Monday, March 18, 2013

Lawak-lawak.. Terlucu Saat Ini..




          
Hahaha.. Aku penjaga gol dan aku juga penyerang..
 
 
Kedudukan terkini ialah di tangga ke 163 dunia, tetapi mengikut orang-orang kuat FAM tidak mengapa. No hal punya. Rangking tidak mustahak, yang penting setiap kali main kalah.. hehehe..
 
Kita tidak berhajat untuk kembali ke zaman silam, Namun zaman lampau pasukan bolasepak negara amat digeruni. Masih terbayang bagaimana kombinasi serangan hanya dua penyerang negara iaitu Hassan Sani dan James Wong mampu menghancur leburkan impian Korea Selatan untuk ke Olimpik.
 
Itu dulu di mana gaji para pemain hanya ciput je, sekadar elaun latihan, bukan seperti hari ini gaji pemain ada yang mencecah RM50,000 sebulan mengalahkan gaji CEO.
 
Hendak disalahkan jurulatih 100% tidak boleh juga kerana dengan bakat yang ada setakat hari ini Hose Maurinho pun mungkin tidak mampu membawa pasukan negara ke mana-mana.
 
Apabila pemain telah berada ditengah padang, sebenarnya peranan jurulatih sudah terhad kepada menjerit sesekali sahaja. Selebihnya menjadi tanggung-jawab pemain secara berpasukan.
 
Selama 87 minit seorang pemain pertahanan bermain berhempas pulas dan menyelamatkan setiap cubaan penyerang lawan, namun pada minit ke 89 dia sengaja melakukan kesilapan untuk memberikan pihak lawan memperolehi sepakan penalti dan lawan menjaringkan gol kemenangan. Adakah sesiapa dikalangan penonton atau pegawai pasukan yang akan berani menuduh dia menjual perlawanan?? Pasti tidak adakan.
 
Pemain Chelsea atau New Castle, bila-bila masa sahaja boleh menukar pengurus atau jurulatih dengan bermain sambil lewa dan tidak sepenuh hati. Kalau mereka bermain bagus pun mereka masih mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk kalah dan jurulatih dipersalahkan.
 
Harimau Muda A dikatakan telah ke Eropah untuk memulakan latihan selama 6 bulan di sana. Bayangkan berapa juta perbelanjaan terpaksa dikeluarkan untuk itu. Diharapkan akan ada keputusan yang memberangsangkan kelak.
 
Samada pasukan Kebangsaan semakin merudum atau sebaliknya pasukan lawan semakin meningkat maju. Malaysia tidak setanding lagi dengan Korea Selatan, Korea Utara, China atau Jepun. jauh perbezaannya.
 
Malah Malaysia juga ketinggalan dikalangan Negara Asia Tenggara seperti Thailand, Mynmar, Vietnam dan Indonesia. Bangkitlah wahai Perwiraku.. 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment