Sunday, March 17, 2013

Akibat Meroyan Hj Hadi Terbocorkan Rahsia Parti Sendiri..

Ok setel, you nak 13 kerusi Parlimen di Johor..? No problem, amiklah.
  

Orang nak bercakap pasal Kg Tanduo dan Lahad Datu, diapun nak bercakap. Orang bercakap tentang lain perkara, dia pula bercakap tentang perkara yang lain. Akibatnya hanya lebih kurang 500 orang sahaja yang sudi mendengar dia meroyan. Tetapi biasalah pencacai pakatan akan mengatakan 5,000 orang telah hadir termasuk bakal MB Johor Lim Kit Siang.
 
Boleh pulak dia mengatakan bahawa akibat kemiskinan dan tidak cukup kemudahan asas maka berlakulah pencerobohan lanun di Lahad Datu. Dia nak mengkaitkan pencerobohan tersebut dengan kerajaan UMNO/BN sebenarnya. Jangan lupa mengikuti apa yang dia cakap ini di bawah seperti yang Utusan bakal siarkan esok.
 
Kalaupun nak meroyan dan nak merepek, tetapi beragak-agaklah sikit. Kok dia kata sebab orang Sulu miskin, merempat di negeri sendiri, tak cukup makan minum dan tempat tinggal tidak selesa menyebabkan mereka mahu berhijrah dengan menceroboh dan menawan negeri orang, munasabahlah sikit. Mula-mula mereka tawan Lahad Datu, kemudian mereka akan tawan pula Singapura, kemudian Jakarta dan kemudian Tokyo. Boleh buat cerita mecam tu.
 
Ini tidak, dia kata yang miskin orang Lahad Datu. yang tidak cukup kemudahan asas orang Tawau dan Semporna sebab itu lanun Sulu datang menyerang. Nak buat apa?? Korea Utara sebuah negeri miskin, pelbagai provokasi dilakukannya, pun sampai ke hari ini Amerika tidak berminat untuk menyerang.  
 
Apa yang Hj Hadi royankan ini sebenarnya ibarat menepuk air di dulang habis terpercik ke muka sendiri. Kegagalan Pas dalam membela nasib umat, menyebabkan akhirnya rakyat bangun memberontak setelah sekian lama diperbodohkan dengan isu yang tidak ada kena mengena dengan pembangunan umah. 
 
Sepatutnya Hj Hadi mengulas isu ketiadaan air di Kelantan kerana ini juga termasuk ke dalam soal kemudahan asas untuk rakyat. Di Kampong Atas Kok, jenazah Mohd Ramli Awang telah lambat dimandikan kerana tidak ada bekalan air yang mencukupi. Ini yang sepatutnya menjadi keutamaan Hj Hadi dan bukannya meroyan pasal isu Kg Tanduo.
 
  
NUR AMIRA Mohd. Ramli (kiri) menunjukkan tong air yang digunakan untuk memandikan jenazah bapanya selepas memunggahnya dari meter air di halaman rumah di Kampung Atas Kok, Tumpat hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

 


Pasca BR1M-Firaun: Hadi salahkan Lahad Datu miskin punca serangan pengganas

POLITIK MAKI HAMUN... Abdul Hadi Awang berucap dengan antara lain menuduh kemiskinan di Lahad Datu sebagai punca serangan kumpulan pengganas Sulu dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
 
WALAUPUN membariskan pemimpin utama pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, namun ceramah ini dihadiri kurang 500 orang di di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
 
JOHOR BAHRU 17 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah membuat kutukan, dakwaan dan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
Jika sebelum ini Abdul Hadi menyamakan atau mengibaratkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipelopor kerajaan BN sebagai menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun, malam tadi beliau membuat kesimpulan peribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.
 
Walaupun umum mengetahui kumpulan pengganas itu menceroboh Lahad Datu kerana mahu menuntut lebih pampasan terhadap Sabah, namun Abdul Hadi pula menyifatkan masalah kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu sebagai pencetus serangan itu.
Dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini, beliau dengan nada angkuh mendakwa insiden serangan tersebut tidak akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.
"Di Lahad Datu, Sabah selepas 50 tahun merdeka, masih banyak rumah atas air, tanah banyak di darat tapi tidak diberi (kepada penduduk). Masalah kemiskinan dan kemudahan asas tiada, ini mengundang musuh luar datang," katanya.
Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; dan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.
 
Walaupun menampilkan nama-nama besar pimpinan pakatan pembangkang, namun ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam bermula pukul 9 malam itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri kurang 500 orang. - UTUSAN ONLINE

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

1 comment:

  1. pemimpin2 pas ni semuanya bodoh, cakap ikut nafsu.. tak tau cerita sebenar.. patutlah senang2 diperbodoh2kan oleh dap dan nuar...

    psstt.. rakyat dikelantan tu hidup senang ke..?? air paip pun mcm air kopi, ada tanah pun pas rampas sesuka hati.. ada hati nak tunjuk jagoh.. kain sendiri pun koyak rabakkkkk..

    ReplyDelete