Walaupun puak pakatan beria-ia mengatakan kelewatan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri adalah disebabkan Perdana Menteri 'takut' UMNO/BN akan kalah dalam PRU13 kelak, namun hakikatnya puak pakatan yang terlalu gusar sekarang. Kelewatan ini telah menjadi momokan mereka sejak empat lima bulan lalu dan dihamburkan dalam setiap ceramah mereka.
Namun segala petunjuk terkini ialah UMNO/BN akan memasuki gerbang PRU13 dengan penuh bergaya dan ceria. Spekulasi tentang apa sahaja yang ada hubung kait dengan PRU memanglah sedang memenuhi setiap ruang angkasa negara ketika ini. Malah topik perbincangan sebenarnya berkisar kepada PRU.
Isu pencerobohan Lahad Datu oleh lanun Sulu juga tidak dapat memadamkan semarak api pilihanraya yang sedang marak sekarang di setiap pelusuk negara.
Petunjuk dari pelbagai sudut juga memberi isyarat jelas bahawa pakatan akan menerima nasib malang dalam PRU kali ini. Dengan pelbagai kemungkaran dan kegagalan mereka sejak 2008 rakyat telah bersedia untuk menghukum mereka di peti undi.
UMNO/BN akan menang besar di semua negeri walaupun kenyataan ini diterbalikkan oleh puak pakatan. Dikatakan juga bahawa UMNO/BN sudah bersedia sepenuhnya dan pakatan pembangkang juga dikatakan sudah bersedia sepenuhnya.
Kedua-dua pihak telah bersedia untuk menyerahkan untung nasib parti kepada rakyat. Tempoh Parlimen sudah berakhir dan ini merupakan pertama kali di dalam sejarah di mana Parlimen berjaya menghabiskan tempoh sah lakunya iaitu 5 tahun.
Dikatakan juga bahawa pakatan dalam keadaan terdesak untuk meraih kuasa dan jika boleh untuk ke Putrajaya. Pakatan akan menggunakan apa cara sekalipun asalkan matalamat tercapai. Disinilah terletaknya cabaran yang bakal dihadapi oleh SPR, badan yang bertanggung-jawab untuk mempastikan PRU berjalan lancar.
Di pihak SPR pula mereka mengatakan telah bersedia dengan segala kemungkinan. Mereka akan bertindak mengikut lunas undang-undang dalam menangani atau mendepani segala kemungkinan. Rakyat mengharapkan begitulah.
Melihat kepada agresifnya pembangkang mengadakan ceramah, mereka nampaknya tidak bersedia untuk kalah. Setiap hari mereka mengadakan beratus-ratus ceramah di seluruh pelusuk negara. Pemimpin dan penceramah mereka tidak pernah kering idea penipuan dan fitnah untuk disogokkan kepada rakyat.
Keghairahan mereka memberitahu pendengar bahawa UMNO/BN akan tumbang dan pakatan akan menang seolah-olah mereka telah merancang sesuatu. Mereka mahukan penyokong mereka yakin bahawa mereka sedang kuat, mereka pasti menang dan jika berlaku sebaliknya ia adalah penipuan SPR dan manipulasi kerajaan UMNO/BN. Ini yang mereka sedang tanamkan dibenak penyokong tegar mereka.
Terasa kebimbangan kepada Jokiden bahawa puak pakatan ini akan bertindak diluar batas undang-undang. Rakyat Malaysia telah 12 kali menjalankan hak mereka di peti undi untuk memilih kerajaan yang diyakini boleh menjaga mereka. Sepatutnya pengundi semakin matang dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukannya disebabkan oleh emosi yang keterlaluan.
Semuga PRU13 berjalan lancar dan tidak ada perkara-perkara negatif berlaku yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara kelak.
Tidak ada berlaku pembelian undi atau sogokkan. Dikatakan pembangkang mempunyai dana yang besar bukan sahaja daripada kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor, tetapi juga dikatakan dana dari luar negara. Sebaiknya dana-dana tersebut digunakan untuk seperti jentera, makan minum, pemasangan poster, kain rentang, kenderaan, bilik gerakan dan percetakan. Dibimbangi sekiranya dana tersebut diberikan secara tunai sebagai sogokan untuk memancing undi.
Ditakuti ada pihak yang akan menggunakan warga asing yang jumlahnya berjuta di negara ini dan mereka berada di mana sahaja untuk mengwujudkan suasana yang tidak tenteram semasa proses pengundian sedang berjalan. Esok pihak keselamatan terpaksa bertugas untuk menjaga kelicinan perjalanan PRU tetapi dengan adanya rusuhan daripada pendatang ini setelah diberi upah oleh pihak tertentu, maka sebahagian daripada tenaga anggota keselamatan terpaksa pula digunakan untuk berhadapan dengan mereka.
Di Nilai telah ada laporan polis dibuat dimana sebuah parti politik telah cuba menghasut pekerja kilang supaya mengadakan mogok. Ditakuti juga pada hari pengundian nanti perkara seumpama ini terjadi semata-mata bertujuan untuk menghalang rakyat daripada keluar mengundi.
TPM juga sudah menyebut dan mungkin akan mendedahkan taktik pembangkang hendak merusuh semasa hari pengundian. Sebenarnya punca untuk mereka mengwujudkan suasana huru hara ini mudah sahaja. Mereka akan gunakan SMS untuk menyebarkan berita palsu tentang berlakunya 'penipuan' SPR dimana-mana pusat daerah mengundi. Berita palsu mudah dipercayai dan mudah menaikkan sentimen. Orang yang emosinya telah dikuasai oleh orang lain akan malas untuk berfikir banyak sebaliknya terus percaya kepada khabar angin. Inilah yang berlaku di Sarawak dahulu.
Baca juga yang ini.
Sebagai Tambahan hari ini 18/3/13 sila baca berita di bawah:
Polis jumpa pengurus kilang sekitar Muar selesai isu pekerja warga Nepal
JOHOR BAHRU 18 Mac - Polis akan mengadakan pertemuan dengan pengurus kilang di sekitar Muar bagi menyelesaikan isu pekerja warga Nepal yang cuba mencetuskan demonstrasi untuk menuntut majikan mereka melaksanakan gaji minimum.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli diarah untuk mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat supaya perkara berkenaan dapat diatasi segera.
"Kita mahu pengurus kilang menasihati mereka dan mengingatkan mereka supaya tidak berlagak hero. Apa jua masalah hendaklah berbincang bersama dan tidak bertindak sesuka hati dengan berarak dan demonstrasi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya para pekerja terbabit mencetuskan ketegangan.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menggagalkan cubaan mencetuskan "Nepal Spring" di bandar Muar yang dirancang para pekerja Nepal itu untuk berarak dan berdemonstrasi menuntut majikan mereka melaksanakan gaji mininum yang sepatutnya dilakukan Januari lepas.
Dalam kejadian 3 Mac lepas, lebih 150 pekerja Nepal yang bekerja di kilang perabot di Kawasan Perindustrian Parit Jawa dilaporkan mengadakan mogok selain tidak mahu bekerja bagi menuntut pelaksanaan gaji minimum berkenaan.
Sehingga kini sejumlah 143 pekerja asing warga Nepal ditahan di sekitar bandar Muar menerusi pemeriksaan dan sekatan dengan ada antara mereka didapati berkeliaran di sekitar bandar itu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Dari Utusan Malaysia.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
No comments:
Post a Comment