"Ini betul2 Ni.. Ayahnda marah????!!!"
Terjumpa gambar di atas dalam posting di fb. Tertanya-tanya juga Jokiden apakah ini gambar sebenarnya atau gambar yang ditempel-tempel. Jika ini gambar palsu atau tidak asli maka tidak ada apa yang mengejutkan. Dalam kebebasan media sosial yang tidak terkawal ini apa-apa pun boleh terjadi.
Namun jika gambar ini benar-benar tulin atau 99.9999% tulin, maka alamat Pas memang tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi. Tidak pernah terjadi sebegini di mana kaum muslimat Pas begitu berani untuk mengangkat kain rentang yang bertulis "Nik Aziz penipu umat, sila letak jawatan"
Perbuatan dan gambar adalah melambangkan manifestasi jiwa pelakunya. Kalau dah sampai kaum Muslimah sendiri sudah tidak mahukan Nik Aziz, maka ini kes berat ni. Atau mereka yang di dalam gambar ini semuanya terdiri daripada ahli wanita UMNO yang menyamar sebagai ahli wanita Pas.
Jika mereka ini ahli Wanita UMNO yang menyamar, berapa juta pula mereka dibayar untuk membuat demo ini. Jika sedikit bayarannya, tidak mungkin mereka sanggup menerimanya kerana tugas atau perbuatan mendesak supaya Nik Aziz meletakkan jawatan adalah tugas yang amat berat. Mereka juga akan dituduh dengan tuduhan berat nanti yang boleh menyebabkan mereka 'berdosa' besar.
Perbuatan sekumpulan wanita ini bukan sahaja menjatuhkan kredibiliti Nik Aziz dan beliau kini merupakan individu yang tidak diingini lagi, tetapi juga perbuatan ini turut mencemarkan maruah Pas sebagai parti yang mendokong 'negara berkebajikan'
Semuga ada rakan-rakan blogger yang mampu memberikan kisah sebenar tentang photo di atas kelak.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment