Wednesday, March 20, 2013

Bye...Bye.. Datuk Satim Diman..


 
Salam macam tak salam yo Datuk. 
 
Salah siapa ni apabila penambahan pengundi tidak berlaku. Salah siapa pula apabila pertambahan pengundi terlalu ramai di satu-satu kawasan tersebut.
 
Mengikut SPR apabila kempen daftar pengundi baru dilakukan selama 5 tahun ini, dengan upah RM3 bagi setiap orang pengundi baru yang didaftarkan, maka yang paling ramai mendaftarkan pengundi baru ialah DAP.
 
Namun biasalah puak pakatan akan mengatakan bahawa UMNO/BN yang paling ramai mendaftarkan pengundi terutamanya pengundi hantu. Malangnya SPR tidak pula memasukkan hantu-hantu tersebut sebagai pengundi.
 
Terdapat kawasan yang dahulu pengundinya tidak seberapa tetapi akhir-akhir ini jumlahnya begitu mendadak. Bertambahnya jumlah pengundi di satu-satu kawasan bukan sahaja disebabkan oleh pendaftaran pengundi baru tetapi juga disebabkan oleh perpindahan pengundi.
 
Strategi inilah yang UMNO/BN agak ketinggalan atau terlepas pandang jika dibandingkan dengan puak pakatan. Pembangkang telah mula menyusun strategi ini sejak hari kedua keputusan PRU12 diumumkan.
 
YB Datuk Satim Diman Ketua Pembangkang DUN Selangor  menang cuma dengan majoriti 45 undi. Jika trend pengundian mengikut tahun 2008, maknanya Datuk Satim Diman boleh say Bye..bye  lah. Cuba lihat pertambahan pengundi di kawasan beliau.



Di DUN Sri Serdang sahaja, berdasarkan statistik pengundi suku keempat atau Disember 2012 - daftar pengundi yang akan digunakan pada PRU-13 - mencatat pertambahan pengundi yang mendadak. Bagi pengundi Cina sahaja sudah mencapai peningkatan 10,638 orang di situ. Itu belum termasuk di Parlimen Subang Jaya (10,024 pengundi baru Cina), Teratai (6,872), Bukit Lanjan (9,189), Damansara Utama (6,201), Sri Muda (5,010) dan Balakong (7,580).
 
Barangkali kebanyakan kerusi itu majoriti didiami pengundi Cina. Tetapi keadaan sama boleh dilihat di kawasan Melayu seperti Paya Jaras dan Sungai Panjang. Masing-masing di kerusi ini mencatat pertambahan pengundi Cina yang mencapai 5,300 dan 1,300 orang.

Cerita Lanjut di sini.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

 

No comments:

Post a Comment