Monday, February 18, 2013

Yang Ini Nizar Lambai Terlepas Pandang Ke..???


Orang 'sihat' sanggup ke berkelakuan begini???  memalukan penyokong je.
  

Itulah Nizar, jangan asyik menjaga tepi kain orang sahaja, tepi kain sendiri dah terkena taik ayam. Juga jangan asyik meroyan tentang jawatan Menteri Besar yang dah terlucut tu. Tak ada mananya UMNO/BN merampas jawatan tersebut dari kamu. "Allah berikan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah juga berkuasa menarik kuasa daripada sesiapa yang Allah kehendaki" Takkan perkara mudah tersebut pun Nizar tidak faham dan tak habis-habis meroyan.
 
Tidak ada ke niat untuk tweet perkara yang tersebut di bawah, di mana dikhabarkan lebih 1,000 ahli kelab penyokong Pas Pasir Panjang membatalkan keahlian mereka. Mana muka nak letak Nizar???, Mana mau lari.???

Mungkin sebab ini juga Nizar meroyan lalu menghantar tweet mengatakan dalam dua minggu lagi PM akan meletak jawatan. Ish..ish..ish..

Jika kita tengok tahap meroyan si Nizar ni, bukan sahaja ahli UMNO akan meluat kepadanya tetapi penyokong tegar Pas dan pakatan juga akan naik menyampah dengan perangainya yang macam orang tidak pernah pergi sekolah.

Namun karektor yang dipraktikkan dan dimiliki oleh si Nizar ini memang amat-amat diperlukan oleh pembangkang. Dia suka menipu, dia suka memaki hamun orang dan dia suka berperangai pelik.
 
Diulangi lagi, jika ingin kekal lama dalam PAS, maka kebolehan bakat memaki hamun mesti ada. Bakat menipu mesti ada. Bakat berani menabur fitnah mesti ada. Mesti berani mengatakan yang salah itu betul dan yang betul itu salah.
 
Jika ingin disanjung oleh penyokong tegar Pas, semua sifat-sifat tersebut di atas mesti dimiliki atau diasah, atau digilap. Jika gagal dan takut-takut, maka jawabnya sayonaralah. Pejuang tulin, tulus ikhlas, tawaduk, zuhud dan merendah diri tidak ada tempat dalam Pas.
 
Jika nak berpura-pura zuhud dan merendah diri boleh, tetapi itu hanyalah lakunan atau sifat hipokrasi yang juga mesti ada. Begitulah nasib pempimpin Pas yang akhirnya akan ditimpa musibah akibat perbuatan sendiri.

1,000 ahli kelab penyokong Pas Pasir Panjang batal keahlian

 
LUMUT 18. - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
 
Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.
 
Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.
 
"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.
 
"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.
 
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam. - UTUSAN



  1,000 ahli kelab penyokong Pas Pasir Panjang batal keahlian

LUMUT - Nizar Lambai menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.

Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.

"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.

"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam.
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment