Cara Amerika memainkan jarumnya dalam memperak-perandakan negeri orang sebenarnya tidak susah untuk difahami. Regime Change.
Mulanya Amerika akan menggunakan cara diplomasi dengan sesebuah negara tersebut. Sekiranya masih tidak mengikut telunjuk mereka, maka mereka akan mula mengapi-apikan sentimen anti kerajaan. Amerika akan berpihak kepada pembangkang di sesebuah negara tersebut.
Pembangkang akan dihasut secara halus supaya bangun menentang kerajaan yang tidak sehaluan dengan dasar Amerika. Pelbagai bantuan diberikan. Apabila penentangan rakyat semakin kuat maka Amerika akan mengenal pasti sesiapa yang disukainya.
Tokoh tersebut akan digilap, selalunya tokoh tersebut berada di luar negeri sebagai pelarian politik atau dibuang negeri.
Dengan penentangan rakyat semakin kuat, sesebuah negara itu akan menjadi lemah. Sementara puak penentang menjadi semkain kuat kerana menerima bantuan bukan sahaja daripada Amerika tetapi juga daripada sekutu Amerika.
Bantuan bukan sahaja berbentuk logistik, tetapi juga meliputi bantuan kewangan dan ketenteraan. Logiknya tanpa bantuan Amerika tidak ada pemberontak dalam sesebuah negara itu yang mampu menandingi kekuatan pasukan keselamatan apa lgi untuk menumpaskannya.
Dunia faham, apabila pemimpin pemberontak sudah dijemput balik kenegerinya atau ditabalkan di luar negara bermakna sesebuah negara itu, tidak beberapa lama lagi akan jatuh ke tangan pemberontak. Presiden, Raja atau Perdana Menteri bersedialah untuk berundur atau ditangkap dan disula.
Kita bimbang, apa yang berlaku di Lahad Datu juga bakal mengundang campur tangan Amerika dan lanun-lanun tersebut akhirnya menerima bantuan daripada Amerika dan sekutunya. Bantuan akan bermula dengan bantuan kemanusiaan, seperti bantuan makanan dan pakaian, kemudian bantuan kewangan seterusnya bantuan peralatan ketenteraan.
Ghassan Hitto dilantik PM wilayah pemberontak
ISTANBUL 19 Mac - Kumpulan pemberontak utama di Syria, Perikatan Kebangsaan Syria, melantik eksekutif komunikasi dan aktivis Islam, Ghassan Hitto, sebagai Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu.
Seorang anggota perikatan itu, Hisham Marwa memberitahu wartawan di Istanbul, Turki, lewat semalam, Hitto, yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad, menerima 35 undi daripada 49 undi keseluruhan.
Keputusan itu dibuat dalam rundingan tertutup lebih 14 jam dalam kalangan 70 anggota kanan perikatan dengan sesetengahnya menyifatkan Hitto sebagai calon yang disokong oleh kedua-dua pihak dalam pembangkang iaitu daripada pergerakan Islam dan liberal.
Namun, beberapa anggota perikatan bertindak keluar daripada mesyuarat sebelum undian dijalankan, sekali gus menunjukkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka.
Ketika undian itu diadakan, anggota perikatan yang tinggal membuang kertas undi di peti lutsinar yang diletakkan di hadapan dewan persidangan.
"Ini adalah satu proses pengundian yang demokrasi dan bersih," kata ketua perikatan itu, Ahmed Moaz al-Khatib.
Menurut anggota-anggota perikatan, tugas pertama Perdana Menteri ialah membentuk kerajaan sementara dan Hitto merancang untuk membuka pejabat di wilayah yang dikuasai pemberontak di Syria.
Hitto mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam syarikat telekomunikasi dan teknologi tinggi, termasuk 16 tahun terlibat dalam pengurusan eksekutif.
Beliau meletak jawatan pada November lalu untuk menyertai revolusi Syria dan menjadi ketua bantuan kemanusiaan yang beribu pejabat di Turki, menurut jurucakap Perikatan Kebangsaan Syria, Khaled al-Saleh.
Pemberontak Syria kini dilaporkan menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan timur Aleppo serta bahagian bawah tengah negara itu iaitu antara Idlib dan Hama.
Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, tentera kerajaan didakwa mengebom kawasan sempadan antara Syria dan Lebanon. - AFP
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment