Friday, March 22, 2013

Kenapa Pula Ada Nombor Siri... Ini Sebabnya..


Ini di Sibu. DAP berjaya menghasut pengundi supaya membenci kerajaan dan hasilnya mereka menang kerusi terbanyak iaitu 12 dalam PRU Sarawak.
 
  
Semasa PRK/PRU bukan semua kertas undi dipulangkan oleh pengundi. Mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa berbuat demikian.
 
Ada yang bertaruh tentang undi yang dipangkah, jadi kertas undi di bawa pulang. Ada yang hendak menunjukkan kepada MB Selangor, maka kertas undi disimpan di dalam poket.
 
Ada yang menyimpan kertas undi sebagai tanda protes dan tidak mahu mengundi mana-mana calon. Maka untuk memudahkan SPR mengesan pergerakan kertas undi tersebut, sebab itu diadakan nombor siri. Kepada pencacai yang selamanya mempertikaikan usaha-usaha SPR ini sila baca penjelasan di bawah.


SPR nafi tahu calon yang dipilih pengundi

 
IPOH 21 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu boleh mengetahui calon yang dipilih pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
 
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kerahsiaan undi setiap pengundi terjamin.
 
"Kerani SPR di pusat pengundian tidak dibenarkan dan tidak boleh mencacat, menulis nombor atau apa-apa. Ini ialah undang-undang," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya, ketua penguat kuasa SPR dan ketua polis daerah di Perak, di sini hari ini.
 
Beliau menjelaskan, apabila pengundi masuk ke tempat pengundian, kerani akan menyemak nama dan mengesahkan bahawa individu berkenaan ialah pengundi sebenar sebelum dakwat dicalit pada jari pengundi dan diberi kertas undi.
 
"Dalam setiap buku, ada 50 kertas undi dan ia akan diberikan mengikut turutan. Jangan pula ada pengundi yang kata dia tak nak kertas undi pertama, hendak yang tengah. Itu melanggar undang-undang dan peraturan.
 
"Kertas undi ada nombor siri. Sebagai contoh, nombor siri 100. Apabila kita buka mana-mana helaian buku kertas undi, nombor sirinya ialah 100 kerana nombor itu unik dan digunakan untuk saluran mengundi berkenaan sahaja," katanya.
 
Beliau berkata, langkah itu bagi memudahkan pengiraan kertas undi yang diberikan kepada pengundi dan memudahkan SPR mengesan kemungkinan pengundi menggunakan kertas undi berkenaan di saluran lain.
 
"Di saluran lain akan guna nombor siri lain pula, takut kalaulah ada orang mengambil kesempatan bawa kertas undi daripada saluran lain masuk dalam poket, konon nak tambah kertas undi, pergi masukkan ke dalam peti undi di saluran lain," katanya.
 
Oleh itu, katanya, tidak ada pihak yang boleh mengetahui calon mana yang di pilih oleh pengundi. Orang yang datang mengundi, kita bukan tahu pukul berapa dia nak datang.
 
Pusat pengundian dibuka satu hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Macam mana boleh buat imaginasi boleh 'match' (padankan) orang yang datang mengundi dengan benda ini (kertas undi)," katanya.
 
Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya tidak mengajar "ajaran sesat" kepada pengundi dengan memberi maklumat salah berhubung pengundian bertujuan menimbulkan kesulitan dan kekecohan. - BERNAMA


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment