Baru lagi Nik Aziz mengatakan bahawa apabila PM DSMN menyebut tentang 7 dosa kerajaan Pas Kelantan dia kata PM meniru Pas menyebut dosa dan pahala. UMNO dan kebangsaan mana tahu tentang dosa dan pahala ni. Kata beliau.
Kini Nuar pula berkata dia tidak akan membiarkan 'seinci' bumi Sabah diusik oleh Nur Misuari. Aik, macam meniru juga Nuar ni. Budak cerdik mana boleh meniru. Kan perkataan 'seinci' itu PM yang mula-mula keluarkan dan diulang lagi dua hari selepas itu dan diulang lagi pada malam ini. Apa Nuar ni, carilah ayat lain yang lebih power.
Ok bukan itu persoalannya. Nur Misuari nampaknya telah mula memainkan wayang lagi. Jelas dia ni berdendam dengan Malaysia atas dua perkara. Pertama dia begitu marah kepada Malaysia kerana menghantarnya pulang pada tahun 2000 atau 200i. Kuala Lumpur mengektradisi beliau untuk dibicarakan walaupun antara Malaysia dengan Filipina tidak ada perjanjian itu.
Keduanya dia begitu marah dan dikatakannya Malaysia campur tangan dalam urusan MORO apabila menjadi orang tengah mendamaikan MILF dengan kerajaan Aquino. Sebab itu dia nak menuntut Sabah.
Nuar Brahim pulak apabila sudah nampak pasukan keselamatan hampir berjaya menangani kemelut di Lahad Datu ini dia sudah pusing 360 darjah. Dia dah puji pulak pasukan keselamatan. Hari tu beria-ia dia menyalahkan kerajaan dalam menangani isu ini.
Ingat dulu blogger pakatan menyiarkan sebab musabab kenapa tidak ada pemimpin pakatan yang menyambut wira yang terkorban ialah semata-mata hendak menjaga hati dan perasaan rakan sekongkolan mereka dari Filipina.
Sementara blogger Pas pula sibuk mengajak ahli dan pemimpin Pas supaya memperbanyakkan majlis tahlil kerana katanya Pas tidak mahu markah mereka lebih banyak turun. Markah UMNO/BN melonjak disebabkan isu Lahad Datu. Sebab itu mereka berpendapat jangan dimainkan isu ini sebaliknya perbanyakan majlis tahlil supaya markah naik semula. Nampak tu, soal hidup mati, keselamatan negara juga hendak dipolitik oleh blogger Pas ini.
Selain daripada sudah nampak hasil dan markah BN memuncak, dan pakatan markahnya merudum maka disyaki juga dia berpusing disebabkan desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai isu ini. Dia mungkin bimbang sekiranya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan maka banyak kudis dan pekong yang akan terdedah. Apabila dia sudah berpusing ini kita tunggu pula lagu baru iaitu, Geylang sipaku geylang, Sabah dah nak pulang.
Nur Misuari tentu terkejut beruk dengan pusingan yang dibuat oleh Nuar ini. Nur Misuari tentu akan kata, "sampai hati kau belasah aku Nuar, tunggulah, ada ubi ada batas.." Tian Chua juga jangan tersengeh-sengeh sebab silap haribulan dia juga ditibai oleh Nuar kerana bermulut celupar menghina anggota keselamatan.
Memang dia ni kaki putar, pakar nafi dan pakar......????
Kita tunggu adakah puak pakatan sensasikan kepulangan KPN ini. Manalah tau ada yang kata macam Azzimudie meninggalkan perajurit di medan perang untuk kembali ke kampung halaman.
Sabah: Pakatan tolak tuntutan Misuari
19 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya sama sekali tidak merestui tuntutan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari ke atas Sabah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuntutan yang dikemukakan itu merupakan pandangan peribadi Misuari sedangkan pendirian PR adalah berbeza.
"Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan setiap inci bumi Sabah kerana ia adalah hak milik Malaysia. Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Sabah dikuasai Malaysia.
"Itu pandangan beliau (Nur Misuari) tentang penguasaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Pakatan Rakyat tidak bersetuju kerana ini soal dalaman negara dan Pakatan Rakyat akan tetap perjuangkan," katanya.
Tegas Anwar, kenyataan Nur Misuari yang ingin menghantar askarnya untuk merampas Sabah awal bulan lalu juga tidak boleh diterima.
"Jika ingin mengadakan rundingan seperti biasa, mungkin boleh diteruskan tetapi yang Pakatan Rakyat tentang ialah bila ada jenayah, pencerobohan ke atas Sabah dan menggugat keselamatan bumi Malaysia.
"Malah Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan tidak akan berkompromi dalam mana-mana perkara membabitkan soal keselamatan negara.
"Pakatan Rakyat juga menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah," katanya lagi.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
Munafik . munafik. munafik. spin2.spin. spin. betoi la nuar nih
ReplyDelete