada BN, maka pakatan bolehlah melupakan angan-angan mereka untuk menawan negeri ini. Seperti yang Jokiden pernah sebut dulu, silap hari bulan Parlimen Seremban juga akan kembali kepangkuan BN dan pakatan hanya tinggal Parlimen Rasah sebagai sagu hati.
Jika suasana seperti ini berlaku sejak dahulu, sejak DSMN mengambil alih teraju negara dimana MCA berikrar untuk timbul dan tenggelam bersama UMNO, sudah tentulah pakatan tidak memasang angan-angan setinggi Gunung Angsi untuk menawan Negeri Sembilan dalam PRU13 kelak.
Kita tengok selepas ini nanti apakah DAP berjaya menggunakan UMNO untuk survival kerusi mereka dalam PRU nanti. Jika mereka berjaya, maka mereka akan menang banyak kerusi. Jika sebaliknya mereka gagal membakar semangat kaum cina dengan api perkauman, maka jawabnya bye..bye lah DAP.
Nuar Brahim masih berada dalam senario politik negara kerana dia berjaya meletakkan semua masalah yang dia hadapi ke atas bahu UMNO. Apa sahaja yang terjadi kepadanya maka jarinya segera menuding ke arah UMNO. Ini kerja UMNO, ini fitnah jahat UMNO, ini putar belit UMNO..bla..bla..bla... termasuklah kisah gambar terbaru yang tersiar di blog.
PAS pun sama, masih relevan sehingga ke hari ini kerana Pas selalu menuding jadi ke arah UMNO setiap kali berhadapan dengan masalah. Jadi semua teladan tersebut telah ditiru oleh DAP.
PAS pun sama, masih relevan sehingga ke hari ini kerana Pas selalu menuding jadi ke arah UMNO setiap kali berhadapan dengan masalah. Jadi semua teladan tersebut telah ditiru oleh DAP.
Demonstrasi serentak di 10 lokasi bantah isu rumah di P. Pinang
GEORGE TOWN 16 Mac - Ribuan rakyat di Pulau Pinang hari ini berkumpul secara aman di 10 lokasi di sekitar negeri itu bagi meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung isu perumahan kos rendah dan mampu milik.
Demonstrasi anjuran Sekretariat Rakyat Bersatu Pulau Pinang itu bermula serentak pada 9 pagi di Jelutong, Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam, Bayan Baru, Permatang Pauh, Bagan, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.
Jurucakap sekretariat yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, sepanjang lima tahun mentadbir negeri, kerajaan dipimpin DAP itu gagal membuktikan mereka membina rumah kos rendah dan sederhana.
"Setiap kali isu ini dibangkitkan mereka akan berdolak-dalik dan terus menipu untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi aman berhampiran Pasar Jelutong, di sini.
Sementara itu, anggota sekretariat V. Rajendran, 40, berkata, isu perumahan di Pulau Pinang semakin membimbangkan kerana harga rumah melambung secara mendadak menyebabkan golongan muda berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah.
"Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri telah tetapkan pemaju yang mahu bina projek perumahan di negeri ini wajib membina 30 peratus rumah kos rendah supaya rakyat miskin tetap dapat memiliki rumah.
"Tetapi sejak mereka (pembangkang) perintah Pulau Pinang nasib orang miskin terus dipinggirkan, kerajaan negeri yang ada sekarang ini hanya buat rumah untuk orang kaya iaitu bernilai RM400,000 ke atas sahaja," katanya selepas demonstrasi di Kepala Batas, dekat sini.
Shamsudin Ismail, 56, pula berkata harga rumah yang melampau menyebabkan ramai penduduk di negeri ini tidak mampu membeli rumah sekali pun mempunyai pekerjaan yang baik.
Rohaya Abu Ismail, 40, berkata, isu serupa turut melanda kawasan tanah besar seperti di Seberang Perai.
"Sebagai contoh, harga rumah di kawasan Seberang juga dijual antara RM300,000 hingga RM400,000 dan kami tidak berkemampuan untuk membeli kerana harga mahal. Lima tahun lepas rumah yang sama harga dalam RM100,000 sahaja.
"Apakah ini hadiah paling istimewa kerajaan negeri dipimpin (Ketua Menteri) Lim (Guan Eng) untuk rakyat miskin Pulau Pinang?," katanya yang ditemui selepas demonstrasi di Juru, dekat sini. - BERNAMA
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment