Tuesday, March 19, 2013

Alahai Tamrin!!!!!!!!!!...Dia Sahkan Pulak Nuar Perosak UMNO..


     
 

Antara dua orang pemimpin Pas yang berdegar-degar mempertahankan Tian Chuak ialah Mat Sapu, Timbalan Presiden Pas dan Tamrin Ghaffar ahli biasa. Dimana sahaja mereka berceramah Tian Chuak akan menjadi modal politik mereka.

Sekarang ini ayat standard penceramah pakatan ialah, "jika hujan tak turun atau hujan turun dengan lebatpun adalah salah Nuar" Tak percaya pergilah kemana-mana ceramah pakatan samada di utara, di wilayah tengah mahupun di selatan tanah air.

Ialah dulu mereka juga yang sibuk-sibuk menjaja "ini semua salah UMNO.." apa sahaja yang berlaku mereka atau khususnya Nuar akan menyalahkan UMNO. Seorang budak cina tersepit dalam mesin basuh di China juga disalahkannya UMNO. MU kalah kepada Real Madrid juga cuba dikaitkan dengan UMNO.

Hah sekarang rasakan, terbaliklah pulak, apa sahaja yang berlaku akan dipalitkan dengan Nuar. Ibarat kerbau runcing tanduk. Pertahankan jelah, apa nak buat kan?..kan?

Berbalik kepada ceramah Tamrin Ghaffar ni.. Biasalah selepas memberi salam dia akan memberitahu para hadiran bahawa dia kini begitu sibuk memberi ceramah, siang dan malam, utara, selatan, timur dan barat. Ke semua tempat dia dijemput dan dia pergi.

Ceramah yang dia hadir semuanya berjaya mengundang ribuan pendengar. Kata dialah. Dia juga memberitahu setiap ceramah yang dia hadir, kutipan uncang plastik atau karung plastik pastinya penuh. Ribuan ringgit dapat dikumpulkan. Apa tujuan dia menimbulkan perkara itu tidaklah diketahui. Mungkin untuk mengingatkan penganjur supaya jangan melupakan habuan untuk dia. Sekurang-kurangnya duit minyak atau duit hotel kena tanggung.

Pada minggu lepas Jokiden berkesempatan menghadiri ceramah Tamrin anak Ghaffar ini bertempat di Dataran Tok Dagang, Paroi Seremban. Kehadirannya telah diwar-warkan sejak beberapa hari sebelum itu melalui pembesar suara dan edaran risalah. Jokiden telah beberapa kali menghadiri ceramah beliau dan kini masih teruja untuk mendengarnya.
 
Dia pemidato terakhir dan mempunyai masa lebih kurang satu jam dari 11 hinga 12 malam. Pakatan ini jika tengah syok penceramah dia akan terbabas waktu yang dibenarkan kadang kala terlebih 10 ke 15 minit. Itu biasalah. Kehadiran pada malam tersebut adalah sekitar 400 orang, jauh dari sasarannya 1000 orang.
 
Selain daripada kutukan dia terhadap pemimpin-pemimpin UMNO kebanyakannya isi ceramah beliau ialah kembali kepada kisah silam. Kisah zaman kegemilangan dia bersama UMNO. Kisah dia bersama Nuar Brahim. Kisah syarikat anak Tun M, Mirzan  yang mempunyai saham terbebsar dalam syarikat arak dan dilantik menjadi Pengarah dan kononnya membeli Petron dan mendapat kontrak daripada Petronas kerana ayahnya sebagai penasihat Petronas. Faktanya jauh berbeza samada dia sengaja memutar belit isu tersebut kerana dia ingat orang Seremban tidak tahu atau dia sendiri sememangnya tidak mengetahui fakta sebenar dan asyik mengutip daripada penceramah pakatan yang lain.
 
Kutukan dia terhadap Tok Mat Menteri Besar Negeri Sembilan, mungkin sedap di dengar dan dia mestilah tidak kekok untuk menghentam Tok Mat. Namun apabila dia tanpa kekok menghentam Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas rakan karibnya suatu masa dahulu, ramai juga pendengar yang tersentak. Siapa yang tidak tahu hubungan baik mereka dahulu semasa Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar dan dia juga merupakan anak kepada tokoh berjasa negara. Bagi Tamrin pemimpin UMNO NSDK ini penuh dengan rasuah dan mementingkan 'perut' sendiri sahaja.

Selain daripada itu apa yang dia sampaikan ialah mengikut rentak pendengar sahaja kerana setiap selesai mengulas satu-satu isu mengikut selera dan persepsi dia, maka dia akan bertanya "apa lagi..?" Apabila pendengar menyebut  satu isu, dia akan ulas dan kemudian dia bertanya lagi. "apa lagi..?" Maknanya pada kebanyakan masanya dihabiskan untuk respon kepada apa yang pendengar sebut dan tentulah perkara yang sama berulang kali diulas. Seperti Khalid dan Chua Jui Meng, dia juga ada kalanya tersasul dan diketawakan oleh pendengar apabila menyebut 'UMNO' "Biasalah.. orang telah bercerai, kadang-kadang tersebut dan teringat juga kepada jandanya.."

Sesuatu yang Tamrin sahkan ialah UMNO ini rosak disebabkan oleh Nuar Brahim. Dia tidak mengatakannya secara terus tetapi apabila dia menceritakan senario UMNO dari dulu hingga sekarang maka secara tidak langsung dia mengesahkan bahawa Nuar telah berjaya memporak perandakan UMNO.

Katanya UMNO dulu di zaman Datuk Onn, zaman Tuanku sehinggalah ke zaman Tun Hussien adalah sebuah parti Melayu yang keramat dan agendanya tidak pernah lari daripada memperjuangkan nasib orang Melayu. "UMNO mula rosak sejak zaman Mahathir..." jeritnya. UMNO mula kalut selepas Tun Mahathir mengambil alih sejak tahun 1981 sehinggalah UMNO diharamkan pada tahun 1987 dan sehinggalah Tun M bersara pada tahun 2002 sebagai Presiden dan pada 2003 sebagai Perdana Menteri.

Si Tamrin ini terlupa agaknya pada tahun 1982 Nuar Brahim telah menyertai UMNO dan membawa budaya yang agak asing, menanamkannya kepada ahli UMNO dan seterunya mengkucar kacirkan UMNO dari dalam. Dia melakukan semua itu untuk cita-cita peribadinya dan rakan-rakan rapatnya dari ABIM. Sejarah telah terukir bagaimana berlakunya perebutan jawatan secara serius dalam UMNO, penggunaan wang yang keterlaluan dan politik umpan serta ugut.

Tokoh-tokoh lama UMNO yang tidak senang dengan kemunculan mendadak Nuar dan ditatang pula dengan dulang emas oleh Tun Dr Mahathir menyebabkan berterusan pergeseran dikalangan pemimpin UMNO sehingga membawa kepada gabungan Tengku Razaleigh dengan Musa Hitam untuk mencabar kepimpinan Tun Mahathir. Nuar menunngu peluang dan dia semenangnya memperolehi peluang tersebut sehingga membuatkan dia lupa daratan.

Jadi jika Tamrin mengatakan UMNO rosak bermula dizaman Tun Mahathir maka benarlah orang yang mempunyai saham dalam kerosakan UMNO itu termasuklah Nuar Brahim yang kini dipujanya. Pernah dalam satu ceramah Tamrin ini mengakui bahawa Nuar tidak pernah menganianya bapanya, sebaliknya yang menyebabkan Tun Ghaffar keluar membawa beg plastik ialah Tun Mahathir.

Dari tahun 1981 membawa kepada tahun 1987, kemudian tahun 1993 berlaku perebutan hebat dalam UMNO dengan team wawasan dan cara berkempen Presiden Amerika diperkenalkan di sini sehinggalah kepada tahun 1997 di mana negara dan rakyat telah mula terhidu agenda sebenar Nuar. Selebihnya telah menjadi sejarah. UMNO kembali aman selepas Nuar dipecat pada tahun 1998, namun negara pula terpaksa berhadapan dengan cara berpolitik individu bernama Nuar bin Brahim. 
 

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

3 comments:

  1. apa yang dikatakan oleh tamrin bahwa umno hancus zaman tun m. memang betul tapi penyebabnya bukanlah tun m, ketika kemasukan anwar dlm umno pentadbiran umno kukuh kemudian kroni anwar telah mewujudkan cawangan2 dan bahagian umno semacam cendawan untuk menyokong dia, ketika itu banyak kampung2 mempunyai cawangan umno yang tak didaftarkan antara sebab umno diharamkan. dan ramai ketua cawangan2 dan bahagian telah disogokan wang untuk menyokong anwar. Aku tau kejadian ini tapi tak dapat nak buktikan sebab ramai saksi2 dah meninggal dunia

    ReplyDelete
  2. UMNO rosak ialah kerana pemimpin2 UMNO sudah hilang semangat nasionalis. Tidak seperti pemimpin asal UMNO. Jadi pemimpin UMNO hanya untuk menjadi kaya raya dengan cara merompak harta negara. Tunjukan kepada rakyat mana ada seorang Ketua UMNO Bahagian yang hidup susah.
    Hari ni jadi Ketua esok siap pakai kereta yang harganya ratusan ribu ringgit. Cara hidup terus tukar menjadi sombong dan bongkak.

    ReplyDelete
  3. Sdr Anon 1:18,

    Sebenarnya perkataan 'merompak' 'rakus' itu yang paling mujarab bagi puak pembangkang untuk mengujudkan persepsi, supaya suhu kemarahan rakyat naik.

    Ada Ketua Bahagian UMNO yang kaya raya iaitu yang berniaga, namun ramai juga dikalangan kawan-kawan Jokiden bekas Ketua Bahagian yang hidup sederhana dan ada yang parah.

    Baca seterunya di sini http://kitopunyo.blogspot.com/2010/05/persepsi-masuk-umno-jadi-wakil-rakyat.html

    ReplyDelete