Wednesday, March 20, 2013

Gambar Yang Lim Kit Siang Tak Sanggup Tengok..

Majlis MCA bersama PM di Seremban minggu lepas.
 
 
Rekod kutipan untuk Tabung Perwira..
 
 
Semalam Jokiden sudah menulis tentang "Bye..bye.. Datuk Satim Diman.." Jokiden menjangkakan beliau tidak mampu mempertahankan kerusi yang beliau sandang sekarang. Namun hari ini MCA Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa MCA mampu menang di 4 kerusi Parlimen dan di 7 kerusi DUN dalam PRU13 di seluruh Selangaor.
 
Baguslah, dan kita mesti berfikiran positif. Realitinya sekarang ini, selain daripada Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan, Selangor paling banyak menyumbang kerusi Parlimen kepada pakatan. Mereka mempunyai 17 kerusi Parlimen sementara BN 5. Pecahannya PKR 8, DAP 4 dan PAS 4. Majoriti undi yang dimenangi oleh pakatan di Selangor dan Wilayah adalah besar iaitu antara 5,000 ke 23,000 undi.
 
Berdasarkan jumlah majoriti undi tersebut adalah merupakan satu tugas berat kepada MCA untuk memusingkan undi yang pernah mereka perolehi dalam PRU11 pada 2004 dahulu. Namun tidak mustahil MCA mampu melakukannya. Antara syarat-syaratnya ialah:
 
Jangan ada pergolakan tentang calon. Jangan ada yang sabotaj. Jangan ikut rentak DAP yang memainkan isu perkauman. MCA boleh kutuk Pas tetapi jangan sentuh tentang sensitiviti umat Islam. Mana-mana ahli Pas yang berhasrat hendak memberikan undi kepada calon MCA kelak, mereka akan berfikir dua kali sekiranya MCA menghina Islam.
 
Tugas melanyak Pas ini serahkan kepada UMNO. Sementara tugas MCA dan Gerakan ialah melanyak DAP. Jangan ambil lopak orang.
 
DAP berbeza, jika dalam ceramah di dalam komuniti Cina mereka melanyak UMNO, mereka untung. Jika mereka melanyak MCA mereka untung. Jika mereka melanyak Pas mereka untung. Jika mereka memuji Pas sekalipun mereka akan untung.
 
MCA tidak boleh mengikut rentak DAP, mampus nanti.  MCA mesti mempertahankan kerjasama erat dengan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. MCA mesti mengingatkan masyarakat Cina bahawa selama kerjasama ini berlangsung,  mereka sentiasa untung.
 
Dasar ekonomi baru menguntungkan kaum cina. Toleransi dalam bidang pendidikan menguntungkan kaum Cina. Perlaksanaan Trasnformasi Ekonomi menguntungkan kaum Cina. Rangsangan ekonomi yang kerajaan buat melalui BR1M 1dan dua menguntungkan masyarakat peniaga Cina.
 
Jangan dimusnahkan segala yang baik ini. Yang ramai millionaire adalah kaum Cina. yang ramai profesyenal di dalam negara ini ialah kaum Cina. Yang ramai pemilik hartanah di negara ini ialah kaum Cina. Ini adalah kesan baik yang nyata hasil kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC. 
 
Di saat-saat genting ini anggota BN saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya MCA tersilap langkah dan dalam usaha untuk menawan hati pengundi Cina mereka juga seperti DAP turut mengutuk UMNO, maka tunggulah padahnya nanti. Undi orang Cina yang mereka harapan belum tentu dapat dan undi orang Melayu dari UMNO pula akan lenyap. Berhati-hatilah dan fokuslah tentang kebaikan BN ini.
 
Masyarakat Cina sekiranya tidak dibakar secara melampau emosi mereka pastilah akan bertindak rasional dan akan kembali menyokong BN. Petanda jelas sudah ada. Di Penang sambutan terhadap BN amat menggalakkan. Di Johor masyarakat Cina menerima baik kehadiran PM dan TPM.
 
Begitu juga di Seremban tempoh hari, kaum Cina berduyun-duyun keluar menyambut PM dalam jamuan yang sangat meriah. Ini sesuatu yang amat positif.
 
Ada orang yang berpendapat, kehadiran mereka yang melebihi 35,000 orang itu, tidak melambangkan sokongan. Mereka datang hanya untuk makan semata-mata. Come on lah.. mereka boleh makan di mana-mana sahaja. Jika mereka tidak suka walaupun disediakan makanan bertaraf lima bintang, mereka tidak akan datang. 
 
Jika di dalam hati mereka tidak suka, diberi cabutan bertuah sebuah ferrari pun mereka belum tentu datang. Panggillah abah Psy atau Angelina Jollie sekalipun, jika mereka tidak suka mereka tidak akan datang. Kemudian mereka sanggup pula menyumbang kepada Tabung Perwira sebanyak RM1.2 juta sudah tentulah ini membuatkan pakatan menjadi domam tak kobah.
 
Kita berharap sasaran Datuk Donald Lim adalah betul.
 
 
Bersama PM RM1.2 juta untuk Tabung Perwira.
 
 
 

Jamuan bersama PM di Seremban.

MCA yakin menang 11 kerusi di Selangor

 
PELABUHAN KLANG 20 Mac - MCA Selangor yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, daripada jumlah kerusi itu, sebanyak tujuh ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat lagi kerusi Parlimen.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan dua bilik gerakan Pilihan Raya Umum Ke-13 Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Lima dan Kampung Baru Bagan Pulau Ketam di sini hari ini. - UTUSAN



Masyarakat Cina Kelantan sumbang RM100,000 kepada Tabung Wira PDRM

KOTA BHARU 20 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan daripada masyarakat keturunan Cina di Kelantan menghulurkan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk wira Ops Daulat di Sabah.

Antara yang memberikan sumbangan sekitar RM1,000 hingga RM5,000 ialah Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan Wanita MCA Kelantan. Utusan.

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment