Monday, March 18, 2013

Boleh Tak Bersabar Sikit...!!!!!???, Tunggulah!!!


Mana Janji Manis Mu...?? Semua Janji Akan Ditunaikan, Sabarlah..

Manifesto bukan janji. Itupun tk tau ka
Ini dari posting fb kawan..
 

Data base PKR Selangor dan Khalid Ibrahim nampaknya sudah lengkap. Dia sudah bersedia dengan segala jawapan dan akan diperjelaskan dalam tempoh berkempen selepas Parlimen dibubarkan kelak.
 
Dia sudah mendapat gambaran jelas tentang isu babi di Selangor. Dia sudah ada jumlah ibu tunggal yang menuntut elaun. Dia sudah ada senarai anak Selangor yang masuk ke Universiti yang selayaknya menerima RM1000.00.
 
Dia sudah ada senarai anak-anak Pra sekolah iaitu tadika yang menuntut RM50.00 daripada kerajaan PKR Selangor. Begitu juga dia sudah ada senarai lengkap warga emas untuk diberikan bantuan kelak. Cuma tunggu Parlimen bubar sahaja lagi.
 
Khalid sudah ada senarai pemohon tanah seluruh Selangor terutamanya di Kawasan Hulu Selangor dan di tempat dia sendiri di Ijok. Jangan bimbang semuanya akan dibereskan sebelum rakyat keluar mengundi kelak. Kira-kira 10,000 geran hak milik telah diberi, yang lain-lain akan menyusul nanti.
 
Kerajaan PKR Selangor sudah menyiapkan jawapan tuntas kenapa dan mengapa tanah-tanah berharga milik PKNNS diberikan kepada kroninya. Ada sebab musabab yang cantik. Begitu juga kenapa dan mengapa jalan tidak diperbaiki, rumah urut banyak tumbuh dan pusat hiburan terus bercambah. Cukai pintu dan sewa premis dinaikkan juga ada sebab-sebabnya.
 
Bersyukur sangat Khalid apabli Dato' Shohaimi Shahidan dan peguam Kamaruddin Ahmad, yang banyak membantu beliau mengupdatekan data-data yang menyebabkan rakyat menolak pakatan di Selangor. Semuanya akan ditangani semasa kempen PRU kelak.
 
Khalid akan menggunakan pendekatan 'tangan yang terakhir bersalaman' tangan itulah yang akan mendapat undi kelak. Ini psaikologi yang akan dia gunakan. Memori rakyat mungkin singkat dan rakyat baginya akan mudah tergoda dengan habuan duit secara terus kelak.
 
Isu air, kenapa Langat 2 tidak diluluskan kerana dia tidak mahu kononnya orang UMNO/BN terus-terusan menerima komisyen. Rakyat tentu suka dengan isu ini. Dia kononnya menyelamatkan duit rakyat  dan lambat laun isu ini akan ditangani juga oleh BN.
 
Khalid nampaknya tidak pernah risau dengan kesemua kemelut yang dihadapi oleh kerajaan PKR Selangor kerana dia bercadang untuk menyelesaikannya pada saat-saat akhir sebelum rakyat keluar membuang undi. 
 
Sekarangpun pencacai Pakatan dalam ceramahnya sudah mula mengatakan Selangor cukup banyak duit sekarang ini. Hasil kerajaan negeri berlimpah ruah, bukannya macam zaman kerajaan UMNO/BN. Duit pasir dan duit hasil kutipan cukai akan digunakan sepenuhnya menjelang hari mengundi.
 
Satu persatu kelak janji-janji manis pakatan akan ditunaikan tanpa pengundi perlu menunjukkan kertas undi yang mereka pangkah. PKR sudah bersedia dengan segala kemungkinan. PKR sedar sangat, terlucutnya Selangor ketangan UMNO/BN, maka semakin berputih matalah pakatan hendak menyeberangi jambatan Putrajaya.
 
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kerusi Parlimen yang pakatan menang banyak ialah di Selangor, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Kelantan. Jatuhnya Selangor, jatuhnya Kedah dan Kelantan, maka bye, byelah pakatan.
 
Untuk mempastikan itu semua tidak berlaku, alang-alang berdakwat, biarlah hitam, alang-alang mandi biarlah basah. Lima tahun menabur janji semuanya akan selesai dan janji ditepati dalam tempoh hanya 7 hari berkempen. Kita tengok nanti.



'Kami tak pernah terima bantuan sebegini sebelum ini'
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment